KEDATANGAN mengejut Brendan ke vila peribadi keluarga Ellia pada tengah hari itu menyebabkan Blair dan Sienna meminta Ellia menukar tempat perbincangannya dengan rakan-rakannya.
Mengerti yang orang tuanya ingin berbincang secara peribadi dengan Brendan di ruang tamu, Ellia membawa semua rakannya ke bilik bacaan setelah selesai menjamu selera.
"So... Apa yang kakak nak bincangkan?" soal Sun dengan tidak sabar. Dia amat yakin yang Ellia mengajak CA, Crowner, Empire dan Rel bertemu bukan cuma untuk berterima kasih semata-mata.
Ellia tersenyum nipis. "Selepas kakak hilang dari hidup Sun untuk beberapa hari ni, nampaknya Sun dah jadi makin peka. Mungkin lepas ni─"
"Tak nak! Tak nak pisah dengan kakak lagi dah! Semua orang asyik buli Sun bila kakak tak ada, tahu tak? Tak aman mental Sun selama beberapa hari ni..."
Sun terus memeluk lengan Ellia lalu melentokkan kepalanya ke bahu kakaknya itu, bermanja persis seekor kucing parsi.
"Dia mula lagi..." L memutarkan bola matanya.
"Kalau jealous, cakap," balas Sun seraya mencebikkan bibirnya.
"Okay, enough..." Ellia menggeleng-gelengkan sahaja kepalanya.
Tidak berapa lama kemudian, dia berdehem kecil membetulkan suaranya. "Erm... Jadi, sebenarnya... Aku memang bukan saja-saja aje ajak korang berjumpa dekat sini. Well, aside from wanting to say thanks to you guys, aku juga nak cakap pasal Airika."
Automatik wajah-wajah yang sebelum ini ceria bertukar kelat. Sun yang tadinya bermanja dengan Ellia juga kini melepaskan tangan kakaknya itu. Dia berdiri dengan tangannya disilang ke dada sementara L pula hanya memaparkan raut tanpa emosinya.
Ellia mengeluh melihatkan hal itu. "Claude, Hoshi, Ingrid dan Zaire... Korang rapat dengan Airika, kan?"
Ahli-ahli Empire diam, tidak memberikan respons kepada soalan mudah tersebut. Entah malas atau enggan menjawab, tiada seorang pun yang boleh membaca fikiran mereka.
"Aku tahu korang kecewa dekat dia. Tapi, korang yakin ke dialah punca aku kena kurung oleh grandma dan grandpa aku?"
"Kalau bukan dia, siapa lagi? Dia pun mengaku yang diri dia tu bersalah." Ingrid bersuara keras.
"Jujur, aku dah periksa akaun VRS aku... Tak ada langsung kesan kena view oleh pihak lain selain daripada aku. Korang pun tahu, kan? VRS akan sentiasa bagi notis amaran kalau ada sumber luar yang view akaun kita menggunakan web haram. Tapi, tak ada... Dan semua bukti-bukti yang menunjukkan aku adalah Siea hari tu, it's not something yang Airika boleh dapat dengan mudah. Ada benda-benda private dekat akaun aku yang cuma aku seorang tahu tapi ada pada dia. Just how did she get it if she didn't view my account?"
YOU ARE READING
𝐕𝐄𝐑𝐒𝐔𝐒 | 𝑹𝒆𝒗𝒂𝒎𝒑
Teen Fiction❝Every hurdle that comes my way, I will face it and get stronger.❞ ―𝐄𝐋𝐋𝐈𝐀 ★。+゚☆ ══════════════════ ☆゚+。★ Terlahir sebagai anak pasangan jutawan dan menjadi sebahagian daripada keluarga besar Lawrence dan Jennings yang cemerlang dari segi akadem...