KEPALA yang kian terasa berat Ellia sadaikan di atas meja. Puas dikawal, akhirnya tidak betah juga dia menahan dirinya daripada melepaskan keluhan. Jari-jemarinya rancak mengetuk permukaan meja itu, menghasilkan alunan melodi rendah yang membantu dia mengosongkan mindanya.
"Baru beberapa hari, dah rasa macam terlampau penat untuk teruskan latihan... Apalah yang nak jadi dengan kau ni, Sofie Gracellia?"
Monolognya dengan diri sendiri itu membuatkan dia melepaskan keluhan lagi buat entah yang keberapa kalinya. Orang tua-tua kata, tidak baik mengeluh. Akan tetapi, pada masa-masa begini, sulit rasanya untuk tidak melepaskan keluhan. Dalam keadaan bahu memikul beban berat, kepala dipenuhi banyak fikiran, hati asyik gundah tidak tentu pasal, dan tubuh yang lelah dengan sesi latihan gaming, Ellia sungguh tidak mampu untuk tidak mengeluh.
Padan muka! Itulah, siapa suruh buat deal dengan grandpa? Kalau rasa-rasa tidak mampu buat sesuatu dengan baik, janganlah suka hati mahu melaksanakan deal. Sudah menyusahkan diri sendiri, rasa penat pun jadi makin berganda sahaja!
Memang begitulah fikiran Ellia semenjak dua menjak ini. Namun, bila dia fikirkan kembali, dia tidak rasa menyesal dengan deal yang sudah dia buat itu. Ini kali pertama dia memberikan tentangan kepada grandpa dan dirinya untuk mencapai lebih daripada apa yang orang lain dan dia sendiri fikirkan dia mampu. Ini juga kali pertama dia rasa perjuangannya bukan sesuatu yang kosong.
Selama dia hidup berbelas tahun ini, Ellia sentiasa berjuang untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Dan setiap perjuangannya itu tidak pernah mendapat pengiktirafan daripada orang lain sehinggakan dia sendiri juga tidak ingin mengiktiraf besarnya usaha yang telah dia curahkan. Akan tetapi, sekarang ceritanya berbeza.
Ellia bukan berjuang untuk menjadi yang terbaik, sebaliknya berjuang untuk sampai ke tahap yang terbaik. Dia tidak berhasrat dirinya dilabel dengan perkataan 'terbaik', tetapi cukuplah jika dia sampai ke tahap terbaik itu. Menjadi yang terbaik dan sampai ke tahap yang terbaik, dua hal yang sangat berbeza. Menjadi yang terbaik bermakna nombor satu, sedangkan sampai ke tahap yang terbaik bermaksud berusaha sehabis baik tanpa perlu menjadi nombor satu.
Mungkin orang lain akan bingung dengan pemikiran seperti ini, tetapi Ellia tahu... Mereka yang faham bagaimana peritnya sentiasa berjuang untuk menjadi yang terbaik namun dilecehkan setiap masa, sudah pasti akan faham dengan isi akalnya ini.
Kali ini, dia meletakkan dirinya sebagai yang pertama untuk dia kagumkan.
Kali ini, dia berjuang bukan hanya demi orang lain tetapi lebih kepada untuk dirinya sendiri.
Dan kali ini, dia akan pastikan perjuangannya diakhiri dengan senyuman, baik itu dengan atau tanpa gelaran 'terbaik'.
Penumbuk dikepal padu sebelum kepalanya diangkat dari atas meja. Dalam keadaan duduk tegak, dia menganggukkan kepalanya dengan semangat yang berkobar-kobar.
YOU ARE READING
𝐕𝐄𝐑𝐒𝐔𝐒 | 𝑹𝒆𝒗𝒂𝒎𝒑
Roman pour Adolescents❝Every hurdle that comes my way, I will face it and get stronger.❞ ―𝐄𝐋𝐋𝐈𝐀 ★。+゚☆ ══════════════════ ☆゚+。★ Terlahir sebagai anak pasangan jutawan dan menjadi sebahagian daripada keluarga besar Lawrence dan Jennings yang cemerlang dari segi akadem...