MERASAKAN simbahan cahaya matahari pada wajahnya, Ellia yang merehatkan matanya terus membuka mata semula. Ternampak sahaja sengihan lebar di wajah L dan Sun, dia langsung mengesan sesuatu.
"Apa dia?" soalnya sebaik mereka memasuki perut kereta.
"Tak ada apa-apalah," jawab Sun.
L yang terlihat ingin membuka mulut tiba-tiba memaparkan wajah berkerut menahan sakit. Senyuman paksa ditayangkan seraya matanya menjeling tajam wajah adik perempuannya itu.
"Haah, mana ada apa-apa... Kitorang senyum aje."
"Kalau ada apa-apa, cakap ajelah..."
Ellia bernada jengkel. Dia tahu, mereka berdua ada sesuatu yang ingin diperkatakan. Tetapi itulah, suka sangat mahu berdalih! Kononnya, tiada apa-apa. Sekali di rumah nanti, ha... Teruslah sibuk mahu bercakap itu ini!
"Ehem, okey... Sun dengar tadi kakak kena buli di kelas kakak Airika. Betul ke?"
Keningnya terjongket bila mendengar soalan Sun itu. "Buli, hmm? Entahlah, kakak rasa tak adalah masuk kategori buli sangat... Anyway, what's about it?"
"Kitorang dengar kakak jawab soalan fungsi gubahan Add Maths yang agak susah nak dijawab. Is that true?"
Sun mencebikkan bibirnya tatkala L menyoal terlebih dahulu sebelum dirinya. Namun begitu, dia tidak menimbulkan sebarang pertelingkahan seperti biasanya. Sebaliknya, dia khusyuk menanti jawapan daripada Ellia.
"Erm... I've seen you both answered multiple questions like that one a lot of times already. That's why kakak dapat jawab," jelas Ellia.
"You mean... Kakak hafal jalan kira kitorang?" Sun membeliakkan matanya.
"Really, sister?" L memandang Ellia dengan mata yang berbintang.
"Mmm..." Kekok Ellia membalas.
Melihatkan tiga beradik itu sedang asyik berbual, Conrad yang merupakan pemandu baharu keluarga Ellia berdehem bagi meraih perhatian mereka. Namun malangnya, dia diabaikan.
Conrad melepas nafas berat. Kalau diikutkan, dia bukanlah asing mana dengan mereka bertiga walaupun dirinya bergelar pemandu baharu. Kerana sebetulnya, dia dahulu pernah bekerja sebagai waiter di restoran milik Windy. Dia seringkali menjadi waiter yang menyajikan hidangan buat keluarga Ellia setiap kali mereka datang ke restoran tersebut. Maka, boleh dikatakan yang dia cukup biasa dengan mereka.
"Err, Ellia..."
"Err, L..."
"Err, Sun..."
Beberapa kali dia cuba mencelah, tetapi tidak berjaya. Masuk cubaan entah yang keberapa, L akhirnya memberikan respons.
YOU ARE READING
𝐕𝐄𝐑𝐒𝐔𝐒 | 𝑹𝒆𝒗𝒂𝒎𝒑
Genç Kurgu❝Every hurdle that comes my way, I will face it and get stronger.❞ ―𝐄𝐋𝐋𝐈𝐀 ★。+゚☆ ══════════════════ ☆゚+。★ Terlahir sebagai anak pasangan jutawan dan menjadi sebahagian daripada keluarga besar Lawrence dan Jennings yang cemerlang dari segi akadem...