𝟬𝟰𝟴 ‣ 𝙂𝙪𝙖𝙧𝙙 𝙃𝙚𝙧 𝙊𝙬𝙣 𝙃𝙚𝙖𝙧𝙩

9 1 0
                                    

KEHENINGAN meliputi suasana di dalam perut kereta CA apabila dia dan Ellia sama-sama tidak mengambil inisiatif untuk berbicara

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KEHENINGAN meliputi suasana di dalam perut kereta CA apabila dia dan Ellia sama-sama tidak mengambil inisiatif untuk berbicara. Kedua-duanya fokus dengan apa yang mereka kerjakan; CA dengan pemanduannya, Ellia pula dengan lamunannya.

Saat CA tiba-tiba berdehem, lamunan Ellia akhirnya menemukan noktah. Gadis itu memandang ke sisinya, dan mendapati CA juga sedang memandangnya.

Di tengah-tengah kesibukan jalan raya yang menyebabkan pemanduannya tergendala, CA mengambil keputusan untuk menjadi pemula bicara. "Ellia... Kau curiga dengan manusia yang bernama J tu, kan?"

Ellia mengangguk kecil. Di hadapan CA, tidak ada apa-apa yang perlu dia sembunyikan memandangkan gadis itu tidak seperti para ahli Crowner yang akrab dengan J. "You too, right?" duganya.

Pada hakikatnya, dia telah lama menyedari kecurigaan CA terhadap J semenjak nama J disebut-sebut dalam perbincangan mereka di Crowner Palace tadi. Hanya sahaja, dia tidak mengatakan apa-apa. Dan disebabkan dia mengetahui hal ini, dia telah menantikan peluang untuk berbual dengan CA berkenaan insan bernama J itu.

Ketika CA menawarkan bantuan untuk menghantar dia pulang ke rumah sebelum ini, Ellia sudah tahu gadis itu juga ingin berbincang secara peribadi dengannya soal perkara yang sama. Maka, dia dengan senang hati bersetuju menerima bantuan CA.

Walau bagaimanapun, semenjak mereka memasuki perut kereta, tiada sesiapa yang membuka mulut sehinggalah beberapa detik yang lalu. Aneh? Mungkin. Tetapi sebenarnya, ia berlaku kerana mereka berdua terasa janggal. Tidak, berkemungkinan besar cuma Ellia yang janggal. CA di sisinya santai sahaja sedari tadi, namun memilih diam kerana tahu Ellia masih merasa janggal. Janggal sebab apa? Tentu sekali kerana ucapan Ellia berkaitan CL sebelumnya. Ucapan yang sempat menyebabkan semua orang di Crowner Palace terkedu, sedangkan Ellia pula diserbu rasa malu apabila tersedar yang dia terguna nada bersifat romantik ketika memberi ucapannya itu.

"Erm... He's really suspicious. In fact, aku sebenarnya dah rasa dia tu mencurigakan lepas tengok Qualification Match yang Crowner ikut hari tu. Like he suddenly got the limelight, and overshadowed the other seven members. Even CL pun tak ada buat macam tu sepanjang dia jadi Ace, you know? Sure he got his own limelight too, but he's never gone so overboard that he overshadowed the others. Dan jujur, aku bukannya nak menangkan CL sebab dia adik aku. But, it's just─ Ellia, you get my point, don't you?"

Ellia tersenyum nipis. "Don't worry, CA. Aku faham maksud kau. Aku pun rasa benda yang sama... Aku dah tengok hampir semua battle yang Crowner pernah sertai, so when I watched the Qualification Match, aku sedar perubahan yang berlaku. How all the lights were only on this one person called J..."

𝐕𝐄𝐑𝐒𝐔𝐒 | 𝑹𝒆𝒗𝒂𝒎𝒑Where stories live. Discover now