𝟬𝟮𝟮 ‣ 𝙋𝙡𝙖𝙣 𝙄𝙣𝙩𝙚𝙧𝙧𝙪𝙥𝙩𝙚𝙙

11 2 0
                                    

SETELAH hujan lebat selama hampir sejam, matahari kini terbit memancarkan sinarnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SETELAH hujan lebat selama hampir sejam, matahari kini terbit memancarkan sinarnya. Muka jam saat ini sudah tepat menunjukkan pukul 10.00 pagi. Selesai sahaja menjamu selera, Ellia, L dan Sun kemudiannya duduk berkumpul di ruang tamu rumah mereka.

"Ehem..."

Mendengar deheman Ellia, L dan Sun menoleh serentak ke arahnya. Mereka tahu benar sifat Ellia yang satu itu. Apabila dia berdehem sebegitu, maknanya dia ingin membincangkan sesuatu.

"Kakak nak cakap sesuatu ke?" soal L.

"Erm... Kakak cuma nak tanya aje. Actually, L dengan Sun pergi mana kelmarin?"

"Oh... Kitorang pergi ke Crowner Palace, tempat latihan sekali gus tempat tinggal kedua kitorang," beritahu Sun tanpa mengesyaki motif tersembunyi Ellia.

"I see... Wait up, so... Guy and girl members live together in that place?" Mata Ellia membulat. Cerlungan tajam dihantar ke arah kedua-dua adiknya itu.

L dan Sun meneguk air liur dengan payah. Death glare Ellia benar-benar menyeramkan! Secara automatik, kepala mereka berdua tergeleng-geleng laju.

"It's not like what you think, sister... Kitorang memang tinggal sama-sama dekat situ. Tapi, kitorang asingkan kawasan guys and girls," jelas L, enggan membiarkan Ellia mendapat idea yang bukan-bukan.

"I see. Ehem... Sebenarnya, kalau boleh... Kakak nak... Err..." Ellia mulai ragu-ragu untuk menyuarakan hal yang ingin dia utarakan.

"Kakak nak apa?"

L dan Sun kebingungan. Kedua-duanya tidak dapat menduga apa yang Ellia ingin sampaikan.

"Erm, macam ni... Before this, Crowner members yang lawat kakak dekat hospital. But this time, I want to be the one paying them a visit. Can I?"

Sunyi. Satu perkataan yang sempurna untuk menggambarkan suasana di ruang tamu rumah itu sebaik Ellia mengungkapkan hasratnya.

"Kakak... Kakak serius ke ni?" Sun seolah tidak dapat mempercayai apa yang baru sahaja kakaknya itu ungkapkan.

"I'm serious. So, boleh tak?"

"Mestilah boleh! Diaorang mesti gembira jumpa kakak nanti!"

Ellia yang sedari tadi menunduk perlahan-lahan mengangkat wajahnya, memandang ke arah kedua-dua adiknya itu. "Betul ni?"

"Yes, sister! L yakin, diaorang akan rasa lebih gembira kalau kakak datang," kata L. Nadanya kedengaran cukup teruja.

"Exactly, no doubt at all!" tambah Sun pula.

Senyuman nipis hadir menyerikan wajah Ellia. Step one, completed!

•◦✦────•◦ᘡᘞ •◦────✦◦•

𝐕𝐄𝐑𝐒𝐔𝐒 | 𝑹𝒆𝒗𝒂𝒎𝒑Where stories live. Discover now