𝟬𝟬𝟯 ‣ 𝙑𝙍𝙎

29 2 4
                                    

𝗞𝗘𝗗𝗨𝗔-𝗗𝗨𝗔 jarum jam sudah tiba selari pada angka lapan, menandakan waktu kini sudah pukul 8

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

𝗞𝗘𝗗𝗨𝗔-𝗗𝗨𝗔 jarum jam sudah tiba selari pada angka lapan, menandakan waktu kini sudah pukul 8.40 pagi. Ellia duduk bersandar pada kepala katilnya. Matanya tertumpu kepada ruang kosong, larut dibuai lamunan yang cukup menghanyutkan dirinya.

"Good morning, sweetie."

Tanpa sebarang amaran, sapaan lembut itu mengusir pergi lamunan Ellia. Kepalanya dipalingkan ke sisi, memandang ke arah Vierra, doktor peribadinya.

Ellia tersenyum palsu. Dia sudah terbiasa memperlihatkan respons spontan itu kepada semua orang. Sungguhpun hatinya kosong, bibirnya tetap akan membentuk lengkung yang dipanggil 'senyuman'. Aneh, bukan? "Good morning, doc."

"Here, I have made you a breakfast. Nurse yang jaga kamu bagitahu saya yang kamu tak makan makanan hospital. So, I made this for you. Saya harap kamu ada selera nak makan."

Bekal makanan yang disuakan kepadanya itu Ellia sambut dengan hati yang terbuka. "Thank you, doc. Ellia hargai bekalan ni..."

Vierra tersenyum nipis. "My pleasure. Jangan lupa makan nanti, okey? Sekarang ni, saya ada pesakit lain yang saya kena jenguk... Kamu okey ke seorang-seorang aje?"

Ellia mengangguk kecil. "Mestilah okey. Doc pergilah jenguk pesakit doc tu, Ellia tak kesah."

"Then, I'll get going first. Kalau ada apa-apa, tekan aje button sebelah katil kamu tu, okey?"

Anggukan diberikan kepada Vierra sekali lagi. Usai sahaja Vierra berpamitan pergi lalu keluar dari wadnya, Ellia menghela nafas berat. Bekal makanan di tangannya dipandang seketika sebelum dia membuka meja lipat pada katilnya dan meletakkan bekal itu di atas meja tersebut.

Penutup bekal itu ditanggalkan. Mahu tidak mahu, dia menyuap jua isi bekal tersebut ke dalam mulutnya menggunakan sudu yang tersedia. Realitinya, dia bukannya tidak tahan dengan makanan hospital. Sebaliknya, dia hilang selera makan. Saat ini, dia menjamah bekal pemberian Vierra itu juga hanya demi menjaga hati Vierra sahaja.

Di sebalik pengetahuan Ellia, Vierra justeru melihat segala perbuatan gadis itu melalui ruang kaca bersaiz sederhana besar pada pintu wad Ellia. Keluhan lemah dilepaskan. Tidak syak lagi, dugaannya memang benar. Kondisi mental Ellia semakin memburuk semenjak kebelakangan ini. Perubahan ketara pada diri Ellia sudah dia kesan selepas dia pulang dari Croatia tiga hari yang lalu. Walaupun Ellia mengukir senyuman yang cukup sempurna untuk mengelabui mata semua orang, tetapi Vierra mampu melihat kenyataan di balik senyuman itu. Ellia cuma berpura-pura okey, dan topeng gembiranya memang tidak Vierra nafikan benar-benar terbentuk dengan sempurna. Gadis itu memang sudah semakin cekap membuat ekspresi palsu.

"It's a perfect mask, sweetie. But, it's way too perfect..." Dia menggumam perlahan, cukup untuk pendengarannya sahaja. Reality is never flawless, so being perfectly perfect means it's all acting. An acting to cover every flaw that exists.

𝐕𝐄𝐑𝐒𝐔𝐒 | 𝑹𝒆𝒗𝒂𝒎𝒑Where stories live. Discover now