𝟬𝟯𝟲 ‣ 𝙏𝙤𝙤 𝙈𝙪𝙘𝙝 𝙩𝙤 𝙏𝙖𝙠𝙚

11 1 0
                                    

HILANG semangat Ellia apabila mendapat tahu yang keluarga besar Lawrence dan Jennings bakal menganjurkan satu majlis mewah buat kedua-dua keluarga itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

HILANG semangat Ellia apabila mendapat tahu yang keluarga besar Lawrence dan Jennings bakal menganjurkan satu majlis mewah buat kedua-dua keluarga itu. Kalau boleh diikutkan rasa hati yang memang tidak berkenan mahu menghadiri majlis tersebut, tentu mulutnya akan dengan ringan mengatakan tidak kepada undangan yang telah diterimanya.

Namun, dia tidak boleh melakukan itu kerana dia jelas akan satu hal. Bukan hanya dia yang akan terkena tohmahan daripada ahli-ahli keluarganya nanti, tetapi juga mama dan papa serta adik-adiknya.

Therefore, no matter how sickening the situation she has to be in, she'd just gulp it down as if her heart is made of stone.

Majlis itu akan berlangsung pada malam ini, dan Ellia sendiri sudah bersetuju ingin menghadirinya. Persetujuan yang teramatlah kontra dengan keinginan hatinya... Walau bagaimanapun, dia melakukannya demi kebaikan semua orang. Atau sebenarnya, semua orang kecuali dirinya.

Memikirkan yang dia akan bersendirian tanpa kedua-dua adiknya dalam majlis itu, dia langsung berasa lemas. L dan Sun sibuk dengan sesi latihan gaming di Crowner Palace, jadi mereka tidak akan pergi ke majlis tersebut. Tanpa mereka, situasinya tentu sekali lebih sulit daripada kebiasaan.

Keluhan dilepaskan. Rancangan Running Man yang sedang bersiaran di kaca televisyen tidak lagi mampu menarik hatinya. Ellia bersandar pada sofa dengan bantal gebu diletakkan di atas wajahnya.

It will be such a long, long night.

•◦✦────•◦ᘡᘞ •◦────✦◦•

Semenjak kaki menapak masuk ke ruangan utama hotel mewah tempat majlis diadakan, senyuman palsu yang paling manis lagikan natural terukir indah pada wajah Ellia.

Bilamana mama dan papanya terpaksa meninggalkan dia dek harus bertegur sapa dengan uncles serta auntiesnya, rasa kekok mula merangkak masuk ke sangkar hati Ellia. Dia bukan jenis yang mahir bersosial sehinggakan hubungannya boleh dikatakan negatif dengan semua sepupunya. Sebetulnya, Ellia dan adik-adiknya memang tidak sebulu dengan para sepupu mereka. Maklumlah, pola pemikiran dan gaya pergaulan mereka amat jauh berbeza antara satu sama lain.

"Ellia."

"Ellia."

Ellia memanggungkan kepalanya ke hadapan tatkala dua suara tegas itu bergabung menyapa halwa telinga. Grandma? Dan grandpa? Kepalanya cepat-cepat ditundukkan sebagai tanda hormat. "Greetings, grandma and grandpa."

Terasa bagaikan oksigen dirampas daripada dirinya bila mereka tidak kunjung mengatakan apa-apa. Ellia jadi penasaran sekali, rasa paranoid pun terbit juga sedikit. Mengapa agaknya mereka diam sahaja?

𝐕𝐄𝐑𝐒𝐔𝐒 | 𝑹𝒆𝒗𝒂𝒎𝒑Where stories live. Discover now