𝟬𝟬𝟰 ‣ 𝘼 𝙒𝙚𝙡𝙡 𝙁𝙞𝙧𝙨𝙩 𝙏𝙞𝙢𝙚

21 1 0
                                    

MATA Ellia membulat besar apabila membaca message CL

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

MATA Ellia membulat besar apabila membaca message CL. Dia mengulang bacaannya berkali-kali selama hampir lima minit. "Ke-Kenapa dia tiba-tiba tanya soalan ni?"

• CULLEN
❝Kau dah banyak berlatih.
Tak nak cuba main Rank
Mode ke?

CL menanti balasan Ellia buat messagenya itu sambil menikmati minuman oatnya. Sejujurnya, dia hanya ingin menduga reaksi gadis itu sahaja dan bukannya berniat memaksa mahupun memberi tekanan kepada Ellia. Jika Ellia ingin bermain dalam Rank Mode, itu merupakan suatu perkembangan yang positif. Namun seandainya Ellia hanya mahu bermain dalam Testing Mode buat masa sekarang, itu juga bukan suatu masalah. Semua keputusan terletak di tangan gadis itu, dan dia tidak akan sesekali menghakimi keputusan Ellia.

"Ellia, kenapa kau nak risau sangat ni? Walaupun kau kalah, tak ada sesiapa yang akan peduli pun nanti. Lagipun, mana ada orang yang tahu kau main game ni... So, why don't you give it a try? Bukannya Rank Mode tu boleh bunuh kau... Tak mati pun kalau main mod tu." Ellia berbicara kepada dirinya sendiri.

Tingkahnya itu diperhatikan oleh CL dari wad sebelah. CL tersenyum segaris. Ini bukan kali pertama dia melihat Ellia bertingkah sedemikian. Sewaktu pertama kali bermain dalam arena Testing Mode sebelum ini pun, Ellia pernah melakukan hal yang sama. Dia berbual-bual sendirian seolah membaca jampi. Tidak dinafikan, berkemungkinan besar orang yang melihat akan menganggap dirinya kurang waras. Namun, CL tahu bahawa gadis itu sekadar menyampaikan kata-kata semangat kepada dirinya sahaja. Oleh itu, dia tidak berasa pelik dengan tingkah Ellia.

Beberapa detik berlalu, akhirnya CL menerima balasan daripada Ellia. Dia tersedak sedikit selepas membaca message tersebut.

• AELICE
❝Saya nak cuba... Tapi, tak
apa ke?❞

• CULLEN
❝Of courselah tak apa. Tak
payahlah risau kena kecam
atau apa... Nobody in VRS
knows who you are. Urm,
well, make me an
exception. So, kau betul-
betul nak cuba Rank Mode
ke?❞

• AELICE
❝Yes. Urm, awak tak main
ke?❞

"She has grown braver..." CL menggumam kecil.

• CULLEN
❝Nope. But, I will be
rooting for you
though. Is that
alright, Sofie?❞

Balasan kepada message Ellia itu dikirimnya sebelum dia dengan pantas mengintai reaksi Ellia melalui cermin kaca pada pintu wadnya. Gadis itu membuat muncung itik. Nampak jelas dia sedang menunjukkan reaksi tidak puas hati terhadap CL! Namun anehnya, reaksi tidak puas hati Ellia itu malah membuatkan CL tidak mampu mengawal dirinya daripada tersenyum. "God, she's so cute..."

𝐕𝐄𝐑𝐒𝐔𝐒 | 𝑹𝒆𝒗𝒂𝒎𝒑Where stories live. Discover now