GELAP-GELITA suasana bilik tempat Ellia ditahan saat ini. Meski telah dilengkapi lampu tidur dan sinar cahaya dari bulan, ianya tetap gelap. Sama sepertimana gelapnya hati Ellia kini.
Ellia duduk memeluk lutut dalam keadaan kusyen empuk diselitkan antara wajah dengan lututnya. Memikirkan semua yang telah terjadi pada hari ini, dia meletuskan tawa hambar. Kepalanya turut digeleng-geleng beberapa kali.
"Was I a fool to give ourselves a chance?" Dia menggumam sendirian.
Baru beberapa ketika matanya dipejamkan, dia mendengar pintu bilik itu diketuk dari luar. Ellia dengan langkah longlai berjalan menghampiri pintu itu sebelum menyandarkan belakangnya pada pintu tersebut.
"Ellia..."
Mendengar suara itu, Ellia menghela nafas lelah. "Kau nak apa lagi, Airika?"
Airika yang berdiri di luar pintu bilik 'penjara' Ellia itu semakin dihempap rasa bersalah. Permukaan pintu bilik tersebut disentuhnya dengan mata yang terpejam.
"Aku minta maaf."
Ellia sungguh tidak tahu bagaimana dia patut menunjukkan reaksi kepada permintaan maaf itu. Entahlah... Hatinya terasa kosong sekali pada masa ini. Tiada rasa apa-apa langsung, melainkan rasa penat.
"Baliklah, Airika. Untuk apa lagi kau di sini?"
Airika menggigit kecil bibirnya. "Ellia, aku tahu sekarang ni kau tengah marah dengan aku... Kau kecewa dan─"
"Siapa kata? Aku tak ada bagitahu kau pasal perasaan aku pun, kan? So, how can you simply act like you could see through my heart and determine how I currently feel?"
Terpempan Airika mendengar nada Ellia yang jelas terkesan dingin itu. Namun, dia faham. Dia tahu Ellia mempercayai dirinya, dan dia dengan begitu mudah menghancurkan kepercayaan itu.
"Ma─"
"Don't say sorry to me, Airika... Instead, be sorry for yourself. Sekurang-kurangnya, aku dah tak ada penyesalan lagi sekarang ni. But you, you do. Jadi, minta maaf kepada diri kau... Bukan kepada orang lain."
Tidak memberikan Airika peluang untuk bercakap lagi, Ellia terus berbicara semula. "Go home, Airika... Just go home."
Airika menunduk, tangannya dijatuhkan daripada menyentuh pintu di hadapannya itu. "I... Get it. Take care, Ellia..."
Sedar bahawa Airika telah pergi, Ellia akhirnya jatuh melurut ke lantai. Dadanya dipegang, sendat terasa.
Jujur, dia masih tidak dapat percaya bahawa Airika membongkarkan kegiatan gamingnya kepada keluarga mereka. Separuh hatinya tetap ingin mempercayai gadis itu, meyakini yang bukan Airika pelakunya.
Sejak saat Airika mendatanginya tadi, dia amat berharap Airika akan mengatakan bahawa gadis itu tidak melakukannya. Tetapi, harapannya itu hancur bilamana perkataan maaf meniti keluar di bibir Airika.
YOU ARE READING
𝐕𝐄𝐑𝐒𝐔𝐒 | 𝑹𝒆𝒗𝒂𝒎𝒑
Teen Fiction❝Every hurdle that comes my way, I will face it and get stronger.❞ ―𝐄𝐋𝐋𝐈𝐀 ★。+゚☆ ══════════════════ ☆゚+。★ Terlahir sebagai anak pasangan jutawan dan menjadi sebahagian daripada keluarga besar Lawrence dan Jennings yang cemerlang dari segi akadem...