JARUM jam yang bergerak itu Ellia perhatikan. Masih ada waktu 15 minit sebelum match Crowner bermula... Mengetahui hal itu, dia membiarkan dirinya larut dalam ruang fikirannya.
Setelah mengorek sedikit informasi peribadi soal CL daripada Vierra, dia mendapati yang CL tidak pernah mempunyai masalah kewangan. Menurut wanita itu, CL seorang yang berjimat cermat orangnya. Lelaki itu amat jarang mengeluarkan wang yang ada dalam simpanannya untuk hal-hal yang tidak bermakna. Malah, CL juga bukan seseorang yang suka berhutang. Jadi, pinjaman wang atas nama CL yang pernah disebut oleh Sun sebelum ini... Mungkinkah sebenarnya bukan dibuat oleh lelaki itu?
"Hmm, termenung lagi dia ni... Dah fly ke mana tu? Berapa batu dah kamu travel?" perli Vierra yang memerhatikan aksi termenung Ellia sedari tadi.
Terkelip-kelip mata Ellia apabila mendengar perlian itu. Spontan tangannya naik menggaru hidung. "Err, doc... Bila masa doc datang duduk sebelah saya?"
"Dua minit yang lalu, my dear... Apa yang kamu fikirkan sebenarnya? Tak habis-habis berkerut muka kamu tu saya tengok... Ada masalah ke?"
Ellia menggeleng laju. "Tak adalah... Erm, doc... Mama dengan papa ada call doc lagi ke?"
"Ada tu memanglah ada. Dah namanya pun parents, normallah diaorang call doc untuk tanya pasal keadaan kamu... Kenapa? Feeling homesick already?"
"Mana adalah. Saya tanya aje... Rasa bersalah pula dekat doc sebab doc asyik kena give them updates about me."
Vierra tersenyum nipis. Ditepuk-tepuk lembut bahu Ellia. "Jangan risaulah... Saya tak rasa susah pun. Lagipun, saya faham perasaan orang tua kamu. I'm a mother myself. Saya pun asyik tanya guru-guru anak saya sepanjang diaorang ikut kem selama dua minggu ni. Sekarang baru lima hari diaorang pergi sertai kem tu, but saya dah call guru-guru diaorang for more than 20 times already."
Hampir ternganga Ellia dibuatnya. Biar betul Vierra ini? Tumpah simpati dia ke atas guru-guru Venus dan Storme. Sangkanya sebelum ini, sifat protective Vierra akan berkurangan setelah Venus dan Storme semakin meningkat dewasa... Namun kenyataannya, sifat protective wanita itu kekal pada aras yang sama. Patutlah Venus dan Storme sentiasa mengadu kepadanya bahawa mereka kadang-kadang rimas dengan sikap Vierra, tetapi pada masa yang sama, terharu juga atas keprihatinan mama mereka itu.
"Doc, doc tahu guru-guru Venus dengan Storme akan bagi doc new updates if anything happen to them, kan? Jadi, doc tak perlulah call diaorang banyak kali... I get that you are worried as this is their first time going on a camp that's for more than a week, tapi... Doc kenalah percayakan Venus dan Storme. They won't fail to protect themselves."
"You're speaking like Seth. Haih... Saya seorang aje ke yang terlebih risau pasal mereka berdua?"
Satu keluhan berat Vierra lepaskan lalu pandangannya dijatuhkan ke lantai. Seth yang ketika ini sedang menguruskan sebuah projek di Australia juga ada berpesan supaya dia tidak bimbang akan anak-anak mereka. Namun sebagai seorang ibu, dia masih tidak mampu untuk menghilangkan rasa khuatirnya itu. Pantang teringat soal Venus dan Storme, pasti hatinya diburu rasa resah memikirkan keadaan mereka tanpa dirinya di sisi.
YOU ARE READING
𝐕𝐄𝐑𝐒𝐔𝐒 | 𝑹𝒆𝒗𝒂𝒎𝒑
Teen Fiction❝Every hurdle that comes my way, I will face it and get stronger.❞ ―𝐄𝐋𝐋𝐈𝐀 ★。+゚☆ ══════════════════ ☆゚+。★ Terlahir sebagai anak pasangan jutawan dan menjadi sebahagian daripada keluarga besar Lawrence dan Jennings yang cemerlang dari segi akadem...