TANGAN Ellia naik mengurut-urut sisi kepalanya saat rasa sakit kepala hadir secara mendadak. Ah, sudah! Nampaknya, dia telah menyebabkan dirinya 'terlebih kerja' malam ini.
Dalam sibuk berusaha menghilangkan rasa sakit kepala, satu sentuhan lembut terasa di bahu kanannya. Mahu tidak mahu, dia menoleh jua untuk melihat siapa gerangannya yang masih belum tidur ketika ini.
"Hey, kau okey tak ni?"
Oh, Airika rupanya! Tidak semena-mena, Ellia mengeluh. "Aku... Okey."
Airika yang membawa muk berisi teh panas lantas beredar meletakkan muk itu di meja kaca yang terletak beberapa langkah ke sisi kanannya sebelum kembali mendapatkan Ellia. Dia berdiri menyandarkan belakangnya ke meja komputer Ellia. Kemudian, tangannya disilangkan ke dada.
"Kalau okey, kenapa mengeluh?"
Ellia meraup wajahnya lalu merehatkan kepala ke kusyen kerusinya. "Haih... Entahlah."
"Grace... You know it's an unhealthy habit. What you are doing to yourself now... Semua ni akan bagi efek negatif dekat diri kau." Lembut lenggok bicara Airika.
"Kenapa kau tak tidur lagi?"
Airika menghela nafasnya perlahan. Dia tahu benar yang Ellia sedang cuba mengalihkan topik pembicaraan mereka! "What about you then?"
"Aku tanya kau dulu."
"Does that matter?"
Ellia terkelu lidah mahu berlawan kata dengan sepupunya itu. Airika, dia pernah menjadi juara pertandingan berbahas peringkat antarabangsa sebanyak tiga kali... Jika benar harus berdebat, bolehkah dia menyaingi gadis itu? Sudahnya, dia beralah jua.
"Aku tak boleh nak buang masa lagi... Kau tahu, it won't be long before it officially begins."
Airika mengerutkan keningnya dengan raut tegang. "Habis tu, kau overwork ni untuk apa? Dah tahu tak banyak masa yang tinggal, sepatutnya kau kena jaga diri dengan lebih baik. Kau overwork macam ni... It's just going to take a toll on you. Kau akan jatuh sakit kalau berterusan buat macam ni. Apa? Kau ingat kau superhuman yang takkan jatuh sakit tak kira apa kau buat? Girl, stop torturing yourself."
"Lower your voice, please?" Rendah sahaja nada Ellia.
Dia tidak mahu seandainya rakan-rakan mereka terganggu dengan perbualan mereka. Sudahlah seharian suntuk ini mereka membantu dia dengan sesi latihan VRSnya... Sampai malam berlabuh, mereka semua setia menemani dia berlatih. Nasib baiklah VIS's Private Gaming Centre ini ada menyediakan ruang penginapan, jadi tidak perlulah mereka memandu jauh untuk pulang ke rumah... Mengambil kira semua kesulitan yang mereka hadapi disebabkan dirinya, dia sekarang bertanya kepada diri sendiri. Ke mana pergi hatinya jika dia bahkan mengganggu waktu tidur mereka?
YOU ARE READING
𝐕𝐄𝐑𝐒𝐔𝐒 | 𝑹𝒆𝒗𝒂𝒎𝒑
Teen Fiction❝Every hurdle that comes my way, I will face it and get stronger.❞ ―𝐄𝐋𝐋𝐈𝐀 ★。+゚☆ ══════════════════ ☆゚+。★ Terlahir sebagai anak pasangan jutawan dan menjadi sebahagian daripada keluarga besar Lawrence dan Jennings yang cemerlang dari segi akadem...