𝟬𝟳𝟭 ‣ 𝙏𝙝𝙚 𝘿𝙞𝙨𝙖𝙥𝙥𝙚𝙖𝙧𝙖𝙣𝙘𝙚 𝙤𝙛 𝘼𝙞𝙧𝙞𝙠𝙖

7 1 0
                                    

LEBIH seminggu sudah sejak Ellia melarikan dari 'penjara' grandma dan grandpanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

LEBIH seminggu sudah sejak Ellia melarikan dari 'penjara' grandma dan grandpanya. Dan selama itu jugalah, berita mengenai Airika tidak kedengaran. Puas Claude mencari, namun tiada langsung petunjuk tentang keberadaan gadis itu. Seolah Airika lenyap begitu sahaja dari bumi Cavville ini.

Sepanjang tempoh ini, Blair dan Sienna hanya bekerja dari rumah bagi mengelak bertemu Blake mahupun Sapphire di syarikat. Namun demikian, itu tetap tidak menghalang mereka daripada memastikan projek yang dijalankan lancar seperti biasanya.

Selain itu, sudah timbul banyak berita hangat soal cucu pilihan Blake yang terkini. Tidak ada nama yang pasti, tetapi ramai menjangkakan bahawa ianya mungkin Evangeline.

Ellia malas mahu mengambil tahu tentang itu. Dia cuma fokus mengerjakan tugasan-tugasan sekolahnya dan mengumpul informasi berkenaan Airika. Pada masa lapangnya, dia juga bermain VRS untuk memastikan prestasinya semakin baik di arena. Nasib baik adik-adiknya membawa komputernya itu sekali sebelum meninggalkan rumah mereka tempoh hari... Kalau tidak, memang tidak mungkin rasanya dia boleh bermain game tersebut selama berada di vila peribadi keluarganya ini.

Menurut Blake, tepat beberapa hari dia melarikan diri dari Roseaviene Mansion, rumah mereka itu telah kembali menjadi hak milik Blake dan tidak lagi boleh dijejaki oleh Ellia sekeluarga. Maklumlah, rumah itu adalah hadiah daripada Blake untuk keluarganya. Tetapi memandangkan mereka sudah berkonflik sekarang, nampaknya Blake mahu mengambil semula apa yang pernah dia berikan kepada Blair dan Sienna.

Mereka sekeluarga tidak ada masalah walaupun Blake mengambil semula rumah itu. Sayang memanglah sayang, tetapi apa lagi yang boleh mereka buat? Takkan mahu merayu kepada Blake agar mengembalikan rumah itu kepada mereka cuma kerana kenangan yang tersimpan di situ? Oh, tidak mungkin itu terjadi!

Ellia yang ketika ini sedang menikmati pemandangan di taman berhampiran vila peribadi keluarganya itu sedikit terkejut bila kekosongan pada belah kiri bangku yang didudukinya kini dihuni oleh seseorang.

"Tak kira ke mana aku cari, aku masih tak jumpa dia..."

Mendengar keluhan itu, tahulah Ellia siapa gerangan yang duduk di sebelahnya walaupun dia masih tidak mengalihkan pandangannya daripada tasik jernih di hadapannya.

"Menyesal tak?"

Claude tergelak hambar. "Soalan apa kau tanya ni, Ellia oiii? Nak menyindir ke?"

Ellia tersenyum segaris. "Tahu tak apa... Memang tengah menyindir pun. Itulah, lain kali fikir dulu sebelum buat apa-apa. Aku tahu, Claude... Kau seseorang yang penting bagi Aira. Jadi bila kau putuskan untuk tinggalkan dia, dia mesti rasa sangat terpukul."

"Aku cuma... Haih... Aku tak tahulah apa yang aku fikir masa tu. Aku rasa marah sangat dekat dia sampai aku main cakap dan buat apa aje yang boleh untuk aku lepaskan kemarahan aku."

"Dan sekarang, kau menyesal."

Claude menghela nafasnya kasar. Ayat ringkas seperti itu nyatanya berbisa juga bila diungkapkan pada saat yang tepat dan pada orang yang layak menerimanya. Ya, dia memang menyesal. Tetapi, apa lagi yang dia boleh buat? Takkan mahu putar balikkan masa? Mana ada Doraemon yang boleh bagi dia mesin masa untuk kembali semula ke waktu itu!

𝐕𝐄𝐑𝐒𝐔𝐒 | 𝑹𝒆𝒗𝒂𝒎𝒑Where stories live. Discover now