𝟬𝟵𝟬 ‣ 𝘼 𝘽𝙖𝙩𝙩𝙡𝙚 𝙤𝙛 𝙃𝙤𝙣𝙤𝙪𝙧

6 2 0
                                    

JATUH rahang semua orang apabila Ellia menyatakan syaratnya untuk duelnya bersama CL yang akan berlangsung sebentar lagi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

JATUH rahang semua orang apabila Ellia menyatakan syaratnya untuk duelnya bersama CL yang akan berlangsung sebentar lagi. Sungguh mustahil rasanya untuk mereka tidak terkesima dengan syarat tersebut! Bagaimana tidak? Mereka semua jelas tahu hakikat bahawa selepas CL bergelar PK of VRS, tiada seorang pun player VRS yang berani meletakkan syarat sebegitu apabila mengadakan battle dengan lelaki itu. Apa yang lebih mengejutkan, selain menjadi player pertama yang sepertinya 'mencabar' kekuatan CL selepas dia dinobatkan dengan gelaran PK of VRS, Ellia juga merupakan player perempuan pertama yang  meletakkan syarat dalam battle bersama CL.

Dari mana keyakinan Ellia datang? Atau... Mungkinkah ada roh gamer yang gila pangkat dalam VRS yang merasuki gadis itu?

Spontan semua mata di Room 001 itu memandang Ellia dengan keadaan yang serba tidak kena. Aura Ellia yang lain macam ketika ini membuatkan mereka mula yakin dengan jangkaan luar kotak mereka itu.

"Aku tak disampuk hantu." Jelas intonasi Ellia menutur kata sekali gus menendang pergi segala bayangan tidak masuk akal semua manusia yang berada di sekitarnya itu.

Tawa rendah kedengaran daripada pihak CL, menyebabkan Ellia memicingkan matanya. Hei! Ini macam sengaja mahu buat dia rasa tidak puas hati pula... Baru sahaja dia ingin membuka mulut, CL sudah terlebih dahulu menguntai bicara.

"Tak, tak... Aku bukannya gelakkan kau, Sofie. Aku tahu kau serius... But, I kinda feel like their view on you seems to be different than mine. Don't you think so?"

Tidak membenarkan sesiapa menyampuk, dia kemudian meneruskan bicaranya.

"People, don't be tricked by her usual performance." Nada selamba nyata ditonjolkan oleh CL.

CA, Crowner, Empire dan Rel perlahan-lahan mulai faham dengan maksud CL. Sesungguhnya, mereka semua memang belum tahu tingkat tertinggi kemahiran Ellia sekarang. Ellia tidak pernah menunjukkan reaksi yang keterlaluan dalam mana-mana battle sejak kebelakangan ini. Kebanyakan masanya, dia cuma menampilkan karakter yang tenang dan berwaspada. Jika diimbas semula, rasanya Ellia tidak pernah terlalu 'ditekan' dalam semua battle yang baru-baru ini disertainya. Kadangkala, mereka bahkan merasakan gadis itu seolah bermain-main sahaja semasa battle.

Seperti baru dihidangkan dengan misteri besar dunia, semua orang menatap Ellia dengan ekspresi ingin tahu. Sudah sampai sejauh mana kematangan Ellia dalam VRS saat ini sebenarnya?

"However, Sofie... Kau yakin ke dengan syarat ni?" CL menyoal dengan serius.

"Saya yakin." Ellia menjawab tanpa ragu.

Syarat duel mereka kali ini yang diletakkan oleh Ellia sendiri ialah, pihak yang kalah wajib menunaikan hajat pihak yang menang.

"Hajat tu... Is it possible for me to ask you for anything? Macam mana kalau aku minta benda yang bukan-bukan dekat kau?" duga CL lagi, penasaran akan tahap keseriusan Ellia.

𝐕𝐄𝐑𝐒𝐔𝐒 | 𝑹𝒆𝒗𝒂𝒎𝒑Where stories live. Discover now