𝟳𝟮.𝟭 ‣ 𝙁𝙖𝙙𝙞𝙣𝙜 𝙞𝙣 𝘽𝙡𝙪𝙧 ⦇ 𝑺𝒑𝒆𝒄𝒊𝒂𝒍 ⦈

6 1 0
                                    

𝗪𝗔𝗥𝗡𝗜𝗡𝗚: 𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗧𝗜𝗥𝗨 𝗔𝗞𝗦𝗜 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗖𝗛𝗔𝗣𝗧𝗘𝗥 𝗜𝗡𝗜!🚫⚠️

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

𝗪𝗔𝗥𝗡𝗜𝗡𝗚: 𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗧𝗜𝗥𝗨 𝗔𝗞𝗦𝗜 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗖𝗛𝗔𝗣𝗧𝗘𝗥 𝗜𝗡𝗜🚫⚠️

SESUDAH memarkirkan kereta, Airika meraup wajahnya beberapa kali sebelum turun dari keretanya itu. Lama dia memandang vila yang berdiri megah di hadapannya kini. Tanpa dapat dikawal, rasa sebak mula berhimpun memenuhi ruang hatinya. Seinfiniti kenangan silam terlayar dalam kepalanya, mendatangkan bayangan ilusi ke deria penglihatannya. Seolah baru semalam, semua itu berlaku.

Vila itu adalah vila yang menjadi tempat tinggal Airika bersama Brendan dan Selena suatu masa dahulu. Dan kerana itulah, ianya suatu tempat yang cukup istimewa dan punya ruang tersendiri dalam hati Airika.

Walau bagaimanapun, Airika hairan mengapa Brendan mengajaknya datang ke vila yang telah lama mereka tidak jenguk ini. Selama ini, walaupun mereka tidak lagi tinggal di vila itu, dia tahu bahawa Brendan tetap mengirim orang untuk membuat pembersihan di situ. Akan tetapi, Brendan sepertinya tidak pernah berniat untuk kembali ke sini. Lalu, mengapa sekarang Brendan ingin menemuinya di tempat ini?

Andai ditanyakan pada Airika, tentu sekali dia mahu kembali ke vila ini kerana di sinilah letaknya semua momen indah yang mereka bina bersama Selena semasa mamanya itu masih ada. Namun disebabkan Brendan yang tidak pernah menunjukkan niat untuk menjenguk semula vila tersebut selepas mereka berpindah ke rumah baharu, Airika pun mengurung niatnya itu.

Apabila menyedari tiada sebarang kenderaan lain yang terparkir di situ, Airika mula berasa tidak sedap hati. Seingatnya, kenderaan yang dia lihat tadi cumalah satu motosikal hitam yang entah ke mana pemiliknya. Sekarang bila dia fikirkan, terasa semacam pelik pula mengapa motosikal hitam itu boleh ada di suatu kawasan yang terpencil sebegini.

Seakan terdengar-dengar dentingan loceng yang menandakan bahaya, Airika meneguk air liurnya. Baru sahaja dia ingin berpusing semula membuka pintu kereta, tiba-tiba...

Bukkkkkkkkk!

Pandangannya berubah kelam seusai terasa suatu objek yang keras menghentam belakang kepalanya. Dalam keadaan separa sedar, matanya cuma dapat menangkap kelibat seseorang berhud hitam dan memakai pelitup muka.

Terasa macam deja vu, tetapi dia tidak pernah melihat sesiapa dengan bentuk tubuh seperti ini... Jadi, siapa dia? Sungguh, Airika tidak mampu mengecam identitinya langsung.

•◦✦────•◦ᘡᘞ •◦────✦◦•

Bushhhhhhhh!

Airika tersedar sebaik tubuhnya disimbah air yang maha sejuk suhunya. Suasana bilik yang agak gelap walaupun hari masih pagi itu membuatkan dia bingung dia sedang berada di mana. Namun begitu, dia cepat sahaja sedar bahawa dia bukannya berada di vila keluarganya.

𝐕𝐄𝐑𝐒𝐔𝐒 | 𝑹𝒆𝒗𝒂𝒎𝒑Where stories live. Discover now