𝟬𝟱𝟱 ‣ 𝘽𝙚𝙞𝙣𝙜 𝙏𝙤𝙧𝙣 𝙞𝙣 𝙏𝙝𝙚 𝙈𝙞𝙙𝙙𝙡𝙚

9 2 0
                                    

BERSAMA nafas yang kencang, Ellia tersedar dari mimpi dengan peluh yang merenik membasahi wajah dan bahagian belakangnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BERSAMA nafas yang kencang, Ellia tersedar dari mimpi dengan peluh yang merenik membasahi wajah dan bahagian belakangnya. Matanya dipejam rapat lalu tangannya naik mengatup wajah. Boleh pula gambar yang dikirim kepadanya semalam terbawa masuk ke alam mimpinya!

Gambar yang diterimanya pada malam tadi itu adalah gambar yang diambil daripada scene di mana karakter Aelice dipermalukan dalam Private Solo Battle sebelum ini. Pada gambar tersebut, terdapat perkataan 'game over'. Selain itu, ianya disertai pesanan teks yang mengatakan, "Kalau kau tak nak dipermalukan macam ni sekali lagi atau hadapi benda yang lebih teruk, rasanya kau tahu apa yang kau patut buat."

Sejujurnya, walaupun perkara itu sudah berlalu untuk beberapa ketika, kepahitan yang dia alami masih berbekas sehingga sekarang. Sebab itulah, perasaan Ellia menjadi terganggu semalam. Alasannya adalah kerana dia teringat akan keadaannya yang tidak berdaya untuk melawan para dark players dari VGC sewaktu itu.

"Sofie Gracellia, benda tu dah berlalu... Don’t let it affect you any further." Dia memperingatkan dirinya sendiri.

Sesudah itu, dia bingkas bangun dari katilnya lalu mencapai tuala mandi yang disidainya pada suatu palang besi khas untuk meletakkan tuala tersebut. Kemudian, dia bergerak menuju ke bilik mandi dengan langkah ringan.

Malas mahu membebankan fikirannya dengan tekanan daripada ugutan yang diterimanya itu, Ellia memilih untuk bersiap lebih awal daripada kebiasaannya. Dia takut seandainya dia semakin terbawa tekanan bila terus berada di katilnya tanpa melakukan apa-apa... Tidak pasal-pasal, lewat pula dia berangkat ke sekolah nanti!

•◦✦────•◦ᘡᘞ •◦────✦◦•

Entah pengumuman Pengetua Callum tadi khabar yang menggembirakan ataupun tidak, Ellia pun tidak tahu apa yang patut dia rasakan kini.

Mahu tahu apa pengumuman itu?

Sebenarnya, menurut Pengetua Callum, Sekolah Tinggi Gardenisté akan menganjurkan sebuah karnival esports selama beberapa hari ini bermula esok. Kononnya, untuk menggalakkan pelajar yang berbakat bermain games melangkah lebih jauh dalam bidang esports.

Di satu sisi, pengumuman ini membuatkan Ellia cukup gembira kerana karnival itu akan membolehkan dia menggantikan waktu latihannya bermain VRS yang sebelum ini tergendala. Semuanya disebabkan kekangan assignments yang bertimbun setinggi lima inci dan bermacam-macam tekanan lain yang mengusutkan kepalanya.

Namun di satu sisi lain pula, dia risau kalau-kalau kegiatan gamingnya terbongkar di hadapan semua orang jika dia tidak berwaspada. Pasti mencetuskan keriuhan sekiranya hal itu benar-benar berlaku!

"Kakak..."

Sun yang entah sejak bila muncul di sisinya memaut lengan Ellia dengan manja. "Kakak... Kakak participate ke nanti?"

𝐕𝐄𝐑𝐒𝐔𝐒 | 𝑹𝒆𝒗𝒂𝒎𝒑Where stories live. Discover now