𝟬𝟱𝟲 ‣ 𝘼 𝙑𝙞𝙘𝙩𝙤𝙧𝙮 𝘾𝙖𝙡𝙡𝙞𝙣𝙜 𝙛𝙤𝙧 𝙏𝙧𝙖𝙜𝙚𝙙𝙮

7 2 0
                                    

DALAM pada berjalan sendirian di kawasan koridor yang menempatkan bilik seni dan bilik muzik, Ellia tetap tidak menurunkan tingkat kewaspadaannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

DALAM pada berjalan sendirian di kawasan koridor yang menempatkan bilik seni dan bilik muzik, Ellia tetap tidak menurunkan tingkat kewaspadaannya. Tali beg galasnya dipegang erat. Gayanya itu memperlihatkan seolah-olah dia takut beg galas tersebut bakal dicuri.

Namun kenyataannya, Ellia memegang erat tali beg galasnya bukan untuk alasan itu. Dia berbuat sedemikian kerana dia sedang gementar. Gementar kerana takut bahawa dirinya dilihat sesiapa semasa bermain VRS nanti, dan risau tentang kesudahan Qualification Match yang akan disertainya pada hari ini.

Ya, Ellia sudah membuat keputusannya. Dia akan bermain untuk Qualification Match yang biasa sahaja.

"Haih... Kenapa tangan aku sejuk sangat ni?"

Dia merungut kecil apabila dua tapak tangannya bertemu. Terasa macam dia baru sahaja memegang ketulan ais yang banyak sehinggakan suhu tangannya begitu sejuk!

Ellia kemudian menggeleng-gelengkan kepalanya. "Come on, Ellia... Belum apa-apa lagi, kau dah menggeletar teruk macam ni. Chill, alright? Tak ada orang yang tengok kau main pun... There'll only be you and the computer."

Saat matanya terpandang tanda nama bilik seni, automatik bibirnya membentuk lengkung positif. Segugus kunci yang berada dalam tangannya diputar-putar laksana mainan spinner. Pfft, mentang-mentanglah ada keychain berbentuk spinner pada gugusan kunci itu... Dijadikan pula kunci itu sebagai mainan spinner sebenar!

Tiga langkah besar lalu diambil sebelum dia berhenti tepat di hadapan pintu bilik seni. Kunci di tangannya itu kemudiannya dia cucuh masuk ke dalam lubang tombol pintu tersebut.

Mendengar bunyi 'klik', Ellia langsung memulas tombol itu. Bunyi berkeriut lekas kedengaran apabila pintu itu dibukanya.

Tatkala kaki menapak masuk ke dalam bilik seni yang sudah beberapa ketika tidak dilawatinya itu, perasaan rindu mulai merangkak dalam sanubarinya.

Dahulu, di bilik seni inilah Ellia menghamparkan segala emosinya. Dia berkarya dengan bebas, berbekalkan berus lukisan dan warna air yang pelbagai jenis, untuk meluahkan perasaan yang terpendam dalam dirinya. Ketika itu, dia belum kenal VRS mahupun berinteraksi dengan CL. Belum lagi bertemu rakan-rakan yang dia miliki sekarang ini... Dia sendirian cuma. Hanya bilik seni ini yang menjadi penemannya apabila adik-adiknya tidak berada di sekolah.

Pada kanvas yang tersedia, dia acapkali mencurahkan kreativitinya dengan penuh emosi. Saat itu, dia sahaja yang ada di bilik seni ini. Hasilnya, dia selalu merasa bebas di situ. Tiada mata yang memerhati, tiada telinga yang mendengar, dan tiada mulut yang berucap. Cuma dia dan karya-karyanya yang wujud.

Puas mengimbau kenangan, Ellia tunduk mengerling jam tangannya. Baru pukul 8.00, masih ada waktu sejam setengah sebelum Qualification Match itu bermula.

Dia meletakkan beg galasnya yang berisi komputer mini VRS itu ke atas meja yang sedia ada di sisinya. Selepas itu, dia berlari-lari anak membuka langsir, membiarkan bilik seni itu mendapat pencahayaan dari luar yang sejak sekian lama tidak sampai ke situ.

𝐕𝐄𝐑𝐒𝐔𝐒 | 𝑹𝒆𝒗𝒂𝒎𝒑Where stories live. Discover now