𝟬𝟱𝟮 ‣ 𝙉𝙖𝙥 𝙞𝙨 𝙏𝙝𝙚 𝘾𝙪𝙧𝙚

8 1 0
                                    

LARUT Ellia terbuai dalam kancah lamunannya, dia tidak sedar yang seseorang telah mengambil tempat di sisinya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

LARUT Ellia terbuai dalam kancah lamunannya, dia tidak sedar yang seseorang telah mengambil tempat di sisinya. Buku yang ada di atas meja bahkan dia biar terbuka tanpa membacanya.

"Ehem..."

Deheman halus yang sipi-sipi telinganya tangkap itu berjaya mengalihkan perhatian Ellia. Wajah seorang lelaki yang bertatahkan senyuman bak berlian menjamah matanya. Akan tetapi, Ellia tidak mampu mengamati wajah lelaki itu dengan baik dek topi yang terletak kemas di atas kepalanya.

"Kau tak baca ke buku tu?"

Ellia mengikuti lirikan mata lelaki itu sehingga pandangannya jatuh ke buku yang diambilnya tadi. Spontan tangannya naik menggaru kepala. "Err... You want to read it?"

Lelaki itu pantas menganggukkan kepalanya bagaikan seekor burung belatuk. "Erm, tapi kalau kau nak baca... Kau bo─"

Tidak menguntai kata, Ellia cuma menolak buku itu ke hadapan lelaki tersebut. "Kau bacalah..."

"Oh, thanks..."

Ellia cuma menganggukkan kepala. Kemudian, dia bangkit berdiri dari tempat duduknya lalu meninggalkan ruangan perpustakaan itu. Hilang sudah keinginannya untuk membaca...

Niat asalnya ke situ memang demi tujuan membaca, tetapi benaknya masih terisi dengan hal kotak ugutan yang diterimanya beberapa hari yang lalu itu. Ditambah lagi dengan pesanan daripada CA yang meminta dia untuk tidak memandang ringan terhadap ugutan tersebut, jiwanya kini seakan tidak kenal rehat. Kesannya, dia asyik runsing sahaja semenjak kebelakangan ini.

Langkah kaki diarahkan ke sembarangan tempat sebaik keluar dari perpustakaan itu. Dia buntu tentang apa yang patut dia lakukan sekarang. Susah benar dia mahu fokus terhadap sesuatu jika hal-hal itu masih bermain dalam akal fikirannya.

"Tu-Tunggu dulu!"

Mendengar suara lelaki tadi, Ellia menoleh ke belakang dan mendapati lelaki itu sedang berlari-lari anak ke arahnya. Dahinya berkerut seribu, hairan mengapa lelaki itu berbuat sedemikian.

Usai sampai di hadapan Ellia, lelaki itu tertunduk sejenak. Tercungap-cungap dia mengatur nafasnya. Selang 10 saat kemudian, dia mengeluarkan sesuatu dari poket tracksuitnya lantas menghulurkan benda itu kepada Ellia.

"Kad... Kad perpustakaan kau."

Ellia menepuk dahi. Kad yang dihulur itu disambutnya dengan helaan nafas lega.

"Gosh, terima kasih... Maaf sebab kau terpaksa berlari kejar aku. Aku betul-betul tak sedar yang aku tertinggal kad ni tadi..."

"No big deallah... Tapi, kau kena hati-hati lepas ni. Kalau kau tercicir kad ni di mana-mana, nanti jenuh kau nak terangkan dekat para pustakawan library tu. Bila kad ni hilang, diaorang takkan semudah tu nak bagi kau kad baru. You've read the rules, no?"

𝐕𝐄𝐑𝐒𝐔𝐒 | 𝑹𝒆𝒗𝒂𝒎𝒑Where stories live. Discover now