LANGKAH diatur dengan begitu teliti oleh Ellia, sangat berhati-hati agar tidak tersadung. Hari ini, dia dipinta untuk melakukan terapi buat kakinya. Meskipun kakinya tidak mengalami kecederaan yang parah, tetapi Vierra mewajibkan dirinya supaya menjalankan sesi terapi ini jua. Dan akhirnya, di sinilah dia berada. Di taman rekreasi hospital yang menjadi kawasan para pesakit meredakan tekanan. Tempat yang cukup sesuai untuk dia menenangkan fikiran selepas mindanya dilanda badai selama beberapa hari ini.
Ellia menebarkan pandangannya ke segenap arah. Di bahagian kiri taman itu, kelihatan beberapa pasangan kekasih dan keluarga yang sedang mengadakan piknik di kawasan teduh berdekatan tasik. Terdapat juga sejumlah pesakit kanak-kanak yang sedang bermain belon dengan satu sama lain. Tanpa sedar, senyuman nipis mula terbit pada wajah Ellia.
Sedang dia leka memerhatikan mereka, tiba-tiba sahaja...
Kring! Kring! Kring!
"Mak cik, ke tepilah!"
Ellia terpaku di tempatnya, blank apabila melihat seorang budak yang mengayuh basikal sedang menuju ke arahnya. Buat sesaat, dia mengira bahawa dirinya akan dilanggar. Namun kemudian, lengannya dipaut oleh seseorang. Tergamam Ellia dibuatnya.
"Dasar mak cik tua! Dah suruh ke tepi pun, tak reti nak dengar. Memang kalau dah namanya mak cik, mak ciklah juga gayanya!" cemuh budak yang mengayuh basikal tadi.
"What a child... Tak ada adab betul," gumam lelaki yang memaut lengan Ellia sebelum ini. "Dan kau pula... Kau buta ke? Dah nampak budak tu nak langgar kau dengan basikal dia, buat apa kau jadi tiang dekat tengah jalan ni? Nak pergi bunuh diri dengan terlibat dalam kemalangan basikal ke?"
Ellia yang kala itu sibuk menyusun ucapan terima kasih dalam benaknya langsung kehilangan rasa bersyukurnya. Pengajaran untuk semua, prince charming tidak wujud dalam realiti. Selain itu, mohon buang angan-angan drama Korea anda kerana drama dan realiti itu jauh bezanya.
"Why aren't you talking? Kau bisu ke?"
Tidak pasal-pasal, marak api kegeraman dalam hati Ellia. "Ya, memang saya nak bunuh diri dengan cara dilanggar basikal! So, what? Kenapa awak nak datang tolong saya? Kenapa tak biar aje saya kena langgar tadi? Lain kali, tak payahlah buat-buat baik hati kalau akhirnya nak mengutuk. Hesy, buat hilang mood orang aje!"
Usai berkata sedemikian, Ellia segera berlalu dari situ. Ditinggalkan sahaja lelaki yang tidak dikenalinya itu tanpa sebarang ucapan terima kasih. Bukannya dia tidak tahu bersyukur, tetapi tingkah lelaki itu yang menyebabkan niatnya mati untuk mengucapkan terima kasih. Mengapalah lelaki sebegitu wujud dalam dunia ini? Dasar perosak mood!
•◦✦────•◦ᘡᘞ •◦────✦◦•
Vierra berusaha menahan tawanya apabila melihat riak cemberut Ellia. "Masih marah lagi ke? Sudah-sudahlah tu, even if his words aren't kind, but his doing can still be counted as a kindness, right?"
YOU ARE READING
𝐕𝐄𝐑𝐒𝐔𝐒 | 𝑹𝒆𝒗𝒂𝒎𝒑
Novela Juvenil❝Every hurdle that comes my way, I will face it and get stronger.❞ ―𝐄𝐋𝐋𝐈𝐀 ★。+゚☆ ══════════════════ ☆゚+。★ Terlahir sebagai anak pasangan jutawan dan menjadi sebahagian daripada keluarga besar Lawrence dan Jennings yang cemerlang dari segi akadem...