𝟬𝟱𝟬 ‣ 𝘼 𝘽𝙤𝙭 𝙤𝙛 𝙏𝙝𝙧𝙚𝙖𝙩

10 1 0
                                    

PAGAR yang dilengkapi mangga perak itu ditenung oleh CA dan Ellia dengan mata yang terkelip-kelip

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PAGAR yang dilengkapi mangga perak itu ditenung oleh CA dan Ellia dengan mata yang terkelip-kelip. Baru sahaja Ellia berniat ingin menagih jawapan daripada CA, pandangannya bertemu pula dengan pandangan gadis itu. Tidak semena-mena, dia langsung mengeluh.

"CA, you don't know about this either?"

CA menggaru kepalanya yang tidak gatal lalu menggeleng. "Tak. Err... Kalau sampai ada lock macam ni, maknanya diaorang tak ada dekat Crowner Palacelah, kan?"

"Kau tak ada call diaorang ke?"

Mentafsir makna di sebalik diamnya CA, Ellia lekas menepuk dahinya. Jadi, CA hanya merancang hendak berkumpul di Crowner Palace tanpa memberi khabar kepada Crowner?

"Aku fikir... Diaorang akan ada dekat sini. I mean... Diaorang tak ada join apa-apa gaming event sekarang ni, kan? Jadi, mengikut logik... Diaorang patutnya ada di sini."

"And that was the reason why you didn't call them?"

CA terdiam lagi. Kali ini, Ellia sudah tidak tahu apa yang patut dia katakan. CA... CA... Apalah agaknya yang gadis itu fikirkan? Takkanlah dia menyangka bahawa Crowner akan duduk bertapa di Crowner Palace sahaja selama ini?

"Let me call them first," putusnya selepas berfikir buat seketika.

Anggukan kecil diberikan oleh CA. Dia tertunduk sedikit, mungkin rasa malu atau bersalah terhadap Ellia.

Ellia mengeluarkan telefonnya dari dalam pouch lalu nombor Sun didail. Lima saat menunggu, barulah panggilannya berjawab.

"Hello sissy..." Sun menyapa.

"Hello sunny... Erm, Sun dekat mana sekarang ni? Dekat Crowner Palace ke? Atau dekat tempat lain?"

"Sun dengan yang lain... Kitorang sekarang ni dekat Gem Square. Ada program istimewa yang kitorang kena hadiri. Tapi, kenapa kakak tanya? Kakak nak jumpa kitorang ke?"

Ellia yang memikirkan tentang lokasi Gem Square tidak jadi berfikir panjang dek mendengar soalan daripada Sun itu.

"Haah, kakak memang nak jumpa korang... Tapi, korang selesaikan dululah hal korang. Kalau dah settle, nanti bagitahu aje kakak."

"Oh okay, kakak. Kakak, sekejap lagi program tu dah nak mula... Sun letak call dulu eh?"

"Ah, alright. Take care and send my regards to the rest."

"You too, sis. Chu chu, sis sweetie!"

Panggilan itu berakhir dalam kadar yang singkat sahaja, tetapi tetap mampu membuatkan Ellia tersenyum. Ada-ada sahajalah kerenah Sun! Chu chu? Seingatnya, itu panggilan ganti khas Sun untuk 'muah muah' yang juga melambangkan pemberian flying kiss. Namun, panggilan tersebut... Bukankah kali terakhir Sun menggunakannya sebelum ini adalah sewaktu adiknya itu masih berumur lima tahun? Jangan kata, selepas tahun demi tahun berganti, umur Sun reverse pula?

𝐕𝐄𝐑𝐒𝐔𝐒 | 𝑹𝒆𝒗𝒂𝒎𝒑Where stories live. Discover now