PETANG harinya, lebih kurang pukul 4.30 petang, Ellia tiba di Crowner Palace dengan Vanessa sebagai pemandu sukarelanya. Hairan mengapa dia boleh tergerak hati untuk datang ke situ? Hendak dijadikan cerita, Ellia sebenarnya terlanjur membuat janji dengan adik-adiknya untuk berlatih bermain VRS di Crowner Palace pada waktu petang ketika mereka menghubunginya tengah hari tadi. Tidak, terlanjur membuat janji itu pun bukan atas keinginannya. Konklusinya, ini semua disebabkan kelicikan adik-adiknya dalam memerangkap dia supaya bersetuju untuk berlatih bermain VRS dengan team Crowner!
"Nak nanny tunggu dekat sini ke?" soal Vanessa dengan kening yang terjongket.
Laju Ellia menggeleng. Gila apa dia mahu membiarkan Vanessa yang usianya sudah lewat 30-an itu menunggunya? Latihan gaming mana ada yang sekejap sahaja, jadi tidak wajar rasanya jika dia meminta Vanessa untuk menunggu. "Nah, it's okay. Nanny tak payahlah tunggu Ellia, nanti Ellia balik dengan L dan Sun... Anyway, thank you, nanny for sending me here. Sorry sebab menyusahkan..."
Vanessa tersenyum nipis. "Hesy, kamu ni! Apa cakap macam tu? Mana ada susahlah... Lagipun, ni memang tugas nanny untuk jaga kamu. Especially now that you don't have your favourite driver anymore."
Favourite driver... Mendengarkan hal ini, Ellia tersenyum seraya menggaru-garu kepalanya. Tahu sangat siapa yang dimaksudkan oleh Vanessa itu! Siapa lagi kalau bukan Kim?
"Thanks again, nanny... Erm, then saya pergi dulu. Bye-bye, nanny. Jumpa lagi nanti..."
Setelah berbalas lambaian, kereta yang dipandu Vanessa lantas meninggalkan perkarangan Crowner Palace. Ellia pula membawa langkahnya ke hadapan pintu masuk Crowner Palace itu.
Tangannya yang baru naik sedikit untuk mengetuk pintu terkaku bilamana bunyi jeritan kedengaran dari ruangan dalam. Pelipisnya berkerut nipis. Ada sesiapa yang bergaduh ke apa?
"Bongoklah kau ni, Dan! Apa pasal kau tembak aku pula?"
"Eh! Apa pasal aku pula? Salah kau kut! Kau yang tiba-tiba muncul masa aku nak shoot enemy!"
"Tak, sekarang ni masalahnya... Korang sedar tak yang korang patutnya bantu aku habiskan enemy? Yang korang sibuk bergaduh pasal tu buat apa? Battle ni belum habis lagi, okey?"
Suara Dan, Eli dan L yang jelas itu membuatkan Ellia menepuk dahi sendiri. Hesy, ingatkan bergaduh betul-betul... Rupa-rupanya pasal game!
Beberapa detik berlalu, barulah Ellia memberanikan diri untuk mengetuk pintu di hadapannya itu. Tidak sampai seminit, wajah Sun langsung kelihatan sebaik pintu itu dibuka.
"Kakak, come quick! Abang L, Dan dengan Eli tengah battle!"
Pasrah sahaja Ellia tatkala tangannya ditarik oleh Sun agar mengikut langkah gadis itu. Seusai masuk ke ruang utama Crowner Palace, dia terkebil-kebil dek melihat Dan, Eli serta L yang khusyuk dengan acara battle mereka.
YOU ARE READING
𝐕𝐄𝐑𝐒𝐔𝐒 | 𝑹𝒆𝒗𝒂𝒎𝒑
Teen Fiction❝Every hurdle that comes my way, I will face it and get stronger.❞ ―𝐄𝐋𝐋𝐈𝐀 ★。+゚☆ ══════════════════ ☆゚+。★ Terlahir sebagai anak pasangan jutawan dan menjadi sebahagian daripada keluarga besar Lawrence dan Jennings yang cemerlang dari segi akadem...