PEN diketuk-ketuk ke permukaan meja sambil mata tekun merenung ruang kosong. Andai sahaja matanya adalah laser, mesti sudah tembus dinding ruang tamu rumah Vierra itu direnungnya!
Semenjak CA pulang pada tengah hari tadi, memang itu sahajalah yang Ellia lakukan. Berfikir, berfikir dan terus berfikir seakan tiada noktah langsung untuk aksi berfikirnya itu. Sampaikan Vierra pun naik risau dengan tingkahnya... Entah apalah agaknya yang menghantui fikiran gadis itu.
Puas berfikir dalam posisi duduk tegak, dia menyandarkan pula belakangnya ke sofa. Tidak habis-habis dia cuba membuat sebarang perkaitan yang munasabah dalam isu CL... Namun apabila disimpulkan, tiada satu pun antara perkaitan buatannya itu yang masuk akal. Tertekan dia sendirian!
"You really can't stop thinking, don't you?" Vierra mengeluh memerhatikan wajah yang tidak henti-henti dihiasi kerutan itu.
"Doc... Doc rasa masuk akal tak kalau seseorang yang cukup berjimat cermat dan extremely kaya pergi buat pinjaman wang?"
Vierra menggosok-gosok dagu, membuat pertimbangan bagi persoalan yang baru dilontarkan kepadanya itu. Sejenak kemudian, kepalanya digeleng kecil.
"Saya rasa, benda tu tak masuk akal... Kalau dah namanya orang kaya, mesti banyak duit. Ditambah pula kalau orang kaya tu berjimat cermat, lagi 'selamat'lah duit dia yang banyak tu... So, untuk apa dia nak buat pinjaman pula, kan? Dia dah ada duit kut... Berbanding buat pinjaman yang akhirnya akan jadikan dia seorang penghutang, better dia guna duit yang dia ada tu. Well, unless that person's brain fails to function... This scenario literally makes no sense to me."
Kepala Ellia terangguk-angguk sahaja mendengar pendapat wanita itu. Kalau dia yang ditanya sekalipun, memang dia sendiri turut akan mengatakan senario yang dia jadikan topik perbincangan mereka itu adalah tidak masuk akal.
Meskipun dia telah mendapat tahu daripada CA yang hubungan CL dengan keluarga Davies tidak begitu baik, namun dia percaya ianya mustahil untuk CL membuat pinjaman yang besar kepada pihak management Crowner. Mengapa? Kerana dia yakin yang CA bakal turun tangan membantu CL jika benar lelaki itu berhadapan dengan masalah kewangan. Jadi, masakan mungkin CL akan membuat pinjaman andai dia mendapat bantuan daripada kakaknya itu.
Apa-apa pun, itu adalah alasan pertama mengapa dia mengatakan senario tersebut tidak masuk akal. Untuk alasan kedua, dia fokus terhadap tujuan mengapa CL membuat pinjaman kalau-kalau perkara itu memang benar. Akan tetapi, dia tidak dapat memikirkan sebarang tujuan yang mendorong lelaki itu membuat pinjaman. CL suka berjimat cermat, maka tentu sekali dia tidak akan menggunakan banyak wang demi kepentingan dirinya. Jika untuk keluarga pula, hal itu teramatlah mustahil. Keluarga Davies merupakan salah satu keluarga jutawan yang paling berpengaruh di dunia, tidak kurang hebatnya daripada keluarga Lawrence dan Jennings. CL tentunya tidak perlu membazir masa untuk membuat pinjaman demi kesenangan mereka kerana harta yang keluarga itu miliki adalah tidak terkira banyaknya. Lalu, untuk tujuan apa lagi?
YOU ARE READING
𝐕𝐄𝐑𝐒𝐔𝐒 | 𝑹𝒆𝒗𝒂𝒎𝒑
Teen Fiction❝Every hurdle that comes my way, I will face it and get stronger.❞ ―𝐄𝐋𝐋𝐈𝐀 ★。+゚☆ ══════════════════ ☆゚+。★ Terlahir sebagai anak pasangan jutawan dan menjadi sebahagian daripada keluarga besar Lawrence dan Jennings yang cemerlang dari segi akadem...