BENDA pertama yang Ellia lihat sebaik mencelikkan mata ialah lampu di sisi katil yang terpasang dengan keadaan cahayanya separa malap. Dia termenung sejenak, memikirkan lampu itu yang sengaja dia biarkan terpasang sepanjang malam tadi. Halus dia melepaskan keluhannya. Tabiat yang terlalu sukar untuk dia lepaskan...
Nyatanya, selepas didiagnosis menghidapi kemurungan, Ellia kerap berdepan masalah insomnia. Sulit untuk tidur pada malam hari, jadi dia terbiasa berjaga sehingga mentari pagi menjelma.
Bimbang masalah insomnia itu akan membocorkan penyakit yang dihidapinya, dia mencari ikhtiar sendiri bagaimana untuk menanganinya. Bermacam-macam kaedah dicuba, akhirnya dia mendapati satu yang sesuai dengan dirinya, iaitu membiarkan lampu terpasang mengiringi tidurnya.
Jujur cakap, Ellia bukannya tidak mengantuk pada waktu malam. Sebaliknya, dia tidak ingin─ Ah, ralat! Akalnya yang menolak untuk mengizinkan dirinya berada dalam kegelapan ketika tidur. Masalah ini, Ellia hanya dapat mengecamnya setelah mencuba pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah insomnianya.
Entah disebabkan suasana mindanya yang sudah sedia gelap atau ada hal lain, namun keadaan gelap sememangnya memburukkan kondisi kesihatan mental Ellia... Apabila berada dalam kegelapan, dia akan semakin kerap mendengar suara-suara nyaring dalam benaknya. Hal inilah yang mengakibatkan dia menderita dengan masalah insomnia... Kerana dia, Sofie Gracellia, tidak mampu tidur dalam gelap.
Dalam kegelapan, Ellia pernah merasakan bagaimana dirinya dicekik oleh bayangan akalnya sendiri. Bagaimana dia hampir kehilangan nafasnya ketika tidur tanpa bertemankan cahaya... Pengalaman yang jauh daripada perkataan manis itu sungguh memberi impak kepada karakternya.
Kesannya, bilamana dia mendapati bahawa sedikit cahaya daripada lampu malam atau lampu tidur mampu memberikan dia ketenangan dan mengizinkan dia untuk berehat dengan damai, tabiat membiarkan lampu terpasang sepanjang malam itu menjadi berakar umbi dalam dirinya. Awalnya, memang tidak dinafikan ada ketidakselesaan yang menjalar di sanubari bila cahaya lampu sedikit sebanyak mendera mata yang memerlukan rehat... Akan tetapi, seiring berjalannya waktu, dia mula merasakan cahaya lampu itu ibarat peneman yang membenarkan masa rehatnya menjadi lebih baik, tenang dan teratur.
Hasilnya, walaupun kondisi mentalnya kian membaik kala ini, dia tetap meneruskan tabiatnya itu tanpa rasa berat hati.
Just as the saying goes, habits die hard.
Seusai mengubah postur baringnya kepada duduk tegak, Ellia kemudian membuat beberapa regangan ringan untuk keselesaan sendi-sendinya. Melirik sekilas ke arah jam dinding, dia lalu membuat pelan pantas dalam benaknya.
Jam baru menunjukkan pukul 5.00 pagi, perlawanan rasmi untuk pemilihan PQ of VRS yang baharu atau sebutan formalnya, IGCC VRS Queen Selection pula akan bermula pada pukul 9.00 nanti... Tolak beberapa ketika daripada jumlah masa yang ada sebelum perlawanan itu bermula, dia mempunyai lebih kurang dua jam lebih lagi untuk berlatih dalam VRS.
YOU ARE READING
𝐕𝐄𝐑𝐒𝐔𝐒 | 𝑹𝒆𝒗𝒂𝒎𝒑
Teen Fiction❝Every hurdle that comes my way, I will face it and get stronger.❞ ―𝐄𝐋𝐋𝐈𝐀 ★。+゚☆ ══════════════════ ☆゚+。★ Terlahir sebagai anak pasangan jutawan dan menjadi sebahagian daripada keluarga besar Lawrence dan Jennings yang cemerlang dari segi akadem...