KEPALA Kylie tunduk menikus sahaja, tidak berani mahu bertembung dengan pandangan para manusia yang sedang mengelilinginya kini. Aura mereka begitu tegang sehingga dia ingin bernafas pun terasa sukar di ruang tamu itu.
"Berkenaan accident yang kakak aku alami sebelum ni, kau tahu apa-apa tak?" L menyoal keras.
Baru sahaja Kylie ingin membalas, Yuki meletakkan satu kotak hitam di hadapannya. "Sebelum kau jawab, masukkan tangan kau ke dalam kotak ni dulu."
Kylie tersentak. "A-Apa yang ada di dalam kotak ni? Ka-Kalau kau berani apa-apakan aku, jangan fikir kau akan terlepas daripada tindakan undang-undang."
Eli tersenyum sinis. "Like seriously, am I hearing this right? Seseorang yang dah buat cubaan membunuh bercakap tentang undang-undang? Girl, don't you hear the court laughing at you?"
"A-Aku... Aku terpaksa, okey?"
Alex, Eli, Ellia, L, Sun dan Yuki saling bertukar pandangan. Jelas mereka lihat Kylie menghela nafasnya, seolah mempersiapkan diri untuk mengatakan sesuatu.
"Aku tak kenal siapa tuan aku, tapi aku terhutang budi sangat dekat dia. Selama ni, aku kerja dekat sini pun... Semuanya sebab aku─"
Ting! Tong! Ting! Tong!
Ucapan Kylie terhenti bilamana bunyi loceng kedengaran. Melihat wajah Dan dan Hope pada skrin wall tablet, pantas sahaja Alex membuka pintu. "Hope, I... I'm so sorry. A-Aku tak patut cakap apa yang aku cakap pada kau tadi," ujarnya sambil menundukkan kepala.
Eli, Ellia, L, Sun dan Yuki lantas datang menghampiri mereka bertiga di muka pintu. Aura yang menyelubungi Alex dan Hope terasa tegang dek raut wajah Hope yang tidak punya ekspresi. Serasa tertahan-tahan nafas mereka yang memerhatikan dua gadis itu. Sehinggakan mereka terlupa kewujudan Kylie yang sedang duduk di atas sofa.
"Tak apalah... Aku pun salah juga. I was too emotional... Jadi, aku pun minta maaf," ucap Hope setelah beberapa ketika menyepikan diri. Tubuh Alex terus dipeluknya manja.
Alex yang biasanya bukan jenis touchy-feely membiarkan sahaja Hope memeluk dirinya. Lagipun, dia sudah cukup terbiasa dengan sikap Hope yang sememangnya manja itu.
Senang hati rakan-rakan mereka melihat dua gadis itu kini berbaik. Menguntum mekar senyuman manis pada wajah masing-masing.
"Oh ya... Jadi, Si Kylie tu macam mana?" soal Hope setelah menguraikan pelukannya.
Alex menjuihkan mulutnya. "Tu..."
Hope memandang tajam ke arah Kylie. Langkahnya dibawa kemas menuju kepada gadis itu. Alex, Eli, Ellia, L, Sun dan Yuki menyusuli langkah Hope tanpa menyuarakan apa-apa. Dan pula menyertai mereka setelah menutup pintu rumah.
YOU ARE READING
𝐕𝐄𝐑𝐒𝐔𝐒 | 𝑹𝒆𝒗𝒂𝒎𝒑
Teen Fiction❝Every hurdle that comes my way, I will face it and get stronger.❞ ―𝐄𝐋𝐋𝐈𝐀 ★。+゚☆ ══════════════════ ☆゚+。★ Terlahir sebagai anak pasangan jutawan dan menjadi sebahagian daripada keluarga besar Lawrence dan Jennings yang cemerlang dari segi akadem...