HATI Ellia sangat senang memikirkan hubungan antara Crowner dengan Empire yang cepat sahaja terjalin mesra. Team Empire kala ini sudah tidak lagi kekok berhadapan dengan Crowner yang merupakan team senior yang mereka amat kagumi. Mereka jauh lebih selesa dengan satu sama lain sekarang berbanding sewaktu friendship date tempoh hari.
Jika mereka ada masa, Crowner dan Empire bahkan mengatur perjumpaan dengan satu sama lain. Dan setahu Ellia, perjumpaan mereka itu agak kerap diadakan sekiranya jadual dua team tersebut tidak padat. Cuma itulah, dia yang tidak dapat mengambil bahagian dalam perjumpaan mereka dengan kerap. Semuanya disebabkan dia dikekang oleh hal sekolah dan perkara-perkara lain.
Pun demikian, Ellia tidak berasa keberatan walaupun dirinya tidak dapat menyertai semua perjumpaan mereka. Apa yang penting baginya adalah friendship date yang dia dengan Airika rancang itu telah membuahkan hasil dalam menyatukan lingkaran persahabatan mereka berdua.
Just a note; It actually isn't wrong to have a large circle of friends, but you need to make sure they are all high quality and authentic.
"Aku dah ada banyak kawan sekarang ni... Tapi, aku masih lagi tak boleh berhenti fikirkan dia. CL, am I selfish if I ask for you too?"
Helaan nafas berat dilepaskan. Gelang tangan dengan charm burung phoenix yang dipakainya disentuh kejap sebelum dia membawa tangannya naik menudungi wajah.
Hatinya sangat ingin tahu bagaimana khabar CL dan apa yang CL lakukan saat ini. Akan tetapi, dia langsung tidak dapat mengetahui apa-apa. Hal ini menyebabkan dia sebal dan tidak puas hati. Tetapi, dalam masa yang sama, dia tetap jua faham bahawa mereka memang harus berhenti berhubung. Semuanya demi mengelakkan isu kurang enak seperti hari itu beredar kembali dan menjadi sesuatu yang lebih serius.
Ellia berdebat dengan akal sendiri bahawa mungkin di sebalik kata pengecut yang CL berikan kepada diri lelaki itu sendiri, nyatanya CL sejak dari awal lagi sudah menduga dirinya akan diugut berkenaan hubungan antara mereka berdua. Sebab itulah, CL terus memutuskan secara sepihak tanpa berbincang dengannya yang mereka tidak akan menghubungi satu sama lain lagi. Hal yang sangat tidak adil, tetapi walau bagaimanapun, tetap sebuah perlindungan.
Calling himself a coward when he was simply making decision to protect her, just what was it in his mind?
"CL, I promise... Saya takkan hampakan awak. I will keep moving forward and go as far as I can... Saya takkan putus asa tak kiralah sesukar apa jalan yang saya kena lalui."
Tekad dan hasrat Ellia semakin teguh. Ianya umpama tiang batu yang berpasak kukuh di dasar hatinya.
Datanglah segala dugaan yang ingin menghalang langkahnya, Ellia berkeras tidak akan tunduk. Dia memiliki harapan, dan dia punya hajat untuk dikotakan. Maka, selama hajat dan harapan itu masih bernadi dan berakar dalam jiwanya, dia akan terus berjuang.
YOU ARE READING
𝐕𝐄𝐑𝐒𝐔𝐒 | 𝑹𝒆𝒗𝒂𝒎𝒑
Teen Fiction❝Every hurdle that comes my way, I will face it and get stronger.❞ ―𝐄𝐋𝐋𝐈𝐀 ★。+゚☆ ══════════════════ ☆゚+。★ Terlahir sebagai anak pasangan jutawan dan menjadi sebahagian daripada keluarga besar Lawrence dan Jennings yang cemerlang dari segi akadem...