𝟬𝟵𝟱 ‣ 𝙉𝙤 𝘽𝙖𝙘𝙠𝙞𝙣𝙜 𝘿𝙤𝙬𝙣

15 2 0
                                    

TERGOPOH-GAPAH Ellia melangkah sebaik sahaja keluar dari perut kereta

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TERGOPOH-GAPAH Ellia melangkah sebaik sahaja keluar dari perut kereta. Jam di tangan dilirik. Membuntang luas terus matanya. Arghhhh, dia sudah terlewat 10 minit daripada masa perjumpaan asalnya dengan Anya!

Ellia mengancing gigi. Jelas-jelas dia bertolak seawal yang dia boleh kerana tahu kesesakan trafik hari ini akan menjadi sangat buruk dek festival besar yang diadakan di pusat bandar. Namun begitu, di luar pelannya, terjadi pula kemalangan jalan raya ketika perjalanan tadi yang mengakibatkan dia terpaksa mengambil jalan lain yang lebih panjang untuk sampai ke tempat pertemuan mereka hari ini.

Harapnya, tidaklah terjejas imejnya di hati Anya. Takut pula dia jika Anya sejenis yang menitik beratkan kepatuhan terhadap masa!

Dengan nafas yang semput, dia menolak pintu kafe secara tergesa-gesa. Tanpa disengajakan, pandangannya terarah tepat pada Anya yang mengambil tempat duduk betul-betul di meja tengah berhadapan dengan pintu kafe itu. Anya dilihatnya sedikit terpegun apabila pandangan mereka bertembung, namun tidak lama selepas itu, wajahnya langsung dihiasi senyuman nipis.

Ellia menarik nafas perlahan sebelum perlahan-lahan membawa langkahnya mendekati Anya. Sampai sahaja di meja yang ditempati gadis itu, dia pantas menopang tangannya ke atas permukaan meja. Kepalanya ditundukkan sedikit.

"I'm sorry. There was an unexpected accident on the highway, so I―"

"Nah, it's alright. Aku pun baru aje sampai sebenarnya, ingatkan aku yang dah lewat tadi," cantas Anya dengan nada bersahaja.

"Oh..."

Tiba-tiba sahaja Ellia bingung mahu memberikan respons seperti apa. Mulanya dia fikir dia sahaja yang gagal menepati masa, tidak sangka pula Anya pun sama seperti dirinya... Boleh dikatakan berkuranglah sikit rasa bersalah yang terbungkam dalam hatinya sebentar tadi.

"Duduklah. And also, would you like to order anything? You see, I'm a loyal customer and this café really serves well."

Mendengar Anya berkata-kata lagi, Ellia mengambil inisiatif untuk duduk dan menilik buku menu di hadapannya. Sejurus menetapkan hatinya, dia mengeluarkan telefon lalu mengimbas kod QR di sudut kanan bawah buku menu tersebut.

Setelah selesai mengisi nombor meja dan mengklik pilihan hidangannya, barulah Ellia meletakkan telefonnya ke tepi. Kemudian, wajah Anya dipandang tanpa berkelip.

Seram sejuk terus seluruh tubuh Anya dibuatnya! Sudah kenapa pula dia dipandang sebegini rupa?

"What's the purpose of this meeting?"

Tanpa bertele-tele, Ellia bertanya secara langsung. Dia tahu, Anya tidak mungkin mengatur pertemuan ini jika tidak ada hal penting yang ingin dibicarakan. Jadi, dia mahu tahu apa sebenarnya rancangan gadis itu seawal yang mungkin.

Tercengang seketika, Anya lalu kembali mengekalkan komposisi asalnya. Tenang, dan sulit dibaca. Bibirnya mengoyak senyum kecil.

"It's actually nothing. Aku cuma nak uji kau."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 16 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

𝐕𝐄𝐑𝐒𝐔𝐒 | 𝑹𝒆𝒗𝒂𝒎𝒑Where stories live. Discover now