BULAN yang berbentuk separa dengan awan-awan nipis menutupi wajahnya itu dipandang oleh Ellia dengan rasa senang. Sejak kebelakangan ini, dia kurang mengambil waktu untuk mengapresiasi indahnya alam dek sibuk dengan VRS. Namun malam ini, dia tidak ada hati ingin menghabiskan masa berteleku di hadapan komputer. Sebaliknya, dia kini berdiri mendongak ke langit di balkoni Room 001, leka menghayati lukisan di dada langit malam itu.
Apabila bayu malam menampar lembut kulit wajahnya, Ellia perlahan-lahan mengatupkan mata. Sesekali terasa anak rambutnya mengelus pipinya, menghadirkan rasa damai yang tidak mampu dijelaskan melalui aksara bahasa.
Kala terasa ada sesuatu yang dipakaikan pada dirinya, mata yang terpejam itu lantas terbuka. Ellia sedikit terpana tika mendapati kedua-dua adiknya saat ini sedang berdiri mengapit dirinya di kiri dan kanan. Ditambah dengan kehadiran kardigan kapas tebal yang menyelimuti dirinya dari bahagian bahu hingga ke paras pinggang, perasaannya tiba-tiba jadi berbaur.
"Use it well, kakak kena jaga kesihatan sekarang ni." L bersuara rendah.
"Erm... Thanks, wolfie." Ellia tersenyum nipis tanpa dapat dikawal apabila mendengar bicara L itu.
"Erm..." Ringkas sahaja sahutan L.
Diam-diam Ellia mengerling ke arah L melalui ekor matanya. Dapat dia lihat telinga L terlihat sedikit merah. Ellia agak, mungkin adiknya itu diterpa rasa malu. Entahlah apa bendanya yang buat dia rasa malu bila bersikap gentle... Ellia sebagai kakaknya pun tidak mampu mengerti perihal sifat L yang satu ini.
"Kakak..." Suara Sun terdengar, mengocak kesunyian malam.
"Hmm?"
"Kakak Rika rushing balik rumah dia tadi, kakak tahu ke sebab apa?"
Ellia memalingkan wajahnya ke arah Sun. Keningnya dijongket sedikit, seakan cuba menduga apa perkara sebenar yang Sun mahu tahu melalui soalannya itu.
Sun mengangkat kedua-dua belah tangan, tanda mengalah bila melihat kakaknya membuat reaksi sebegitu. Dia fikir, dia mampu menyembunyikan rasa ingin tahunya jika dia bermula dengan soalan ringkas itu. Namun nyatanya, Ellia tetap dapat membaca fikirannya dengan begitu mudah.
"Okey, okey... Sun bukannya apa, Sun cuma nak tahu aje apa yang kakak dengan kakak Rika rancangkan."
"Rancangkan? What do you mean by that, sunny?" Tajam panahan mata Ellia pada seraut wajah Sun.
Sun terkelu seketika. Tidak mampu menahan pandangan mata kakaknya, dia mengalih pandang ke hadapan.
"Sun tahu sangat perangai kakak dengan kakak Rika macam mana. Bila korang rancang something, korang mesti sentiasa berbisik-bisik with each other. And earlier this morning, you both were acting weird at the dining table."
YOU ARE READING
𝐕𝐄𝐑𝐒𝐔𝐒 | 𝑹𝒆𝒗𝒂𝒎𝒑
Teen Fiction❝Every hurdle that comes my way, I will face it and get stronger.❞ ―𝐄𝐋𝐋𝐈𝐀 ★。+゚☆ ══════════════════ ☆゚+。★ Terlahir sebagai anak pasangan jutawan dan menjadi sebahagian daripada keluarga besar Lawrence dan Jennings yang cemerlang dari segi akadem...