⌔ 𝐴 𝑓𝑒𝑤 𝒉𝑜𝑢𝑟𝑠 𝑎𝑔𝑜,
ᴡʜᴇɴ ᴀɪʀɪᴋᴀ ᴡᴀs sᴛɪʟʟ ᴜɴᴄᴏɴsᴄɪᴏᴜs ⌔BUKU yang selama ini sentiasa mampu memberikan kedamaian dalam hati Brendan itu akhirnya dia tutup bila mendapati hatinya sama sekali tidak terasa damai walaupun selepas membaca buku tersebut. Dadanya dipegang. Mengapa nalurinya kuat mengatakan bahawa ada sesuatu yang tidak kena?
Memikirkan Airika, telefonnya lekas dicapai. Walau bagaimanapun, belum sempat dia hendak mendail nombor puterinya itu, dia terlebih dahulu menerima satu panggilan daripada nombor yang tidak dia kenali.
Tanpa banyak fikir, panggilan tersebut terus disambutnya. "Helo?"
"Mr. Brendan Lawrence?"
Suara asing namun jelas sekali suara seorang perempuan itu membuahkan tanda tanya dalam benak Brendan. Akan tetapi, dia tidak terus bertanya apa-apa kepada perempuan tersebut. Sebaliknya, dia mengeyakan sahaja pertanyaan itu.
"Good. Nasib baik tak salah nombor..."
"Kamu ni siapa?" soal Brendan dengan nada waspada.
"Oh, anda tak perlu tahu siapa saya, Mr. Brendan. Apa yang anda perlu tahu adalah... Anak perempuan tunggal anda sekarang ni ada dengan saya."
Berderau darah Brendan mendengarkan hal itu. Airika ada dengan perempuan tersebut?
"What do you want? Dan macam mana aku nak percayakan kau yang anak aku dengan kau?"
Hilang sudah budi bahasa Brendan. Dibahasakan sahaja dirinya 'aku' sedangkan selama ini dia sentiasa berbicara lembut dengan kaum perempuan dan menggunakan panggilan 'saya'. Namun akibat kerisauan yang mendidih dalam dirinya, dia jadi tidak berasa mahu berlembut dengan perempuan itu.
"I'll answer the second question first. Sekejap lagi, saya akan hantar satu gambar kepada anda. Then, anda sendiri yang akan tentukan sama ada orang di dalam gambar tu anak anda ataupun bukan. And for the first question, what I want is just something simple."
Brendan yakin, perkataan 'simple' yang dibubuh pada akhir ayat perempuan itu tentunya bukan seringkas yang disebutkan. Mana pernah ada pemeras ugut yang meminta perkara kecil sahaja di dunia ini!
"What is it? Kau nak duit? Just name the amount."
Kedengaran bunyi tawa di hujung talian, seolah terhibur dengan bicaranya itu. Brendan terasa panas hati pula mendengar tawa perempuan tersebut. Apa perempuan itu fikir dia main-main dengan ucapannya?
"Listen here. Aku tak main-main dengan kau. Kalau kau nak duit, kau tinggal sebut aje berapa yang kau nak. Aku boleh bagi."
"Ayyy, don't get me wrong, Mr. Brendan. Mestilah saya tahu anda serius dengan apa yang anda katakan. Anda orang kaya, siapa aje yang tak tahu tu? So when we talk about money, you surely have no problem with it. But here's the thing... Saya mahu benda yang lain."
YOU ARE READING
𝐕𝐄𝐑𝐒𝐔𝐒 | 𝑹𝒆𝒗𝒂𝒎𝒑
Teen Fiction❝Every hurdle that comes my way, I will face it and get stronger.❞ ―𝐄𝐋𝐋𝐈𝐀 ★。+゚☆ ══════════════════ ☆゚+。★ Terlahir sebagai anak pasangan jutawan dan menjadi sebahagian daripada keluarga besar Lawrence dan Jennings yang cemerlang dari segi akadem...