SUDAH entah berapa lama telefonnya terbiar di dalam laci, baru kini Ellia merajinkan diri untuk menggunakannya semula. Telefonnya itu memang sudah lama Sun tinggalkan di dalam laci meja yang terletak di sisi katilnya. Namun, Ellia malas menggunakannya. Telefon itu pada dasarnya masih baik-baik sahaja, tidak ada masalah langsung memandangkan Ellia tidak membawanya semasa hari kemalangan tersebut berlaku. Canggih tetapi malangnya, sering terabai oleh pemiliknya.
Sebaik rangkaian data telefon itu dihidupkan, pelbagai pemberitahuan muncul tanpa henti. Articles, tweets, chats dan bermacam-macam lagi. Keluhan berat terlepas dari mulut Ellia. Satu-persatu pemberitahuan itu diperiksa dengan rasa muak.
Chats yang diterimanya adalah daripada group family Lawrence dan Jennings. Rata-rata, perbincangan mereka masih sama seperti biasa. Membanding-bandingkan para penerus generasi Lawrence dan Jennings yang terkini, yakni Ellia, adik-adiknya dan sepupu-sepupu mereka. Ellia terus menandakan semua chats itu sebagai read, enggan menjejaskan kondisi diri sendiri. Sudah tahu tidak punya kekuatan, buat apa dia mengundang bala kepada dirinya lagi, bukan?
Sayang sekali, sifat degilnya yang seumpama racun itu sekali lagi menumpaskan Ellia seperti kebiasaannya. Dia tidak dapat mengawal diri daripada membaca tweets dan articles baharu yang saat ini sedang trending. Hampir kesemua tweets dan articles itu membahas soal Airika, sepupunya yang paling cemerlang.
Ellia mengukir senyuman paksa, sedaya upaya menanamkan kegembiraan fatamorgana dalam dirinya. Mengapa dia begitu terkesan saat dunia memberikan pujian kepada Airika? Mengapa dirinya sebegini? Iri hatikah dia? Jika ya, mengapa?
"Sebab kau tak pernah terima pujian macam yang Airika dapat."
Suara itu tiba-tiba kedengaran dalam benaknya. Perlahan-lahan, tangan Ellia mula menggeletar. Dia teringat semula akan ucapan-ucapan orang mengenai dirinya selama ini.
"Macam mana dia boleh jadi salah seorang daripada Lawrence dan Jennings eh? She's got nothing to be shown to others."
"Buat malu aje dia ni... Semenjak dari sekolah rendah, tak pernah dapat result akademik yang bagus. Teruk betul!"
"Tengok sepupu-sepupu dengan adik-adik dia... Semuanya ahli kelas Premium dan bergelar pelajar genius. Tapi, dia ni... Pfft, tahap sederhana pun tak boleh sampai. Aku rasa dia bukan setakat tahap lemah, tapi tahap sampah. Tengoklah result dia, semua G. Garbages!"
"Untung betul dapat keluarga kaya-raya macam dia tu... Petik jari aje, semua boleh dapat. Dengan result teruk dia tu pun, dia still boleh masuk sekolah ni. Tapi, apa gunanya eh? Masuk sekolah cemerlang, but keputusan dia jauh daripada cemerlang. Lepas graduate dari sekolah ni nanti, tak tahulah apa jadi dengan dia. Agaknya, family dia yang akan support dia sampai mati!"
YOU ARE READING
𝐕𝐄𝐑𝐒𝐔𝐒 | 𝑹𝒆𝒗𝒂𝒎𝒑
Teen Fiction❝Every hurdle that comes my way, I will face it and get stronger.❞ ―𝐄𝐋𝐋𝐈𝐀 ★。+゚☆ ══════════════════ ☆゚+。★ Terlahir sebagai anak pasangan jutawan dan menjadi sebahagian daripada keluarga besar Lawrence dan Jennings yang cemerlang dari segi akadem...