SELESAI sahaja urusannya dengan Anya, Ellia kemudiannya kembali menemui para rakannya yang sudah duduk di tempat masing-masing, menunggu pembukaan PQ Official Throne Match. Tanpa banyak bunyi, dia melabuhkan duduknya di sebelah Sun.
Melihat pentas luas yang tersergam sempurna di tengah auditorium itu, entah mengapa ada rasa aneh yang menjentik hati. Refleks, tangannya naik ke dada, tepat di bahagian jantungnya. Ada debar yang memalu alunan jantungnya, seakan-akan petanda sesuatu. Namun, Ellia sesungguhnya tidak mengerti mengapa dia mempunyai reaksi seperti ini.
"Kakak..."
Suara Sun yang tiba-tiba kedengaran membuatkan tangannya melurut jatuh secara perlahan. Kepala lalu diteleng ke sisi, memandang wajah sang adik yang terlihat penuh syak wasangka.
"Huh?"
"Kenapa kakak lama sangat dekat tandas?"
Ellia menjongketkan keningnya. "Well... Lama ke?"
Berkelip-kelip mata Sun memandang Ellia dek responsnya itu. Beberapa saat kemudian, tangannya naik menggaru kepala. Adakah cuma perasaan dia sahaja Ellia mengambil masa yang agak lama di tandas? Keliru, dia menepuk perlahan bahu Ingrid di sebelahnya.
Ingrid yang merasakan tepukan Sun pada bahunya langsung menoleh ke arah Sun. Terpinga-pinga dia apabila wajah serius Sun terpampang di hadapan matanya dengan jarak yang cukup dekat. Terasa kekok, kepalanya perlahan-lahan terundur sedikit ke belakang.
"Ke-Kenapa?" soalnya dengan nada janggal.
"Kau..."
Jeda.
Sun terdiam, cuba berfikir sejenak sambil menundukkan kepalanya sementara Ingrid pula semakin dibelenggu rasa hairan. Kau... Kau apa? Apa yang Sun cuba sampaikan sebenarnya?
Apabila Sun mengangkat kepala kembali secara mengejut, Ingrid terpaku akibat pandangan tajamnya. Sudah kenapa dengan manusia yang bernama Susan Haelynn ini?
"Lama tak kakak aku dekat tandas tadi?"
"Hah?"
Nada Ingrid yang kuat menyebabkan rakan-rakan mereka dan beberapa pengunjung lain melirik ke arahnya. Dengan kadar yang pantas, dia terus memohon maaf.
"Korang dah kenapa?"
Eli yang bingung dengan interaksi aneh Ingrid dan Sun langsung sahaja melontarkan pertanyaan. Penasaran juga dia kalau-kalau ada 'tea' yang ditumpahkan...
Mendapat idea baru, Sun berdehem kecil. Kalau Ingrid susah sangat mahu menjawab pertanyaannya, lebih baik dia bertanya dengan semua orang, bukan? Takkanlah tiada sesiapa yang sedar berapa lama Ellia di tandas... Kan?
"Korang... Lama tak kakak dekat tandas tadi?"
Senyap.
Berkerut habis dahi Sun. Ha, sudah! Seriuslah, memang tak ada langsung ke sesiapa yang sedar anggaran masa Ellia berada di tandas?
YOU ARE READING
𝐕𝐄𝐑𝐒𝐔𝐒 | 𝑹𝒆𝒗𝒂𝒎𝒑
Roman pour Adolescents❝Every hurdle that comes my way, I will face it and get stronger.❞ ―𝐄𝐋𝐋𝐈𝐀 ★。+゚☆ ══════════════════ ☆゚+。★ Terlahir sebagai anak pasangan jutawan dan menjadi sebahagian daripada keluarga besar Lawrence dan Jennings yang cemerlang dari segi akadem...