AKIBAT rasa seriau dengan tingkah Ellia yang sedikit pelik pada pagi itu, Vierra terus berdehem kuat. "What's wrong with you, Ellia? Kamu... Bukannya kena rasuk, kan?"
Sebaik sahaja soalan itu meluncur keluar dari mulut Vierra, Ellia yang tadinya bersandar pada kepala katil wadnya lekas-lekas duduk tegak. Pandangannya difokuskan kepada wanita tersebut. "Doc... You know many things about CL, right?"
Terkelip-kelip mata Vierra kala gadis itu memandangnya dengan ekspresi wajah yang serius. "Hah? Err, I think so... Kenapa kamu tanya?"
"Then, what's his best record in VRS?"
"Err, pasal tu... Saya rasa saya kena tanya adik saya dulu."
"Adik? You have a younger sibling? Why didn't you tell me before? Dia lelaki ke perempuan? Macam mana dia boleh kenal dengan CL? Apa hubungan diaorang? Diaorang rapat ke? Dia─"
"Okey, sudah." Tangan Vierra naik tepat di hadapan wajah Ellia, isyarat supaya dia berhenti bertanya. "Saya ada satu mulut aje, bukannya seribu. Let me answer your questions, one by one."
"Err, sorry..." Ellia tersenyum kekok. Melihat Vierra yang sudah bersiap sedia untuk memberikan jawapan kepada persoalan-persoalannya, dia terus mendiamkan diri.
"Okey, pertama sekali... Saya memang ada adik. Dan kenapa saya tak bagitahu? Sebab kamu tak pernah tanya," ujar Vierra.
Tidak tahu mahu menunjukkan reaksi seperti apa, Ellia mengembungkan pipinya. Tindakan tersebut merupakan salah satu tabiat yang dia amalkan apabila dia berasa serba salah dalam suatu situasi.
"Dia lelaki atau perempuan? Unfortunately, that kid is a he. Macam mana dia boleh kenal dengan CL? Well, they used to be schoolmates. Dan diaorang rapat ataupun tak? Yes, they are really close. Hubungan diaorang? Diaorang kawan baik, a senior and a junior, brothers... And a pair of gamers. Adik saya tu VRS player juga, tapi dia tak tinggal dekat negara ni. He currently lives in France, attending VIS that's located in Bordeaux. Nak tanya apa-apa lagi pasal adik saya tu?"
"Erm... Dia solo player ke?"
"Mmm, ya. Dia kata, nak enjoy dulu hidup dia sebagai solo player sebelum join mana-mana team."
"I see."
"Now, biar saya tanya kamu. Kenapa tiba-tiba tertarik nak tahu pasal adik saya? Or actually, you are just interested to know about CL's relationship with him?" Vierra memicingkan matanya, memaparkan riak yang penuh kecurigaan.
"Err..." Ellia segera membuang pandang ke arah lain. "Just curious. Salah ke nak tahu? Erm... By the way, doc betul-betul boleh tanya dia pasal rekod terbaik CL ke? And bila doc boleh dapat jawapannya?"
YOU ARE READING
𝐕𝐄𝐑𝐒𝐔𝐒 | 𝑹𝒆𝒗𝒂𝒎𝒑
Teen Fiction❝Every hurdle that comes my way, I will face it and get stronger.❞ ―𝐄𝐋𝐋𝐈𝐀 ★。+゚☆ ══════════════════ ☆゚+。★ Terlahir sebagai anak pasangan jutawan dan menjadi sebahagian daripada keluarga besar Lawrence dan Jennings yang cemerlang dari segi akadem...