PEJAM celik pejam celik, kini bulan November telah pun memulakan kitarannya. Jadual harian Ellia kala ini penuh dengan sesi tutoring dan latihan gaming. Bermula seminggu yang lalu, iaitu minggu terakhir bulan Oktober, dia telah dibenarkan untuk kembali belajar oleh Vierra. Meskipun penerimaan otaknya terhadap topik-topik pembelajaran masih agak lambat, Vierra mengatakan bahawa itu bukanlah suatu masalah yang besar. Impak daripada kemalangan itu, otaknya memang akan berfungsi lebih lambat daripada kebiasaannya. Pada awalnya, dia memang diminta merehatkan otaknya daripada belajar supaya tidak mendatangkan tekanan yang akan menjejaskan proses pemulihannya. Namun disebabkan keadaannya kian pulih, dia sekarang memerlukan sesi tutoring demi melatih semula fungsi otaknya.
Dengan adanya sesi tutoring tambahan daripada L dan Sun, dia berjaya memahami topik-topik yang dia telah ketinggalan selama beberapa bulan sebelumnya. Cukup sukar untuk mengadaptasikan diri dengan semua topik pembelajaran itu, tetapi Ellia tahu usaha adalah satu-satunya kunci untuk dia berjaya. Oleh itu, dia tidak mahu berputus asa walaupun otaknya berfungsi jauh lebih perlahan dari waktu sebelum dia terlibat dengan kemalangan.
Vierra ada berkata bahawa fungsi otaknya akan kembali membaik apabila dia kerap melatih kemahiran-kemahiran kognitif pada dirinya. Semua kemahiran tersebut merangkumi daya tumpuan, pengurusan berfikir dan keupayaan mengingat. Seandainya dia sering mengasah kemahiran-kemahiran itu, pemulihan otaknya akan berlangsung dengan kadar yang lebih cepat.
Sungguhpun ada suara-suara tidak baik yang membingitkan mindanya, Ellia menolak untuk dijatuhkan oleh semua suara itu. Blair, Sienna, L dan Sun... Mereka semua sudah berusaha membantu dia, jadi bagaimana mungkin dia tidak berusaha sama sekali? Mengikut perancangan jabatan Kementerian Pendidikan Negara, National Academic Assessment Cavville (NAAC) atau dalam bahasa Melayunya, Penilaian Akademik Nasional Cavville (PANC), bakal dilangsungkan pada bulan Ogos 2020. Ini bermakna tempoh Ellia untuk menguasai topik-topik Grade 11 bahkan tidak lebih daripada setahun. Tahun hadapan, dia perlu membiasakan diri dengan kesemua topik Grade 12 pula... Fuh, alamatnya dia memang akan sentiasa sibuk!
Ellia yang ketika ini baru selesai menyiapkan notanya terus membuat regangan kecil. Belakangnya disandarkan pada kerusi empuk tempat dia duduk lalu matanya dipejam rapat. Memikirkan tentang VRS, dia teringat akan sesi latihan gamingnya bersama CL baru-baru ini. Di arena Testing Battle, CL telah mengajarnya cara-cara untuk mengelak dan melepaskan diri sekiranya dikepung oleh players dari VGC. CL bahkan mengaplikasikan teknik-teknik yang dark players dari VGC itu gunakan dalam Private Solo Battle sebelum ini semasa mereka melakukan duel. Pada mulanya, Ellia sangat gemuruh menghadapi teknik-teknik itu. Tidak dapat dinafikan, dia sebenarnya cukup trauma dengan semua teknik tersebut. Hampir-hampir sahaja dia keluar dari arena Testing Battle... Akan tetapi, ucapan CL yang tegas dan seolah-olah mencabar dirinya membuatkan rasa gemuruhnya langsung lenyap.
YOU ARE READING
𝐕𝐄𝐑𝐒𝐔𝐒 | 𝑹𝒆𝒗𝒂𝒎𝒑
Novela Juvenil❝Every hurdle that comes my way, I will face it and get stronger.❞ ―𝐄𝐋𝐋𝐈𝐀 ★。+゚☆ ══════════════════ ☆゚+。★ Terlahir sebagai anak pasangan jutawan dan menjadi sebahagian daripada keluarga besar Lawrence dan Jennings yang cemerlang dari segi akadem...