DENGAN mata yang hanya terbuka sedikit sahaja, Ellia mengerling sekilas ke arah jam. Baru pukul 3.00 pagi... Tetapi, mengapa matahari sudah bersinar cerah pada saat ini? Dia lantas menggosok matanya beberapa kali.
Sedetik kemudian, dia terus menepuk dahi. Apa kes pula pukul 3.00 pagi? Nyatanya, jam sekarang sudah pun menunjukkan pukul 8.15 pagi. Aduh, teruk betul penglihatannya selepas bangun tidur! Tergeleng-geleng kepala Ellia.
Langkah segera diatur menuju ke bilik air untuk membersihkan diri. Kata L dan Sun semalam, hari ini dia akan dikenalkan dengan kawan-kawan mereka. Jadi, dia haruslah tampil segar, bukan? Buat malu sahaja jika mereka tiba dan keadaannya seteruk ketika dia baru bangun tidur tadi!
Seusai sahaja selesai membersihkan diri, Ellia memeriksa telefonnya. Group chat room khas yang dihuni oleh dia dan adik-adiknya diperiksa.
SBS SIBLINGS
◌SunNy
Kakak, kitorang tengah
on the way ni...
━━ 08:05◌WoLfie
Kakak, we're stuck because
of the roadblock. Maybe,
pukul 8.30 atau 9.00 baru
kitorang sampai...
━━ 08:07Belum sempat dia ingin menaip balasan kepada adik-adiknya itu, satu chat daripada nombor yang tidak dikenali membantutkan niatnya. Chat tersebut dibaca dengan rasa tertanya-tanya. Siapa pengirimnya?
UNKNOWN
Hi, Ellia... Maaf
sebab ganggu.
━━ 08:25Terkebil-kebil Ellia jadinya. Tiada pengenalan langsung, bagaimana dia mahu mengetahui identiti pengirimnya itu? WhatsApp profile name yang digunakannya juga tidak memberikan sebarang klu. W.A.T.E.R? "Who─" Riaknya berubah serta-merta setelah menyedari sesuatu.
W.A.T.E.R, water... Air... Airika!
Tidak semena-mena, Ellia terasa janggal untuk membalas chat itu. Dia bukannya bermusuhan dengan Airika. Mahu kata benci pun, tidak juga. Akan tetapi, mereka berdua tidak begitu rapat. Memandangkan asyik dibanding-bandingkan dengan satu sama lain oleh keluarga Lawrence dan Jennings, bagaimana mungkin mereka boleh mempunyai hubungan yang rapat?
Keluarga Lawrence dan Jennings? Ya, mereka berdua 'berkongsi' dua keluarga yang sama. Daddy Airika merupakan abang kepada papa Ellia manakala mommy Airika pula ialah adik angkat kepada mama Ellia. Maka secara sahnya, Ellia, adik-adiknya dan Airika boleh disebut sebagai sepupu 'sama keluarga'.
Disebabkan hal inilah, Airika dan Ellia kerap dibanding-bandingkan dalam setiap pertemuan keluarga tidak kiralah keluarga Lawrence mahupun Jennings. Apatah lagi, mereka berdua sebaya dan berkongsi status yang sama sebagai keturunan generasi Lawrence-Jennings.
YOU ARE READING
𝐕𝐄𝐑𝐒𝐔𝐒 | 𝑹𝒆𝒗𝒂𝒎𝒑
Teen Fiction❝Every hurdle that comes my way, I will face it and get stronger.❞ ―𝐄𝐋𝐋𝐈𝐀 ★。+゚☆ ══════════════════ ☆゚+。★ Terlahir sebagai anak pasangan jutawan dan menjadi sebahagian daripada keluarga besar Lawrence dan Jennings yang cemerlang dari segi akadem...