PUTIH, itu perkataan pertama yang muncul dalam fikiran Ellia saat matanya terbuka. 'Why is everything white?' detik hatinya sebelum satu-persatu cebisan memori yang berasingan mulai menerjah masuk ke kotak ingatannya.
Ellia memejamkan matanya. Dahinya berkerut hebat akibat menahan rasa sakit. Dia dapat merasakan denyutan yang kuat pada sisi kepalanya bilamana memori-memori itu asyik bermain tanpa henti dalam benaknya.
"Kakak..." Suara lembut itu berjaya membuatkan Ellia membuka matanya kembali walaupun sedikit payah.
"Sun?"
Sun yang tadinya terpaku di muka pintu wad segera mendapatkan Ellia. Tubuh kakaknya itu didakap seraya menghela nafas lega. Sudah hampir empat minggu Ellia tidak sedarkan diri, dan dia langsung tidak memberikan respons sepanjang tempoh itu. Sun begitu takut seandainya sesuatu di luar jangkaan berlaku kepada Ellia. Sungguh dia tidak rela jika hal yang buruk menimpa kakak kesayangannya itu! "Thank goodness, you're awake."
"Let me call the doctor for you," kata Sun setelah meleraikan dakapannya. Dia keluar dari wad tersebut, mencari nurse dan doktor yang bertanggungjawab menguruskan rawatan Ellia.
Sementara itu, Ellia memandang ke luar tingkap kaca wadnya. Hari sedang hujan, dan hal itu membuatkan hatinya berasa kosong. Pada hari dia tersedar dari tidurnya yang cukup lama, mengapa hujan harus turun? Atau, mungkinkah langit sedang menangis kerana dia masih lagi bernafas pada saat ini?
Dalam waktu yang sebentar cuma, kesedaran Ellia sekali lagi dibawa pergi. Dia sempat mendengar bunyi pintu wadnya dibuka, namun hanya setakat itu. Apa yang berlaku seterusnya, Ellia langsung tidak ingat apa-apa.
•◦✦────•◦ᘡᘞ •◦────✦◦•
"Ellia, can you hear me?"
Sayup-sayup suara itu menyapa gegendang telinga Ellia. Ellia cam benar siapa pemilik suara itu. Itu suara Sienna, mamanya. Perlahan-lahan, matanya dicelikkan. "Ma..."
Sienna yang sedang menggenggam tangan Ellia pantas mengangkat wajahnya, memandang wajah pucat puteri sulungnya itu dengan mata yang berkaca-kaca.
"Don't cry, ma," ujar Ellia dengan nada yang lemah. Tangannya naik menyeka air mata yang menodai pipi Sienna.
"Mana ada mama cry... Mata mama masuk habuklah..."
Ellia mengukir senyuman nipis saat mendengar alasan basi mamanya itu. Sienna tidak pernah berubah. Acapkali menangis, pasti dia mengatakan bahawa matanya dimasuki habuk. Jika Ellia masih budak-budak, mungkin dia boleh percaya dengan alasan itu. Namun kini, dia sudah berusia 18 tahun. Alasan sebegitu tidak akan dapat memperdayakan dirinya lagi.
YOU ARE READING
𝐕𝐄𝐑𝐒𝐔𝐒 | 𝑹𝒆𝒗𝒂𝒎𝒑
Teen Fiction❝Every hurdle that comes my way, I will face it and get stronger.❞ ―𝐄𝐋𝐋𝐈𝐀 ★。+゚☆ ══════════════════ ☆゚+。★ Terlahir sebagai anak pasangan jutawan dan menjadi sebahagian daripada keluarga besar Lawrence dan Jennings yang cemerlang dari segi akadem...