Ep 16 : Hotel

1.8K 248 5
                                    

Angela mengosok kedua belah tangannya . Kesejukan yang terlampau membuatkan tubuhnya bergetar .

Bas yang dinantikan tidak kunjung tiba . Dah pukul 7 lebih sudah . Takkan Bas dah berhenti beroperasi . 1 jam lalu dia terduduk disitu saja . Bas pun tak sampai sampai .

Tapi , takkan dia nak susahkan Namjoon , sudahlah namjoon sakit perut sebab alahan dengan makanan laut tadi .

Yelah , selalunya namjoon yang tumpangkan mereka berdua somin pulang kerumah cuma waktu pagi sahaja mereka menggunakan bas turun bekerja .

Hendak berjalan kaki tapi rumah sewa terlalu jauh dari tempat kerja .

Angela mengeluh berat , telefon digenggamanya diletakkan semula didalam poket hoodie . terpaksalah tunggu bas datang .

_______

Taehyung keluar dari bangunan syarikatnya lalu terus menghampiri kereta mewah miliknya yang terletak elok ditempat letak kereta .

Pintu kereta dibuka , enjin dipanaskan seketika . Tak sampai 2 minit kereta Lamborghini hitam pekat mula meninggalkan kawasan tersebut .

Telefon pintar yang berada di dalam poket itu dikeluarkan . Ingatkan nak ajak Jungkook makan malam dekat tempat yang biasa mereka kunjungi .

Tapi hampa , panggilan Taehyung tidak angkat . Mana agaknya si jungkook nii , getus hatinya .

Matanya dikecilkan sedikit cuba mengenalpasti sosok tubuh yang duduk bersendirian di perhentian bas itu .

perlahan senyuman diukir , kereta perlahan menghampiri gadis tersebut lalu cermin kereta diturunkan .

" hi , nak aku hantar balik rumah ? " Ajak Taehyung . Gadis itu merenung lama akan wajah Taehyung .

'Bila masa pula dia ada kat ini ? ' monolognya sendiri .

" ada lagi lelaki gila nii " bisik Gadis itu perlahan tetapi cukup jelas di telinga Taehyung .

Lelaki itu berdecit . hujung bibir ditarik . Tak makan saman pun

" it's okay , tak sudi pun naik kereta mahal awak tu , nanti naik pula hutang saya " sambungnya lagi sengaja perkataan hutang ditekankan .

Ajakan Taehyung ditolak serta merta . lelaki zaman sekarang bukannya boleh percaya sangat . Terpesong pula niatnya nanti .

" aku dah baik hati nak tumpangkan kau balik tapi kau taknak ? nampaknya terpaksalah aku guna cara kasar " Kening dijongket , sentiasa mengukir senyuman ala psiko buat gadis yang masih duduk dibangku perhentian bas itu .

Tampak wajahnya yang sedia pucat itu ketakutan . Apa yang Taehyung ni cuba nak lakukan .

perlahan Angela bangkit dari situ dan cuba lepaskan diri daripada lelaki gila tersebut , siapa lagi kalau bukan taehyung .

" jangan cuba nak larikan diri ? cik adik manis . kalau kau cuba nak larikan diri kau dari aku , tahulah apa aku nak buat " gertak Taehyung . Terbantut niatnya untuk melarikan diri .

wajah taehyung yang menyeramkan dibelakangnya tidak berani dipandang .

" masuk dalam " pintanya dengan suara yang cukup mengerikan ditelinganya .

Gadis itu hanya mendiamkan diri , dia tidak mahu termasuk dalam perangkap lelaki itu . Kelakuan Taehyung yang agak pelik itu menakutkan gadis itu .

" naik cepat sebelum aku naikkan lagi hutang kau yang dah banyak sebelum nii . kalau kau taknak masuk aku tambah dua kali ganda lagi , nak ? " ugutan buat sekian kalinya.  jahatnya Taehyung .

Taehyung menyembunyikan senyumannya . Akhirnya , gadis itu berjalan menghampiri kereta miliknya .

Taehyung menekan punat unlock ditepinya .

" Masuklah , nak aku naikkan lagi hutang kau ? nak ? " pantas kepala digeleng laju .

Pintu kereta dibuka lalu punggung dilabuhkan disebelah Taehyung .

Wajah Taehyung dipandang sekilas . Bersungguh sungguh dia menjauhkan diri dari Taehyung .

" takpayah nak takut sangat , aku bukannya makan orang . sama macam kau , makan nasi tapi aku rindu nak makan kimchi " Taehyung cuba mengusik .

Dari tadi lagi dia takutkan gadis itu . Perangai suka mengusik dia dah datang balik . bukannya dia tak perasan wajah pucat gadis itu tadi .

Taehyung terpandang sesuatu , perlahan menghampiri gadis itu .

Tetapi cepat ditepis olehnya .

" aw- awak nak buat apa nii?? " soalnya terbabak babak . memang dah tak dapat selindungi lagi perasaan gugupnya .

Taehyung terus menarik seatbelt lalu dipasangkan pada tubuh gadis tersebut .

" safety first " balas Taehyung lalu memandu keretanya . U-turn dilakukan dan laju keretanya meluncur meninggalkan perhentian bas tersebut. 

" eh eh salah arahlah ! , rumah saya jalan sana bukannya jalan yang nii! . "

" diamlah , aku nak bawa kau ke sesuatu tempat khas kita berdua saja " balas Taehyung sinis . Mata masih fokus kearah jalan raya .

Matanya terbuntang luas , kh-khas kita ber-dua ?

" awak nak bawa saya pergi mana ? " hanya mampu memandang wajah Taehyung dari sisi .

" hotel " .

Gadis itu sudah tak senang duduk . Nak sahaja dia terjun dari kereta mewah Taehyung .

_______

TBC

Please Vote and comment juseyo !

Done triple update , terima kasih kepada awak sebab masih lagi membaca ff ini !

✔️ Married With a Stranger | [ 김태형] KTH Where stories live. Discover now