Angela tersenyum mekar disudut meja beranda dimana Nenek selalu rehatkan dirinya disitu . Dari situ dia melihat babak babak mesra Taehyung bersama nenek disitu.
Taehyung melayan Nenek dengan baik sekali .
Segala pokok bunga yang ditanam nenek sihat serta mekar sentiasa kerana dijaga rapi oleh nenek .
Tinggal 3 minggu lagi dia akan bergelar isteri kepada Taehyung .
Segala kad jemputan dalam proses cuma wedding dress sahaja belum dicari . Maaih dalam perbincangan . Masing masing sibuk menyiapkan kerja .
Taehyung dan Angela mahu majlis perkahwinan diadakan dengan kadar sederhana tetapi Puan Kim membangkang keras .
Dia mahu saudara mara sama ada dari jauh atau dekat turut datang memeriahkan suasana hari persandingan mereka nanti.
Bukannya diadakan selalukan ? Inilah masa untuk mereka mengeratkan Silaturahim diantara keluarga .
Air teh serta brownies bersaluti cream strawberi itu dibiarkan terhidang diatas meja .
Angela kembali masuk kedalam rumah untuk menyiapkan sesuatu . Dia ada sesuatu kejutan untuk nenek .
Tentang lamaran yang dikatakan oleh Angela beberapa hari lepas telah dilaksanakan dengan jayanya . Nenek tak menyangka bahawa lelaki yang datang melamar itu adalah Kim Taehyung .
Hatinya riang . Kerana dia percayakan bahawa Taehyung mampu membahagiakan satu satunya cucu perempuan yang dia ada .
Tangan berurat milik Taehyung itu ralit mengurut bahu Nenek . Tak salahkan bermanja dengan nenek . Lagipun Taehyung tak pernah merasa kasih sayang Nenek . Tengok muka nenek pun dia tak sempat . So , inilah masanya .
" aigoo , lega rasanya kalah mesin urut yang Angel beli untuk nenek dulu . Nenek tak sangka pula Taehyung pakar benda macam nii " seloroh Nenek sambil tersenyum manis . Taehyung yang masih berdiri mengurut dibelakangnya itu tersengih bangga .
" Mestilah . Taehyung hebat tau bab bab mengurut nii , kalau nenek perlukan urutan manja dari Taehyung nenek bagitahu saja dan Taehyung akan datang berkhidmat " Gurau Taehyung diselangi tawa kecil . Nenek mengekek ketawa .
Pahanya ditepuk beberapa kali . Hatinya mudah terhibur dengan jenaka lelaki itu . Taehyung pula ikut ketawa .
Bukan kerana gurauannya tadi itu kerana tingkah laku nenek yang mencuit hati . terlalu comel baginya
" Kalau macam itu , hari hari lah kamu datang kesini sebab badan Nenek hari hari sakit . " gurau Nenek lagi .
Bahu nenek terus diurut lembut .
" Nenek jangan risau , Taehyung sedia membantu " balas Taehyung dengan sengaja suara garau lelaki itu dibuat buat seperti seorang captain .
Nenek kembali mengekek mendengarnya sambil mengangguk gembira . Tangannya ditepuk suka .
" pandai yaa kamu buat nenek ketawa . Mungkin itu salah satu kenapa Angel suka dengan kamu . Pandai ambil hati " Kata Nenek . Serta merta senyuman Taehyung perlahan mengendur .
Ini bukanlah satu perkahwinan atas dasar cinta .
Tangannya berhenti mengurut lalu duduk mencangkung berhadapan dengan Nenek . Kedua belah tangan kedut Nenek diraih . Dikucup penuh sayang . Walaupun dia baru mengenali hati wanita tua itu .
Sayangnya terhadap nenek tak boleh terhalang . Wanita itu terlalu baik melayannya apabila Taehyung meluangkan masa dirumah sewa Angela .
" Terima kasih sebab sudi ambil tanggungjawab sebagai suami untuk cucu nenek . Bila dah tiba masanya nenek pergi tinggalkan dunia ini nanti nenek rasa lega . Sebab ada putera kacak ini yang menjaga Cucu nenek dengan baik . " kini tangannya melekap pada pipi Taehyung .
YOU ARE READING
✔️ Married With a Stranger | [ 김태형] KTH
FanficTanpa mereka sedar , sebenarnya Tuhan telah merancang pertemuan untuk mereka berdua melengkapi satu sama lain . Tetapi gelaran 'stranger' membuatkan gadis itu menolak rasa yang mula menjalar dalam hatinya . Tak mungkin , mereka stranger yang terpak...