Ep 32 : Kad Jemputan

1.5K 193 1
                                    

Angela merenung kat beberapa kad jemputan ditelapak tangannya . Kalau Angela , bagi kad jemputan ini kepada Somin dan Namjoon nanti apa agaknya reaksi mereka nanti .

Mereka berdua mesti terkejut gila . Gadis pendiam , atau lebih tepat loner forever itu sudah pun nak berkahwin , lagi lagi dengan lelaki yang Namjoon nak tibai hari itu .

Pintu loker ditutup semula , jika sudah bergelar isteri nanti mesti dia juga akan berhenti kerja juga . Mana tahukan ?

Angela mengeluh berat sebelum keluar dari situ . Kad jemputan tadi dimasukkan kedalam poket apron hitam yang dikenakannya .

" haih , kenapa monyok saja muka nii ? " soal Somin . Bahu Angela dicengkam supaya berdiri disebelahnya .

Angela pekakkan telinga . Mesin air itu hadapannya direnung . Fikirannya bercelaru . Ditambah lagi Angela tiada wakil dari keluarga pengantin .

Nak harapkan Pak cik dia ? kecundang semuanya nanti . Dia taknak Pakcik dia buat hal dalam majlis nanti . Biar lelaki tua itu tidak tahu bahawa dia akan kahwin nanti .

Somin mengerling pelik kearah Angela . Sekali lagi bahu Angela ditepuk .

Terhenti terus lamunannya . Mata Somin masih merenung Angela itu dibiarakan .

" Kenapa monyok saja ? ada masalah ke ? " Tanya somin lagi . Angela melepaskan keluhan . Perlahan kad kecil berwarna emas tadi dikeluarkan lalu dihulur buat Somin .

" Ini kad jemputan buat kau dan namjoon Hyung " Somin menjongket kening . Kad jemputan itu masih belum disambut hanya direnung seketika .

" Datang tau " Akhirnya Somin menyambut 2 keping kad itu . Matanya fokus membaca setiap isi kandungan didalam kad itu .

Perlahan lahan bibir Somin menguntum senyum lebar , kedua belah bahu Angela dicengkam lalu dipaksa berdiri berhadapan dengannya .

" Wehh ! Kawan aku nak kahwin ! " jeritnya kecil . Bahu Angela digoncang teruja .

Angela cuma menayangkan senyuman hambar . Pening kepala dia oi

" Jangan lupa bagi hyung tau ? " kata Angela sebaik sahaja Somin melepaskan cengkaman pada bahunya . Somin mengangguk laju tapi senyumannya pudar kembali apabila Angela .

" Tapi kenapa muka kau macam tak happy saja ? ada something wrong ke ? " Soalan yang dari tadi dia nak tanya akhirnya disuarakan juga .

" Pening sikit , Aku tak tahu nak harapkan siapa untuk jadi wakil bapa pengantin . Kau tahukan keluarga aku dah tak ada . Aku taknak pakcik aku yang wakilkan " Balas Angela perlahan . Kepala ditundukkan kembali . Piring cawan dipusing pusing .

" lah , itu saja ke ? aku ada ideaa , takpee , Kau jangan risauu Somin disini sedia membantu btw siapa suami kau tu ? aku ingatkan kau ni pendiam semacam rupanya dah nak kahwin yaa " Katanya sambil mencucuk pinggang Angela . Angela

Pantas lengan Somin ditampar perlahan . Gadis itu sudah mengekek ketawa akibat geli .

" janganlah geli ! "

" bagitahu aku siapa suami kau dulu " Katanya sambil tangan masih menari nari diperut Angela .

Angela tercungap cungap mencari nafas . Lengan Somin ditahan keras dari terus mencucuk pinggangnya .

" stop , macam mana aku nak cerita kalau kau asyik cucuk geletek apa semua ni " Somin hanya tersengih kecil .

" sorry "

" Ceritalah cepat ! aku dah tak sabar nak dengar jalan cerita cinta korang berdua ni ! " sambungnya lagi . Kaki terloncat kecil sambil menumbuk perlahan bahu Angela .

" Yelah , Kau ingat lagi tak lelaki yang aku tersimbur air customer kat baju dia tu ? " soalnya cuba mengingat kembali ingatan Somin .

" jap , nak fikir " keningnya bercantum cuba mengingatkan sesuatu . Somin memetik jarinya laju .

" Aku dah ingat ! mamat poyo yang buli kau tu ke ? Aku perhati je perangai laki tu . Hari hari dia datang sini cari kau , rupanya dia nak tackle kau anne ! Besar sungguh kekuasaan Tuhan dengan menemukan Jodoh mereka begini . Sungguh indah " Kedua belah tangannya dicantum seperti berdoa kepada Tuhan . Angela hanya tersenyum hambar .

Somin tak tahu pun , lelaki itu datang sebenarnya nak tagih hutang dia . Kepala dia Jodoh

" Tapikan , Somin ada mentioned seseorang untuk wakilkan Appa aku tadi ? siapa ? " Kening dijongket . Wajah Somin yang sudah tersenyum senget itu dipandang .

" Namjoon hyung lah ! "

________

TBC

Please Vote and Comment Juseyo !

✔️ Married With a Stranger | [ 김태형] KTH Where stories live. Discover now