Taehyung bergegas menuju ke bilik pejabat . PA-nya atau lebih dikenali sebagai Junha memberitahu bahawa Puan Kim ingin berjumpa .
Itu yang buat dia tergesa gesa menamatkan mesyuarat tentang Minyak wangi keluaran baru mereka .
Pintu kaca pejabat ditolak , Wanita kian berusia itu masih terduduk sopan diatas Sofa .
" eomma buat apa kat sini ? Taehyung tengah meeting tadi " katanya lalu menghampiri Puan Kim .
Kepala ditundukkan sedikit tanda hormat . Begitu juga Puan Kim .
Senyuman dikuntum buat anak lelakinya . Taehyung pula rasa lain macam . Pelik
" duduklah , eomma nak berbual sekejap dengan kamu , boleh kan ? " pinta dengan suara yang perlahan .
Sofa dihadapan Puan Kim diduduk . Kini Taehyung duduk berhadapan dengan Eomma-nya .
" Anak eomma sihat ? "
Taehyung hanya mengangguk . kepala ditunduk . Jari dibelek belek . Terasa gugup bila berjumpa Puan Kim .
" Appa sihat ? " soal Taehyung .
Giliran Puan Kim pula mengangguk kepalanya .
" Appa sihat , kamu taknak lawat appa kat rumah ? dia rindukan anak lelaki dia . baliklah sekali sekala . Taehyung suka mengelak dari Eomma sampai Appa pun terkena tempias kamu " kata Puan Kim panjang lebar.
Bukannya Puan Kim tak tahu sebenarnya Taehyung sengaja hendak melarikan diri . Takut soal Kahwin dipersoalkan lagi .
" Tengoklah kalau ada masa , Taehyung baliklah " balas Taehyung bersahaja .
" Bila lagi Taehyung nak kenalkan bakal menantu eomma ? sampai bila Taehyung nak menyorok hubungan Taehyung tu ? " Sengaja Puan Kim menyoal . Serta merta raut wajahnya berubah merah .
" what do you mean ma ? "
Puan Kim mengeluarkan sesuatu dari beg tangan miliknya . Satu bungkusan seperti sampul surat diletakkan diatas meja .
" Bukalah " pintanya , Taehyung terus membuka sampul tersebut , kepingan gambar dikeluarkan .
Gambar dia dan Angela dihotel dua hari yang lepas . Setiap kepingan gambar ditilik .
Perasaan marah mula mencengkam diri . Semua diletakkan semula diatas meja kaca tersebut .
" mana eomma dapat semua ni ? " soalnya dengan suara tergetar getar . Sedaya upaya menahan kesabaran yang kian tipis .
" you know me well dear " Ayat yang cukup membuat hatinya ingin meraung sepuas puasnya disitu .
" Jangan disebabkan masa silam Taehyung jadi macam nii , eomma tak suka perangai anak eomma yang dulunya manja sekarang jadi kasar . Hati batu "
Ayat yang cukup mendalam buat taehyung Tetapi Taehyung hanya mendiamkan diri .
Sakit hati apabila Puan Kim mengungkit kisah silamnya , Dia benci . Kalau boleh , sedaya upaya dia meluoakan segalanya .
" Eomma nak kamu teruskan hidup macam dulu . Bukan macam Taehyung yang sekarang , suka berdiam diri . Lupakan dia Taehyung . Dah terang terang dia bukan Jodoh kamu . "
Mata dipejam erat , matanya terasa panas . Berusaha segala rasa marahnya ditepis .
" Eomma nak kamu bawa dia jumpa eomma . Bawa akal menantu eomma " Pintanya .
Taehyung mati kata , Puan Kim terlalu berharap . Setelah dia kehilangan segalanya , sukar baginya membuka hati untuk perempuan lain .
Dia takut perkara sama berulang kembali .
Tangan berurat Taehyung digenggam , cuba menghilangkan rasa marah anak lelakinya . Dia tahu anak lelakinya masih tidak dapat melupakan gadis yang dulu pernah bertakhta dihati .
" Bawa menantu eomma kerumah hujung minggu ni yaa , Nanti eomma masak makanan kegemaran anak eomma special untuk kamu dan untuk anak menantu eomma " katanya penuh berharap agar Taehyung membawa bakal menantunya kerumah .
Puan Kim dah salah faham , Angela bukan kekasih Taehyung . Perempuan itu hanya mangsa keadaannya .
" please " rayu Puan Kim . Perlahan tangan Taehyung diusap .
Matanya jatuh melihat gambar Angela . Dia semakin buntu , Angela pasti takkan bersetuju . Dia tak mampu menolak permintaan Ibunya .
_________
Hari ini Angela tidak bekerja . Dia nak duduk rumah saja hari ini memandangkan hari hujan diluar . Ingatkan nak ajak nenek pergi taman tiba tiba hari hujan pula . Terbatal pula niat
Biskut sudah siap dimasukkan didalam oven . Inilah hobinya sejak dulu . suka membuat biskut sampai berbalang balang . Kalau ada lebih sedikit bolehlah dia bagi Namjoon dan somin makan .
Kadang kadang dia bagi jiran sebelah . memandangkan dia ada cucu perempuan . comel pula tu
Nenek pula tak boleh makan biskut . sekali sekala boleh tapi bukan selalu .
Sarung tangan kain itu dibuka lantas diletak diatas meja . Kaki melangkah menghampiri Nenek .
Bahu nenek dipeluk seketika .
" Nek , tengok siapa tu ? " dari tadi dia lihat Nenek menilik disebalik kain langsir putih itu .
Tingkap dibuka sedikit senang Nenek nak mengintip . Hujan lebat kat luar , tak ada apa yang perlu diintip .
" Nenek tengok orang kat depan rumah kita ni haa , dari tadi lagi nenek tengok dia berdiri kat luar dengan hujan lebat lagi itu . " Hairan pula , siapa yang nenek maksudkan .
Angela terdiam seketika , takkan pakcik ? eh tak mungkin , pakcik tak tahu alamt rumah ini . Mudah mudahan bukan dia yang nenek maksudkan .
" mana ? Angel nak tengok " langsir ditarik , kepalanya juga turun didekatkan ditingkap .
Alangkah terkejutnya dia melihat Taehyung berdiri bagai patung cendana disitu sudahlah hujan lebat .
" Dia buat apa kat sini ? " bisik Angela perlahan .
" Angel kenal ke orang tu ? " soal nenek pelik .
______
TBC
So show me ? haa sambung !
please vote and comment juseyo
YOU ARE READING
✔️ Married With a Stranger | [ 김태형] KTH
Hayran KurguTanpa mereka sedar , sebenarnya Tuhan telah merancang pertemuan untuk mereka berdua melengkapi satu sama lain . Tetapi gelaran 'stranger' membuatkan gadis itu menolak rasa yang mula menjalar dalam hatinya . Tak mungkin , mereka stranger yang terpak...