Ep 61 : Borahae ✨

1.6K 183 16
                                    

Waktu malam adalah waktu yang paling sesuai dan sempurna untuk menaiki kapal persiaran .

Dengan suasana malam yang cantik , kota yang dipenuhi dengan lampu kelip kelip terutama lampu pada menara Eiffel .

Angin malam yang menghembus buatkan Angela mengosok lengannya yang kesejukan . Rambut berjuntaian diselit belakang telinga .

Pemandangan malam yang cukup mengagumkan buat Angela .

Taehyung menanggalkan Jaket tebal miliknya lalu disangkut pada bahu Angela . Tubuh isterinya pula dipeluk erat dari belakang cuba menyalurkan haba yang secukupnya buat Angela .

" Angela sayangg " meleret suara Taehyung dicuping telinga Anga membuatkan gadis itu ketawa menahan geli .

"Sayang happy tak sepanjang kita jadi suami isteri ? well you know , perkahwinan kita dulu cuma rancangan kita saja " bisik Taehyung lembut sambil mata merenung pemandangan sepanjang kapal belayar di Sungai Seine .

Angela mengumam , kepalanya disandar pada dada bidang Taehyung . Matanya juga turut memerhati keindahan kota paris .

" Saya mengaku dulu saya tak bahagia sebab abang annoying sangat , saya rasa nak lari dari rumah masa tu tapi hari berganti hari abang layan saya baik sangat dan saya rasa masa tu , abang taklah jahat sangat macam drama yang saya tengok . Suka bertindak kasar dengan isteri " ujarnya panjang lebar .

Angela pusing menghadap Taehyung . Tapak tangan dilekap pada dada Taehyung . Mata hazel Taehyung ditatap seketika . Angela suka akan iris mata itu .

Telingannya dilekap pada dada Taehyung . Bunyi degupan jantung yang selalu membuatnya turut berdebar.

" But now , i'm so happy that i've someone that i love in my life . Dulu saya beri alasan perkahwinan kita pada hati saya untuk tidak jatuh cinta kat abang setiap hari . Tapi , macam mana saya tak jatuh cinta dengan layanan abang , abang goda saya . Buat saya rasa dihargai dan disayangi "

Taehyung memangku dagunya atas kepala Angela . Bibir merah merekah itu menguntum senyum lebar tatkala mendengar luahan hatinya .

Dia goda bersebab , Taehyung tidak mahu menjalinkan cinta hanya dari sebelah pihak saja . Dia mahubisterinya turut rasa cinta untuk dirinya juga .

Angela sukar untuk ditawan hatinya , sebab Angela suka berjauh diri jika Taehyung cuba datang dekat seolah olah cuba membuang Taehyung jauh kedasar laut .

" Sekarang saya tak boleh nafikan yang saya sayangkan abang . I love you so much abang " Angela menjinjit kaki lantas bibir Taehyung dicium sekilas tanpa ragu ragu .

Dia tidak mahu perkataan stranger kekal lama , Angela mahu mengubahnya kepada gelaran yang layak untuk dirinya sebagai isteri yang sah buat Taehyung .

Dia bukan lagi Stranger yang dipaksa berkahwin dengan lelaki dingin dihadapannya kini .

Taehyung terpaku disebabkan ciuman Angela mampu membuat lututnya bergegar . Jantungnya rasa nak pecah .

" Sekejap sangat sayang kiss , how about french kiss ? extra sikit " usiknya . Angela menyembam wajahnya didada Taehyung kerana malu dek usikan Taehyung

Cubitan berbisa dihadiahkan buat Taehyung . Membuatkan lelaki itu mengadu sakit . Padan muka , dah bagi betis minta paha pula dia .

Taehyung kalau bab usik mengusik ni memang nombor satu . Rambut Angela diusap perlahan . Bibirnya didekatkan pada cuping telinga Angela .

" and you know what my angel ? " Bisik Taehyung penuh mengoda . Angela mengeratkan lagi pelukan mereka .

" I love you too " bisiknya pula .

Pelukan dileraikan , Taehyung menyeluk tangannya kedalam poket jaket yang dipakaikan Taehyung pada isterinya tadi .

" Abang buat apa tu ? "

Angela pula hanya menayang riak wajah tertanya tanya . Dia biarkan saja Taehyung menyeluk poket jaket yang menutupi tubuhnya .

" Abang adaa sesuatu untuk sayang . Tadaa ! "

Satu utas rantai silver berloketkan hati bertakhtakan belian ungu tulen itu digoyangkan depan mata Angela .

" Rekaan khas untuk sayang . Biar abang pakaikan untuk kesayangan abang nii " Badan Angela dipusing menghadap depan .

Rantai itu sudah selamat digantung pada leher putih isterinya .

" Borahae " leher Angela dicium sekilas lalu menyembam terus wajahnya dicelah leher Angela . Bauan bayi yang selalu membuat Taehyung terbuai .

Angela tersenyum bahagia . Dia berdoa agar hubungan ini kekal berpanjang sehingga ke syurga .  Jangan pisahkan mereka selain ajal dan maut yang datang memisahkan dua insan ini .

The End ✨




HAHAHAHAHHA JOKING ! 😚

Maaf , chap kalini sedikit cringe sampai diri yang single ini mahu kahwin .

Makk ! nak kawin !

✔️ Married With a Stranger | [ 김태형] KTH Where stories live. Discover now