Taehyung berdiri tidak jauh dari situ meninggalkan isterinyaa masih meluahkan perasaan didepan makam Nenek .Telinga masih mampu mendengar dengan jelas kata kata yang terlontar walaupun jelas arwah Nenek tidak mampu membalas . Tapi dia yakin nenek mendengar luahan isterinya .
" Macam mana kehidupan nenek kat sana ? mesti gelap kan ? ditambah pulaa kesejukan . Maaf Angel tak mampu nak buat apa "
Hidung mula kemerahan . Cuba ditahan esakan dari meletus keluar . Dia mahu tunjuk kuat didepan nenek . Nenek pasti bangga melihat Angela cucu kesayangannya yang cengeng ini kuat .
" Angel kat sini hanya mampu merenung nenek dan menunggu kepulangan nenek walaupun Angel tahu nenek takkan kembali . Sekarang Angel dah tak dapat sentuh , peluk dan cium nenek macam selalu "
Senyum merekah pada bibir . wajah sudah bertukar pucat walaupun solekan tipis cuba menutup wajah ketara pucat itu tapi ia masih tidak dapat menyembunyikan wajah sayu dan sedihnya .
" Nenek jangan risau , Angel dah jumpa putera yang nenek idamkan untuk Angel . Putera yang kacak dan mampu bahagiakan Angel selamanya . Satu satunya Putera yang akan jaga Angel macam nenek jaga Angel dulu . Putera Angel juuga turut datang hadir temankan Angel lawat nenek "
Kelopak mata sudah kemerahan , air mata mula banjir . Bila bila masaa empangan itu pecah mengalir dipipi .
Taehyung , mula menapak dekat . Bahu isterinya dicengkam lembut dari belakang . Angela menoleh , serentak air matanya jatuh tetapi cepat disekat sebelum Taehyung perasan .
" Langit dah mula mendung , abang rasa baik kita balik sebelum hujan turun . Esok sayang boleh lawat nenek lagi " pujuknya .
Angela sekadar mengangguk lemah . Matanya beralih semula menghadap batu nisan nenek . Diusap sebelum bangkit meninggalkan makam .
" Angel balik dulu nek , Nanti Angel datang semula ya ? nenek jaga diri " ucapnya sebelum berlalu .
Taehyung membantu memaut lengan Isterinya bangun . Kurang imbangan hampir jatuh terduduk semula namun pinggang Angela cepat disambar oleh Taehyung .
Kepala menunduk sedikit supaya wajahnya sejajar dengan Angela.
" Sayang ? kenapa nii ? "
Angela memegang erat lengan Taehyung membantu tubuhnya berdiri dengan seimbang . Terasa lutut kakinya lemah .
Pening serta loya menyerang dalam satu masa buatkan matanya terpejam erat dengan dahi berkerut .Jemari memicit pelipis yang tak kalah berdenyut kuat .
" Saya nak mun-- UWERK "
Taehyung terpaku , Angela memuntah tepat pada bajunya . Isterinya hanya muntah air . Tidak dihiraukan bajunya yang basah akibat muntah kerana adaa kemejaa spare dalam kereta .
Apa yang dia risau adalah Angela .
Taehyung gagal mengimbang badan apabila Angela tiba tiba rebah pengsan diatas rumput .
" Angel ! "
________
Taehyung masih berdiri didepan wad , Risau dengan keadaan isterinya ketika ini . Ingin saja dia menelefon keluarganya tapi takut pula Tuan Kim serta isterinya menuduh dirinya yang bukan bukan .Taehyung terus berpaling kebelakang apabila suara amat dikenalinyaa menyapa gegendang telinga .
" Taehyung ah-- Angela mana ? apa dah jadi ni Taehyung ? tak reti jaga bini ke sampai jatuh sakit Angela dibuatnya . Kamu ni memang tak reti nak berubah ke ! " Marah Puan Kim .
K
edua orang tuanyaa berdiri tepat didepan mata . Kuat tamparan terkena pada bahu kiri Taehyung . Tak kalah wajah risau mereka terlakar lebih lagi Puan Kim .
Bibir bawah dikemam seraya bahunya yang pedih itu diusap, Doktor Lee memang tak boleh simpan rahsia .
Terkejut dan rasa bersalah dalam masa yang sama . Jelas riak risau Puan Kim mendengar berita dari Doktor Lee hyun bahawa anak menantunya masuk hospital .
" Soo Hye , bawa bertenang sikit . Bagilah Taehyung jelaskan semuanya dulu . Jangan terus marah dia macam ni " pujuk Tuan Kim .
Bahu isterinya ditarik lantas belakang badannya ditepuk lembut . Seronok betul isterinya siapkan kimchi untuk Angela , teringin katanya . Tapi tiba - tiba pula dengar berita dia masuk hospital .
" Yaa salah Tae tak reti jaga isteri sendiri . Tapi dia memang macam tu sejak kebelakangan ni eomma . Selalu mengadu pening kepala dan muntah-- dan kerap masuk tandas . Tae pun dah paksaa dia pergi klinik check tapi diaa masih berkeras diri taknak . Taehyung tak sangka sampai pengsan macam ni " Sayu nada bersuara .
Kesal . Jika awal lagi dia memaksa Angela pergi klinik untuk buat pemeriksaan , isterinya takkan lemah dan pengsan seperti ini . Jika terjadi perkara pelik menimpa Angela dia takkan mampu maafkan dirinya sendiri .
Kening Puan Kim naik , Mata mengerling kearah suaminya disisi . Semalam Angela menelefon bagitahu dia teringin nak makan Kimchi yang dia sendiri buat . Pelik
" Loya ? pening ? "
Taehyung mengangguk laju . Dia tidak mahu Puan Kim terus menuduhnya melulu . Mentang mentang Angela dah jadi kesayangan dia pula dipinggirkan .
Jangan jangan ?
" Isteri kamu mengandung ke ? " Soal Puan kim tanpaa berlindung .
Mata Taehyung membulat .
" Me-- mengandung ? "
_To Be Continued_
YOU ARE READING
✔️ Married With a Stranger | [ 김태형] KTH
Fiksi PenggemarTanpa mereka sedar , sebenarnya Tuhan telah merancang pertemuan untuk mereka berdua melengkapi satu sama lain . Tetapi gelaran 'stranger' membuatkan gadis itu menolak rasa yang mula menjalar dalam hatinya . Tak mungkin , mereka stranger yang terpak...