Ep 90 : Jaga ✨

1.1K 136 20
                                    


Angela mengedip matanya beberapa kali . Sebuah bilik yang lampunya terlalu terang buatkan Angela sukar membuka matanya . Silau

" Angel , ini mak cik . Syukur kamu dah sedar " ujar Mak Cik Naa dengan senyum ceria . Wajah pucat Angela diusap . Tanpa segan silu , dahi licin Angela pula dikecup lama .

" Angel kat mana mak cik ? "

" Angel kat hospital sekarang ni , tadi Angel pengsan . Nasib baik Jungkook datang jenguk kamu . Kalau tak , Mak cik tak tahu nak buat apa . Doktor kata Angel kurang rehat dan stress ? . Angel buat apa sampai abaikan diri sendiri ni ? ingat sikit diri tu tengah mengandung " Omel Mak cik Naa .

Angela sekadar senyum kecil , badan dia terlalu lemah Nak buka mata pun susah .

" Mana suami Angel Mak Cik ? "

Serta merta air muka Mak cik Naa berubah . Matanya melilau lari dari pandangan sayu Angela . Angela sekadar senyum kecil . Dia tahu jawapannya . Tak perlu dibahas lagi . Dia benar - benar keletihan dengan semua ini .

" Jungkook dah bagitahu agaknya , nanti dia datanglah jenguk Angel . Yang penting sekarang ni Angel kena banyakkan berehat . Sebelum tu , mak cik bawakan bubur untuk kamu . Makan ya ? Angel nampak lemah dan lesu "

" Dia memang dah tak ambil peduli tentang isteri dia yang tengah sakit kat hospital ni mak cik , Penting sangat kerjanya kut sebab itulah dia tak boleh nak datang sini " ujar Angela sayu . Bibir tanpa secalit pelembap bibir itu berusaha mengukir senyum buat Mak cik Naa .

Mak Cik Naa mengeluh . Taehyung ni pun satu , berpuluh kali agaknya Mak Cik Naa menelefon tapi tak juga diangkat . Macam mana dia boleh tutup telefon , bagaimana jika berlaku kecemasan Angela terberanak ke apa . Ish budak tu .

" Jangan fikirkan sangat benda tu , Angel dan bayi ni kena kuat . Anggap saja itu dugaan untuk rumahtangga kamu . Angel kena kuat ya ? dah , jom makan . Mak cik buatkan bubur ayam .

Angela mengangguk . Dengan bantuan Mak Cik Naa Angula duduk bersandar di kepala katil . Perutnya yang berasa senak itu diusap perlahan .

Mummy kena kuat ya ? Mummy kena kuat untuk baby .

________

Yoonju tersenyum manis apabila berjaya membuat Taehyung ikut makan tengah hari bersama . Taehyung hanya menayang wajah beku .

" Terima kasih sebab sudi lunch dengan I " ujar Yoonju dulu . Taehyung sekadar mengangguk . Dia terpaksa mengikut Yoonju kerana perempuan itu tak pernah jemu untuk bertemu dengannya dipejabat .

Rasa kekok , dulu Taehyung orang yang paling bahagia bila berjumpa dengan Yoonju . Disebabkan kerja mereka berdua jarang meluangkan masa . Tambah pula , Yoonju selalu ke luar negara sebagai model terkenal .

" Taehyung , I minta maaf . I tahu I salah tinggalkan you but please percayalah saya buat semua ini bersebab . You tahukan betapa besarnya cinta I kat you . Dan I betul - betul menyesal . Please maafkan I dan kita balik semula macam dulu . I rindu hubungan kita yang dulu " Ujarnya lembut .

Taehyung mengangkat muka dari terus merenung meja . Badannya tegak semula memandang Yoonju tersenyum penuh makna buatnya. .

" Balik macam dulu ? Kau dah terlambat Yoonju . Kau ingat aku tunggul ke ? Aku mengaku aku rindukan kau tapi itu dulu , sekarang rindu tu tak bermakna bagi aku mahupun kau . Dah , baik aku balik pejabat dari duduk sini dengar luahan kau . Buang masa aku " Balas Taehyung . Dia bangkit dari situ tetapi langkahnya terhenti apabila badannya dipeluk dari belakang .

Jantungnya terhenti .

" Saya sakit Taehyung , saya terpaksa sembunyikan penyakit saya dari awak . Saya taknak awak sedih macam mana saya sedih dengan diri saya yang malang ni ? Saya kerap ke luar negara disebabkan saya terpaksa jalankan pemeriksaan kat sana , bagi saya di sini tak sesuai , saya takut paparazi syak perkara yang bukan - bukan pasal saya . Saya berjaya jumpa penderma buah pinggang saya . Bila dah sihat saya balik Seoul . Tapi awakk jahat buat saya macam ni "


Yoonju bicara dari hati ke hati , dia tak boleh sembunyikan penyakitnya . Tapi perangai keras kepala Taehyung mencabar hatinya .

" Saya buat semua ni untuk awak , saya nak teruskan hidup semata - mata demi awak Taehyung . Tapi semua yang saya rancang tak berjaya seperti apa yang saya sangka . Sa - saya kecewa "

Esaknya dibelakang badan Taehyung . Lelaki itu hanya diam malah pelukan mereka dia tak ambil kisah lagi . Lelaki itu sudah mati kata . Wajahnya merah menahan rasa .

" Kenapa kau tak bagi tahu aku ? "

_To Be Continued_

Lapar :]

✔️ Married With a Stranger | [ 김태형] KTH Where stories live. Discover now