Ep 86 : Model ✨

1.1K 142 9
                                    

" Tak adaa orang lain lagi ke ? kenapa mesti perempuan tu ? " soal Taehyung sedikit bengang . Junha sudah tunduk memandang lantai.

" Tuan sudah lupakah dia masih ada kontrak dengan syarikat kita walaupun dia sudah menghilang diri atas sebab tertentu " Ujar Junha .

Wajah Taehyung sudah merah kerana marah , urat hijau sudah menegang didahi . Masalah sekarang ini perlu uruskan dengan segera . Dia tidak mahu berurusan lagi dengan manusia tersebut .

" Cari model lain , saya tak boleh harapakan dia noona . Dah lama tak nampak batang hidung , sekarang baru nak muncul "

Junha mengetap bibir . Serabut kepalanya sekarang ni .

" Kita sekarang tengah kesuntukan waktu Tuan , Model kita pula sekarang masing masing sibuk dengan peragaan baju mula minggu depan . Tuan pula bukannya memiliki sebuah syarikat tapi , Tuan masih ada dua syarikat lagi yang perlu dijaga "

Junha menarik nafas dalam sebelum meneruskan ayatnya .

"Apa kata , Tuan terima sajalah kehadiran Yo - yoonju ? anggap saja itu tuah kita yang datang tepat pada masa kita tengah menghadap krisis ni . Saya jamin tuan tak perlu bersemuka dengan dia . Biar saya uruskan semuanya "

Pipi dalamnya ditolak menggunakan lidah . Sumpah , fikiran dia serabut sekarang ni . Badan disandar kasar pada kerusi .

" Jungkook mana ? "

" Jungkook ke luar negara , Syarikat pakaian Tuan kat New York perlukan perkhidmatan Jungkook sebagai model pakaian disana . Lusa baru dia balik seoul "

Junha mula panik , Taehyung jarang buat perangai macam ini . Terlalu memilih tapi dia tahu akan sebab dia buat perangai begini .

" Okey , saya luluskan tapi make sure noona tunaikan kata kata noona tadi . Jangan bagi dia terserempak atau berjalan sekitar sini . Saya tak suka kalau saya nampak dia berjalan bahagian pejabat saya ? tahulah saya nak buat apaa " Ujar Taehyung dengan riak tegas .

" Baik Tuan " Balas Junha berura keluar dari pejabat tersebut . Cepat berbincang cepat juga dia keluar dari situ . Rasa sesak dadanya jika terus berdiri lama disitu

Kaki laju berjalan menuju ke ruang bilik kerjanya pula , makin sesak dada dia melihat kelibat Angela duduk dibangku menunggu kehadiran Junha .


" Eo ? Angel ? , Buat apa kat sini? " Angela tersentak , lalu wajahnya berpaling kebelakang . Hujung sudut bibir naik melakar senyum buat Junha .

" Saya datang nak jumpa Taehyung , dia ada tak sekarang ni ? Angel datang nak bagi surprise buat Taehyung " Balasnya dengan senyuman lebar , bekal makan ditunjuk kearah Junha .

Junha mengaru pelipis , sekarang mood Taehyung tak berapa baik dan sudah pastinya dia tidak mahu diganggu .

Tapi Angela datang nak bagi kejutan . Takkan nak biarkan saja Angela menunggu kat luar . Tak sampai hati nak menipu .

" Err--- , sekejap noona info--"

" Ehh takpe takpe ! , Kata bagi kejutan tak syoklah noona bagitahu Angel ada kat sini . Angel masuk dulu yaa , Angel dah letak something untuk noona . selamat menjamu selera " Ujarnya separuh berbisik .

Junha sekadar menguntum senyum palsu , bekal makanan diatas meja kerjanya direnung lama . Hilang selera nak makan dengan Angin Taehyung tak berapa baik hari ini .

Angela menghampiri pintu kaca tersebut , perlahan lahan pintu pejabat Taehyung ditolak tanpa sebarang bunyi .

Senyumannya mekar tadi perlahan mengendur , Taehyung seperti keletihan . Perlu ke dia bagi kejutan ?

" tsk .. tsk "

Bunyi esakan Taehyung buatkan Angela tergumam seketika . Apa yamg terjadi ?

_To Be Continued_

Haa Taehyung nangess

✔️ Married With a Stranger | [ 김태형] KTH Where stories live. Discover now