Ep 67 : Kebenaran ✨

1.4K 165 7
                                    


Angela terjaga dari lena apabila Taehyung menampar lembut pipinya . Angela mengeliat kecil . Tangan pula mengosok kedua belah matanya .

Angela duduk dengan mata masih separuh terbuka . Leher diurut seketika . terasa kebas kerana tidur duduk semalaman .

Lelaki didepannya mengeluh lemah , melihat keadaan isterinya yang tidak terurus membuatkan Taehyung tak sanggup melihatnya begitu . Dengan mata yang sembab sebab menangis lagi .

" Bangun sayang . kita balik rumah sekejap dulu yaa . Dua hari dah awak tak jamah apa apa makanan . Nanti perut masuk angin " pujuknya lembut .

Angela menunduk , sudah masuk dua hari juga nenek masuk hospital ditahan pula dalam bilik ICU . Teruk sangatkah nenek dia sehingga boleh masuk ICU .

Dia sebagai cucu pun tidak tahu apa yang berlaku . Kelakuann mereka seperti menyembunyikan sesuatu dari Angela .

Angela mendongak apabila bahunya disentuh oleh Taehyung . Wajah suaminya kelihatan segar mungkin baru mandi . Bauan lembut Taehyung membuatkan Angela menarik tangan Taehyung duduk disebelahnya .

Tubuh Taehyung dipeluk erat membuatkan Taehyung tersentak makin terasa geli apabila Jiyeon menyembam wajahnya dileher jinjang Taehyung .

Lelaki itu hanya mampu mengetap bibir , iman lelakinya terusik dek pelukan hangat ini . Mereka diam seketika . Angela kekal menyandarkan batang hidungnya dileher Taehyung .

Dia dah jumpa dadah yang buatkan Angela tertagih . Dadah halalbdia ialah suaminya , Kim Taehyung .

" Selera saya hilang , saya nak abang saja kat sini temankan saya . Saya perlukan abang " Suaranya mula berubah serak .

Taehyung menunduk . Air mata Angela keluar mengalir dengan wajah kekal tanpa reaksi .

Taehyung jatuh kasihan melihat Angela begitu . Begitu besar impak Nenek hingga Angela menangis begitu .

Tangannya naik mengusap pipi Angela . Gadis hanya diam , wajahnya pucat , hilang senyuman mekar diwajahnya . Tiada lagi gadis pemalu serta ceria yang dia kenal .

Kini hanya ada patung Angela tanpa riak wajah ia cukup membuatkan Taehyung takut .

" Sayang . abang risau tengok sayang macam nii , Sayang kena utamakan kesihatan sayang juga . Jangan jadi lemah macam ni , kalau nenek tengok cucu kesayangan dia pucat , taknak makan . Mesti nenek marah "

Kata Taehyung separuh memujuk . Kerjanya tergendala dipejabat , otaknya melayang memikirkan Angela hingga dia hilang fokus .

" dan nenek mesti marah sebab saya gagal dan saya lemah tak mampu jaga dia sampai masuk hospital macam ni . Saya benci Angela , saya benci diri sendiri . Semuanya salah saya abang " rintihnya lagi .

Taehyung membelai rambut Angela , Sampai hari ini dia masih menyalahkan dirinya penyebab Nenek masuk hospital .

Angela mengangkat wajahnya . Pandangan sayu melihat wajah Angela , dengan lingkaran gelap bawah matanya . Pipi mula mencengkung .

" Ma- macam mana kalau nenek tinggalkan nanti ? abang , Angel takut " rintihnya lagi . Kini suara tangisan gadis itu pecah . Bergetar getar bibirnya menangis semahu mahunya disitu .

Taehyung mengemam bibirnya rapat , tubir matanya mula membahang . Hidungnya perit menahan sakit . Dia sedih melihat Angela begitu lemah begini .

Dia mula memikirkan perkara yang negatif . Angela sekarang tak ubah seperti orang gila .

Taehyung menarik kepala Angela menyandar didadanya semula . Air mata yang ditahan akhirnya jatuh .

" shh , jangan cakap macam ni . Nenek takkan pergi tinggalkan kita dan tinggalkan angela . She loves you so much . Kalau dah takdir dia kena tinggalkan kita , kita semua tak boleh nak buat apa . Ajal maut Tuhan dah tentukann " kata Taehyung penuh memujuk . Sukar baginya menenangkan fikiran Angela .

Gadis itu terlalu takut untuk kehilangan , lagi lagi Nenek orang yang dia sayang dan satu satunya keluarga yang dia adaa .

" Angela kena kuat , Angela yang abang kenal tak selemah macam ni "

_To Be Continued_

✔️ Married With a Stranger | [ 김태형] KTH Where stories live. Discover now