Tekan lagu diatas 💜
_______
Tepat jam 7 malam , Taehyung tiba di rumah . Briefcase serta kot diletakkan atas sofa kulit . Matanya meliar mencari kelibat Angela . Selalunya Angela akan menjemputnya didepan pintu rumah setiap kali dia balik kerja .
Tapi hari ini tiada lagi sang pari - pari menjemput kepulangannya .
Lelaki itu sekadar mengeluh , dia sedar dia sedikit terkesan dengan kehadiran Yoonju hingga terabaikan isterinya sendiri . Itu tidak seperti yang dia sendiri jangkakan .
Selama ini dia dihantui panggilan Yoonju . Nombor yang selalu menelefonnya setiap malam itu sedikit banyak menganggu fikirannya .
Taehyung berjalan menuju ke kamar , dari pintu lagi figura isterinya sedang baring mengiring sambil memeluk patung . Patung tata yang dibeli Taehyung tempoh hari .
Bibirnya menguntum senyum seraya berjalan menghampiri Angela . Hanya bersuluhkan lampu galaksi , membuatkan penglihatan Taehyung terbatas .
Angela terjaga , disebabkan termimpikan perkara yang sama . Jelas air matanya mengalir dicelah mata . Kehadiran Taehyung disitu buatkan Angela memejam erat kelopak matanya semula .
Taehyung datang menghampiri , dia mengambil tempat tidur disebelah isterinya kenudian pinggang isterinya dipeluk dari belakang . Perut yang sudah nampak bonjolnya itu diusap perlahan .
Taehyung menutup mata sambil menyembam wajahnya pada rambut Angela . Bau wangi yang menyenangkan .
Angela sekadar diam , dia masih terasa dengan layanan yang Taehyung beri . Dia masih sakit hati dengan Taehyung .
Dia dihospital , tapi batang hidung Taehyung langsung tak kelihatan menjemputnya pulang ke rumah .
" Sejak kebelakangan ni abang banyak perkara yang ganggu abang sampai abang lupa ada bidadari yang turut muram sekali dengan abang. Abang kecewa dengan diri abang sendiri "
Suara berat itu bisik ditelingannya .
" Abang tak sengaja buat sayang sedih , maafkan abang sebab kecewakan satu - satunya bidadari abang . Abang minta maaf . Abang gagal jaga isteri abang . Abang gagal jadi ayah yang baik untuk bakal baby kita . Abang gagal jadi ketua keluarga yang bertanggungjawab . Sayang jatuh sakit disebabkan abang tak pandai jaga isteri sendiri . Disebabkan kerja , abang tak sempat jenguk sayang kat hospital " lirih suaranya berkata .
Terdengar esakan kecil Taehyung menyentakkan tangkai hati Angela . Bibirnya dikemam kuat supaya suara tangisannya pula tidak kedengaran .
Pujukan demi pujukan buat hati angela pula dihurung rasa bersalah . Rasa bersalah kerana tidak mampu mengerti akan perkara yang Taehyung alami . Mungkin dia sibuk uruskan perkara lain .
Air mata tadi dibiarkan mengalir lagi . Dia letih setiap hari bertemankan air mata . Lengan Taehyung pada perutnya diusap . Dia tak sanggup nak hukum kesalahan orang lain .
Badan dipusing menghadap Taehyung . Angela mengelus lembut rambut hitam pekat suaminya . Iris mereka bertatapan .
Tak semua manusia sempurna dalam dunia tanpa melakukan kesalahan .
" Abang tak tahu nak buat apa supaya kesalahan yang abang lakukan terhadap sayang dimaafkan "
Pipi cengkung Taehyung diusap . Pipi kirinya dikecup lama . Air mata yang jatuh terkena kulit pipi Taehyung kemudian bebola matanya merenung sayu akan Taehyung .
YOU ARE READING
✔️ Married With a Stranger | [ 김태형] KTH
FanficTanpa mereka sedar , sebenarnya Tuhan telah merancang pertemuan untuk mereka berdua melengkapi satu sama lain . Tetapi gelaran 'stranger' membuatkan gadis itu menolak rasa yang mula menjalar dalam hatinya . Tak mungkin , mereka stranger yang terpak...