" Angela mana ? " soal Puan Kim . Tuan Kim turut datang melawat . Tuan Kim mengambil tempat duduk disebelah Taehyung .
Lelaki itu kekal tunduk .
" Kawan dia temankan balik rumah sekejap . Dah tiga hari dia tak makan Eomma . Asyik bagi alasan tak ada selera saja . Taehyung risau dengan isteri Taehyung " bahunya terhincut hincut menangis disitu .
" Dia tak pernah macam ni sejak Nenek sakit . Dia tak tenang selagi nenek tak sedarkan diri . Dia selalu meracau dalam tidur dia punca segalanya . Taehyung risau " Sambungnya lagi .
Tuan Kim menarik kepala anak lelakinya bersandar dibahu . Belakang anak lelakinya diusap lembut .
" Appa minta maaf . Kami rahsiakan semua ni demi kebaikan Angela . Tapi Appa rasa perkara ni kamu berhak tahu "
Taehyung mengangkat mukanya . Iris hazel bertatapan dengan sang ayah . Wajahnya jelas merah akibat menangis . Dahinya berkerut cuba memahami kata sebenar Tuan Kim .
" Rahsia apa ? eomma appa ? apa rahsia yang semua orang sanggup tutup dari Angela . Dia pun berhak tahu " soalnya dingin .
Tuan Kim mengeluh lemah .
" Appa dan eomma terpaksa . Ini semua permintaan nenek "
Tuan kim diam seketika sebelum memyambung kata .
" Nenek Angela hidap kanser otak tahap 4 Taehyung , keadaan dia sekarang terlalu lemah sebab semua dah merebak tak boleh buat apa lagi . Doktor berkeras mahu jalankan pembedahan untuk membuangnya tapi doktor bedah yang lain juga membangkang keras kerana salah satu faktor usia , nenek dah tua , pembedahan ini terlalu berisiko buat pesakit macam nenek . Pembedahan ini akan terganggu . "
Taehyung terkejut . Dia tak percaya nenek juga salah satu pesakit kanser otak . Selama ini nenek begitu aktif tetapi dia tak tahu Nenek menyembunyikan penyakit yang dia hidap selama ini .
" Nenek dah lama sedarkan diri , tapi dia berjaya tipu Angela dengan bantuan Doktor . Dia minta tolong Doktor tipu Angela bagitahu nenek masih belum sedarkan diri tapi sebenarnya keadaan nenek masih boleh berhubung dengan orang lain . Dia takut bila berhadapan dengan angela nanti dia buatkan dia rasa bersalah " Ujar Tuan Kim panjang lebar .
" Kamu sebagai suami , mesti siapkan diri , dari segi mental . Mungkin semua ini akan memberi kesan kepada Angela . Isteri kamu itu akan bergantung sepenuhnya dengan kamu kelak "
_❤_
" Nekk , Taehyung tahu semuanya . Nenek jangan sembunyikan semua ni dari Taehyung " Air matanya dikesat laju .
Rasa semalam baru mereka bergurau senda tetapi sudak masuk tiga hari dia melihat nenek terlatar dihospital dengan wayar semua dicucuk pada tubuh dan hidungnya .
Nenek kekal menutup matanya walaupun cecair hangat sudah mengalir dari celah kelopak matanya .
" Nekk , Kenapa nenek macam ni ? Nenek tahukan Taehyung tak ada nenek sejak lahir dan kenapa nenek sembunyikan penyakit ni . Nenek akan dapatkan rawatan ya ? Taehyung akann minta doktor bedah yang paling handal kat dunia ni untuk nenek " Katanya tak ubah seperti orang terdesak
Dia tidak kuat berhadapan dengan situasi genting begini .
Nenek kalah , dia tidak mampu berlakon didepan Taehyung . Lelaki itu bukan senang untuk ditipu . Dia bukannya Angela .
Sedaya upaya nenek menyimpul senyum buat Taehyung walaupun tubuhnya lemah ketika ini. . Tangan Tuanya naik mengusap pipi Taehyung yang sudah kebasahan .
" Tak perlu . Nenek dah tua . Bila bila masa saja Tuhan akan cabut nyawa nenek . Nenek bukannya baru semalam dapat penyakit ni ? dah bertahun lamanya . Nenek terpaksa sembunyikan semuanya dari Angela . nenek minta maaf . Nenek tak mahu dia sedih macam sekarang ni " suara lemah serta bibir berketar menahan tangis .
" Nenek tak mahu susahkan hidup Angela , Cukuplah dia yang tanggung makan minum nenek selama ni . Nenek lega sebab adaa kamu . Suami yang akan Jaga Angela nanti " Sambungnya lagi .
" Tapi Angela-- "
" Biarkan nenek pergi dengan tenang . Tak selamanya manusia akan hidup didunia ini . Nenek dah tak mampu tanggung semua ni . Nenek lemah tapi nenek perlu kelibatan kuat didepan cucu cucu nenek ni . Tolong jaga cucu nenek dengan baik yaa . Jaga dia sebaik mungkin , jangan sakitkan perasaan dia . " cantas dengan senyum terpaksa . Air mata yang mengalir sudah tidak dihiraukan lagi .
Taehyung mati kata , dia tunduk menangis semahu mahunya disitu . Ya Tuhan , dugaan besar yang engkau turunkan buat isteriku.
" Nekk "
Taehyung tersentak . Kepalanya terus menoleh kearah gerangan yang masuk ke bilik tersebut . Begitu juga nenek . Sosok tubuh cucu kesayangannya hanya ditatap dari jauh . Perlahan lahan matanya ditutup semula .
Dia sangat lemah ketika ini .
_To Be Continued_
aih , a
![](https://img.wattpad.com/cover/214178845-288-k560828.jpg)
YOU ARE READING
✔️ Married With a Stranger | [ 김태형] KTH
FanfictionTanpa mereka sedar , sebenarnya Tuhan telah merancang pertemuan untuk mereka berdua melengkapi satu sama lain . Tetapi gelaran 'stranger' membuatkan gadis itu menolak rasa yang mula menjalar dalam hatinya . Tak mungkin , mereka stranger yang terpak...