Ep 33 : Tahniah

1.6K 200 9
                                    

Hari ini , kesemua staff T's perfume berkumpul disebuah ruangan untuk sesuatu pengumuman .

Sebaik sahaja keseluruh staff masuk . Keadaan ruangan tersebut mula bising dengan bisikan para staff . Adanya mereka kata Taehyung nak mengamuk sebab ada pekerja tak buat kerja dengan betul .

Adanya kata , Taehyung panggil sebab Ada segelintir staff curi tulang , macam macam lagi lagi . Ada pula yang kata ,Taehyung datang jemput semua staff makan free .

Hah , memang Taehyung nak ajak korang makan Free pun .

Kelibat Taehyung sudah tiba .  Serta merta , keadaan didalam bilik tadinya bising ya amat terus senyap macam malaikat maut yang limpas .  

Taehyung saja nak kumpulkan kesemua staff bangunan tersebut sebab ada hal sikit bukannya saja saja nak prank staff macam dulu yaa ? dia dah nak beristeri dah pun , tak adanya perangai macam budak budak .

" Maaf sebab saya buat meeting mengejut macam ini " Katanya sebelum memulakan hasrat sebenar dia kemari .

Kot coklat cair dibetulkan pada tubuh tegapnya supaya nampak lebih segak dimata pekerjanya . Bangs ikal yang sudah panjang menutupi matanya itu ditarik ketepi sedikit .

Adanya staff perempuan itu menjerit kecil kerana kekacakan yang terlampau Taehyung itu mampu membunuh perasaan jiwa dan raganya .

" Saya datang nak jemput semua pekerja T's perfume sama ada pekerja kilang ataupun pejabat datang ke majlis hari perkahwinan saya nanti . Pakaian kenalah sopan yaa ? jangan risau , Bonus saya akan naikkan hujung bulan ini . Eh , rasa terbalik pula " katanya terhenti . pelipis digaru .

" sepatutnya semua staff saya yang beri bonus atau hadiah sempena Hari Perkahwinan saya " sambungnya lagi .

Semua pekerja Taehyung mengeluh , Taehyung menyembunyikan senyuman . Kedekut sangat tu , Boss nak kahwin pun taknak bagi hadiah .

" Taklah , saya gurau je " katanya sambil ketawa kecil. 

" Aigoo , Tuan buat saya nak pengsan "  balas salah seorang pekerja perempuan itu .

" Maaf yaa kak " sengihnya lalu meneruskan pembicaraanya .

" Itu saja , saya harap anda semua tingkahkan hasil syarikat T's perfume ini , kalau ada peningkatan , macam biasa saya bagi bonus " balasnya lagi .

Taehyung memang mesra dengan semua pekerjanya , tak kira muda atau tua . Dia layan semua pekerjanya sama rata , tak ada perkataan berat sebelah dalam kamus hidupnya .

" Janji semua datang yaa ? kalau tak , saya potong gaji " guraunya sebelum berlalu keluar dari ruangan tersebut. 

" Itu saja untuk hari ini , PA saya akan edarkan kad . Saya keluar dulu yaa " Taehyung menghampiri Junha sejenak .

" Noona dah boleh edarkan . Terima kasih "

Junha mengangguk perlahan .

Taehyung terus keluar dari situ lalu masuk kedalam lif , Berapa saat kemudian Taehyung sudah masuk kedalam pejabatnya . Badan disandarkan lemah pada kerusi pejabat miliknya .

Iphone 11 pro diatas meja ditilik sekilas lalu mata dipejam sejenak . Senyuman manis terukir dibibir Angela dengan mengenakan Baju pengantin semalam terpacul difikirannya .

Serta merta bibir merah jambu milik Taehyung menguntum senyum tanpa dia sedar .

Dia mula akui , hari demi hari dia mula rasa selesa dengan kehadiran Angela dalam hidupnya . Perasaan sakit yang dirasa sebelum ini tiba tiba hilang tanpa jejak .

" hai ! bakal pengantin kita nii , dah kenapa senyum sorang sorang , tahulah nak kahwin " perli Jungkook sebelum melabuhkan punggung kerusi dihadapan Taehyung .

" kenapa tak ketuk pintu ? " Terkejut pula bila suara beruk Jungkook menyapa gegendang telinga .

Taehyung hanya tersengih senget . Posisinya dibetulkan supaya duduk dengam selera .

" Malas nak kacau orang tengah bahagia " alasannya mendapat cebikkan dari Taehyung .

" Eleh , kau cemburu sebenarnyakan ? sebab aku dah nak kahwin dah . Tak adalah telinga aku sakit nak dengar eomma membebel pasal kahwin saja " katanya panjang lebar . Wajah macam mencuka Jungkook direnung .

alo alo nape nii ? nak cendol ? okey kidding

" Hyung , kau ikhlas ke nak jadikan perempuan starbu- "

" Nama dia Angela " sampuk Taehyung .

" Kau ikhlas ke nak buat semua ni hyung ? walaupun semua bukan berdasarkan cinta " soal Jungkook lagi . Nada sengaja diperlahankan , takut mana mana staff lalu lalang terdengar perbualan mereka .

Junha dah tahu perkara sebenar , jadi tak perlu rahsiakan perkara itu dari dia .

" entahlah , tapi aku taknak batalkan semua , see ? eomma aku dah siapkan semua persediaan even masih adaa 3 hari lagi ? aku taknak hampakan dorang , cakap pasal cinta ? orang tua cakap bercinta selepas kahwin itu indah so , why not ? dia kena dengan situasi aku sekarang nii " balasnya dengan penuh yakin .

Tangan menampung dagu . Dia yakin dengan kata katanya sendiri . Nak dikatakan Angela hati batu taklah juga , senanglah dia nak pikat cuma hatinya masih menunggu sesorang datang kepadanya. 

Dia sedar itu semua angan angan saja . Apa yang penting , fokus untuk rumahtangga yang bakal terbina tak lama lagi .

Ya , semua orang percaya bahawa , cinta itu boleh dipupuk walaupun ia mengambil masa yang lama tapi bergantung dengan seseorang individu sebab tak semua perkahwinan yang dirancang itu indah belaka .

Ada juga yang porak poranda akibat wujudnya orang ketiga .

Cuma kita kena selalu berdoa untuk kesejahteraan , kebahagian untuk pasangan kita .

" How bout Yoonju ? " soal Jungkook . Dia tahu Taehyung masih belum melupakan gadis itu .

Gambar perempuan itu pun masih terletak kemas diatas meja kerjanya .

" aku try hard nak lupakan dia , tolong jangan sebut nama dia lagi . Aku tak suka " Tegas Taehyung .

" kalau kau nak lupakan dia . senang , buang gambar dia tu " Matanya mengerling kearah satu frame kaca diatas meja itu . Diikuti juga Taehyung .

Anak matanya merenung anak mata Yoonju .

______

TBC

Please Vote and Comment Juseyo !

✔️ Married With a Stranger | [ 김태형] KTH Where stories live. Discover now