Angela duduk termenung seorang diri didalam bilik putih itu . Didalamnya cantik terhias . Penuh dengan Flora .
Somin datang melabuhkan punggungnya disisi Angela . Bahu gadis itu dipeluk lama . Sebentar lagi gadis itu akan bergelar isteri . Dah tak boleh , ajak keluar sesuka hati . Maklumlah dah berumahtangga
" Anne , dah jadi isteri orang nanti jangan lupakan kitorang " bibir dimuncung sedih .
" Apa yang Somin merepek nii , walaupun anne dah berhenti kerja kat situ , tak bermakna Anne tinggalkan dan lupakan korang semua . Anne sayang Somin dengan Namjoon Hyung macam family Anne sendiri " Perlahan pinggang Somin dipeluk erat . Dagu dipaut pada bahu Somin .
" Dahlah jangan nak nangis , luntur pula make up nanti " pelukan dilepas . Pipi Angela dilekap kuat sehingga terbentuk bibir itik Angela .
" Bila masa pula orang nangis , dia yang nangis kita yang kena " perli Angela dengan suara yang terkepit kepit muncung menyukarkan dirinya bertutur .
" Mana Namjoon hyung ? katanya jadi wakil Anne? " soalnya sedikit risau .
" Dia otw datang , Anne sabar sikit "
______
Dewan dimana mereka mengadakan majlis perkahwinan mula dipenuhi para tetamu .
Hiasan pada dewan tersebut mendapat pujian para tetamu . Dewan itu dipenuhi pokok serta bunga bunga mekar memandangkan tema mereka ialah floral garden , semestinya bunga akan memenuhi ruangan dewan .
Pentas pengantin pula dihias dengan akar akar tua diatasnya , temani lampu kelip rama rama yang berterbangan . Sofa pula dilapik menggunakan rumput menghijau yang dijahit menggunakan benang hijau .
Pelbagai jenis bunga menjadi pilihan hati turut diletakkan disitu .
Semuanya nampak hidup seperti mengadakan majlis perkahwinan ditaman bunga .
______
Angela melangkah masuk kedalam dewan sebaik saja menerima arahan daripada pengurus majlis tersebut .
Wajah Namjoon berdiri disisi dipandang sekilas .
" Terima kasih sudi wakilkan untuk Anne " Ucapnya . Namjoon mengangguk perlahan . Senyuman terukir sehingga lesung pipitnya terbentuk dalam .
" Sama sama , Hyung ingatkan siapalah tadi rupanya kau ! Cantiknya kau Ya Tuhan , aku as laki ni bergetar tulang rusuk aku " mulalah si Namjoon nii .
Angela tersenyum malu apabila dipuji sebegini . Tangan dipaut pada lengan namjoon dieratkan .
" Aku nak hantarkan kau kat suami kau ni , bersiap sedia " bisik Namjoon ketelinga Angela .
Susuk tubuh tinggi Taehyung dilihat dari hujung . Dia makin kacak apabila mengenakan Tuxedo kelabu sedondon dengan baju pengantinnya . Kekacakan yang digilai orang ramai
Hatinya berdegup kencang apabila langkahnya semakin dekat menghampiri Taehyung .
Perlahan pautan pada lengan Namjoon dileraikan kini bertukar tangan . Tangan putih melepak Angela diletakkan diatas telapak tangan Taehyung .
Namjoon menghampiri Taehyung lantas membisikkan sesuatu ditelinga Taehyung . Angela berkerut dahi memandang kearah mereka berdua .
YOU ARE READING
✔️ Married With a Stranger | [ 김태형] KTH
FanficTanpa mereka sedar , sebenarnya Tuhan telah merancang pertemuan untuk mereka berdua melengkapi satu sama lain . Tetapi gelaran 'stranger' membuatkan gadis itu menolak rasa yang mula menjalar dalam hatinya . Tak mungkin , mereka stranger yang terpak...