"Apabila manusia mencipta dunia.Manusia itu sendiri tidak sempurna namun sebaik-baik makhluk ciptaan-Nya adalah manusia yang mudah alpa kepada-Nya."
Belantara itu seperti biasanya.Sunyi dan menenangkan. Seluruh marga haiwan yang berpenghuni disitu dipagut lena dalam berjaga. Kabus malam menyelubungi kawasan belantara itu menghasilkan bayu malam yang dingin.
Namun dalam ketenangan itu terdengar sayup-sayup hayunan langkah kaki berderap dengan pantas. Daun-daun malar dikuak dengan kasar seolah-olah ada mahkluk yang berlari merentas hutan di dalam pekatnya kegelapan malam belantara ini.
Disebalik belukar itu muncul seorang lelaki yang termengah-mengah. Anak matanya melilau mencari perlindungan. Dia harus menyelamatkan diri. Dia sedang diburu oleh sesuatu. Sesuatu yang akan menghambat nyawanya. Lelaki itu mengatur langkah lebih deras. Hayunan lariannya semakin pantas. Nafasnya semakin tercungap-cungap meminta udara yang lebih banyak. Tersilap perkiraan, maut bakal menjemputnya. Semestinya perkataan 'maut' itu sahaja sudah cukup mengetarkan hati menggugurkan jantung. Keringat bercucuran tanda tubuh sedang berhempas-pulas mengikut kehendak akal yang mahu menyelamatkan diri dari hambatan maut.
Dia mengibas seluruh dedaunan itu. Menguak kasar daun dan dahan kayu yang merimbun rendang. Calar-balar dan luka pada tubuh dan tangannya tidak dihiraukan. Nyawa yang difikirkan dikala ini. Anak matanya galak mencari tempat perlindungan. Sesuatu yang mengejarnya semakin menghampiri. Sesuatu yang lebih besar darinya. Lebih ganas. Lebih buas.
Lelaki itu tiba di satu kawasan yang merimbun dan berpokok besar. Dia dapat mengamati persekitaran dalam keadaan samar-samar berpandukan cahaya bulan yang berbalam-balam. Mujur bulan mengambang pada malam ini.
Dia bersembunyi dibalik lekuk akar kayu pokok yang besar. Dia merasakan sesuai untuk bersembunyi. Lelaki itu berusaha menyembunyikan nafas kasarnya yang mengah. Cuba menahan dan tertahan-tahan.
Sayup-sayup kedengaran dedaunan dikuak dengan kasar. Anak mata lelaki itu meliar memerhatikan sekeliling dari balik persembunyiannya. Derapan langkah itu semakin kuat menghentak bumi.Ternyata musuhnya itu lebih besar darinya.
Tiba-tiba seekor makhluk yang besar muncul dari balik rimbunan hutan itu. Makhluk itu lima kali ganda lebih besar darinya. Berkepala lembu dan berbadan manusia. Sepasang tanduk yang meruncing tajam namun tanduk disebelah kanannya lebih pendek kerana terpatah akibat pertelingkahan. Anak matanya merah menyala galak mencari mangsanya. Diperhatikan sekelilingnya dengan nafas yang mendengus-dengus.
Makhluk itu kelihatan sungguh buas. Dari cara pemakaiannya kelihatan seperti pakaian kuno zaman Roman. Ditangan kanannya kemas memegang bilah pedang katana yang tajam dan sedikit runcing dibahagian hulunya. Makhluk itu melibas pedangnya secara rambang sambil mendengus marah. Habuannya malam ini terlepas lagi. Hakikatnya bukanlah sukar untuk mencari rantaian makanan di dalam belantara nan luas ini namun hidangan didepan mata. Sedaya upaya baginya untuk mendapatkan 'bekalan' makanannya. Makhluk itu adalah jenis karnivor. Jenis pemakan daging. Apa sahaja yang mengamit seleranya pasti akan dilahapnya secara buas tanpa sedikit pun rasa simpati.
Makhluk itu beredar sambil anak matanya tetap galak memerhati sekeliling. Anak matanya yang merah membolehkannya melihat dengan jelas pada waktu malam. Lelaki dibalik akar pokok gergasi itu tetap membisu disitu. Membungkamkan diri dari menjadi hidangan malam makhluk itu. Nafasnya dikawal sebaik yang mungkin.
Apabila lelaki itu yakin situasi kembali tenang, nafas lega dihembuskan dengan perlahan. Terus dari kerongkongnya. Terlepas pada malam ini belum tentu terlepas pada esoknya. Dia lebih berhati-hati kali ini.
Lelaki itu segera memegang lehernya. Peranti digital berbentuk kalung leher itu masih lagi ada terlekap dilehernya. Kalung digital itu mempunyai lampu LED merah yang berkelip-kelip setiap tiga saat menandakan dirinya masih lagi didalam talian atau online.
YOU ARE READING
HYPERSERV : BEGINNING
Bí ẩn / Giật gânBayangkan, sebuah dunia yang tidak mampu kita bayangkan. Bayangkan, sebuah dunia yang tidak tergapai dek tangan. Bayangkan, dunia yang sepatutnya tidak wujud diwujudkan. Bayangkan, dunia itu terlahir di alam digital. Bayangkan, manusia yang kekurang...