SERVER 11

8 1 0
                                    

Permukiman Viento,HyperServ

Leo masih duduk di atas sebuah batu dipinggiran sungai berhadapan dengan Yazaid yang duduk bersila di atas tanah.Ternyata apa yang diperkatakan oleh Leo sememangnya mengejutkan dirinya.Dia sendiri tidak tahu tentang kewujudan manusia A.I di dalam Hyperserv walau pada hakikatnya lelaki bernama Leo dan perempuan bernama Kirin itu sebenarnya bukan manusia sepertinya.Manusia seperti ini wujud di dalam Hyperserv sejak penciptaannya ketika dahulu.Serentak dengan penciptaan Hyperserv.

Yazaid memandang sekilas kepada Leo.Akalnya ligat berfikir.Seperti kurang percaya apa yang diperkatakan oleh lelaki itu.Leo berwajah selamba.Langsung tidak menghiraukan perubahan Yazaid.

Leo bingkas bangkit dari duduknya lalu turun ke bawah.Yazaid hanya memandang.Leo berjalan dengan gaya lenggang meninggalkan Yazaid.Terkocoh-kocoh Yazaid bangkit.

"Kau nak ke mana?" Yazaid mengekori Leo dari belakang.

"Kita pergi ke satu tempat.Aku yakin Kirin ada di sana." Ringkas Leo menjawab pertanyaan Yazaid tanpa berkalih memandang ke belakang.Yazaid terpinga.

"Ke mana?" Yazaid mengekori Leo walaupun dia sendiri tidak tahu kemana hala tujunya ketika ini.

"Batu Prasasti Dunia.Tidak jauh dari sini.Di Permukiman Fuego." Leo yang berbadan sedikit sasa berjalan lenggang dengan gaya 'macho' nya.

"Batu Prasasti Dunia? Mukim Fuego?" Ternyata Yazaid menjadi lebih keliru.

"Ya.Batu Prasasti Dunia berada di Permukiman Fuego.Tidak jauh dari sini.Kita sekarang berada di Permukiman Viento." Leo mengerutkan wajahnya.Ternyata Yazaid sebagai salah seorang daripada pencipta Hyperserv tidak mengetahui apa-apa tentang dunia ciptaannya sendiri.

"Dekat mana tu? Aku tak fahamlah." Terkocoh-kocoh Yazaid cuba mengekori Leo.

Leo mengeluh perlahan.Secara tiba-tiba Leo berhenti berjalan dan berkalih ke belakang. "Permukiman Fuego.Kawasan tu lebih panas sebab ada aliran lava yang sangat hampir dengan permukaan.Jadi, kawasan tu memiliki tekanan haba dan bahang yang naik ke udara.Permukiman hutan tu membentuk bulatan seperti sebuah daerah." Leo menudingkan jarinya ke atas.Yazaid melangoi ke atas.

"Dan kita sekarang berada di Permukiman Viento.Kawasan ni mengelilingi Permukiman Fuego.Disebabkan tekanan udara di mukim Fuego lebih panas dan udara naik ke atas, jadi kawasan ini sentiasa berangin.Pergerakan angin bertiup tertumpu ke Permukiman Fuego." Leo menudingkan jarinya ke satu arah.Arah dimana angin bertiup.Yazaid mengerutkan dahi dan memincingkan matanya memandang ke arah yang ditunjukkan oleh Leo.

"Tu..Kau nampak tu?" Leo menudingkan jarinya ke satu arah.Arah dimana angin sedang bertiup.Yazaid memincingkan anak mata.Mencarup pandangan dengan penuh hati-hati.Yazaid begitu tekun cuba mengenal pasti apakah yang ditunjukkan oleh Leo.

"Itu..dekat belakang pokok tu.Kau nampak tak?" Leo membongkokkan badannya sedikit ke hadapan.Yazaid memegang lembing buatannya erat-erat.Bimbang ada musuh yang menyerang secara tiba-tiba.Suasana semakin cemas.Dahi Yazaid berkeringat.

"Aku tak nampak apa-apa pun, Leo." Yazaid memincingkan anak matanya.Dia berkata dalam keadaan berbisik.Bimbang 'musuh' yang ditunjukkan oleh Leo mendengar suaranya.

Leo membulatkan matanya.Dia berdiri tegak semula.

"Ya..tepat sekali! Memang tak ada apa-apa disitu.Ternyata deria kau masih normal.Great!". Leo memuncungkan bibirnya bersahaja.Sekadar bersiul riang.Sekali lagi Yazaid dipermainkan.Yazaid tegak berdiri memandang Leo memuncungkan bibirnya.Dahinya berkerut seribu.Leo memang tidak boleh dipercayai lagi kata-katanya selepas ini, fikirnya.

Yazaid mengorak langkah dengan penuh bertenaga mendahului Leo.Leo ketinggalan agak kebelakang sedikit.Kepalanya berpinar akibat diketuk kuat oleh Yazaid menggunakan lembing buatannya.Terasa mamai.Dunia seakan berputar.Langkah kakinya terhuyung-hayang.Itu akibatnya terlalu suka mempermainkan orang lain dikala darurat.

HYPERSERV : BEGINNINGWhere stories live. Discover now