SERVER 72

3 2 0
                                    

Kawasan Perumahan Elit tinggal, Bandar Inderapuri,Tahun Infiniti 30XX

Tidak ubah seperti suasana peperangan besar. Dentuman disana sini. Pihak tentera bandar mengerahkan segala aset yang dimiliki hanya untuk menumbangkan golongan manusia yang berubah menjadi buas secara tiba-tiba. Sebahagian mereka memakai kalung Brainlink yang berkelip-kelip menandakan mereka sedang menerima isyarat gelombang dari sumber tertentu yang tidak diketahui dan sebahagian dari mereka tidak pula memakai kalung digital itu. Namun serangan tertumpu kepada mereka yang memakai kalung Brainlink kerana tindakan mereka jauh lebih agresif berbanding mereka yang tidak memakai kalung digital itu. Kalung digital itu dikenalpasti sebagai punca perubahan sifat dan sikap kemanusiaan mereka hilang dan berubah menjadi buas dan tidak berperikemanusiaan. Sifat mereka tidak ubah seperti zombie seperti di dalam filem-filem barat.

Secara tiba-tiba, Hairuddin terbatuk-batuk kerana tersedak. Dadanya ditepuk-tepuk dan diurut perlahan. Terasa sesak nafasnya buat seketika. Mungkin kerana faktor usia yang semakin lanjut.

"Tuan, tak apa-apa?" Salah seorang tentera yang mengetuai pasukan khas itu menegur Hairuddin yang kelihatan pucat. Hairuddin sekadar tersenyum.

"Tak... saya tak apa-apa. Terima kasih." Hairuddin tersenyum tawar meskipun dadanya masih terasa bisa.

"Mungkin, ada orang yang menyebut nama tuan?" Lelaki itu cuba berseloroh.

Hairuddin tidak membalas dengan kata-kata. Sekadar menguntum senyuman. Jari-jemarinya ligat menekan susunan nombor unik pada sebuah paparan monitor hologram miliknya. Ianya berbentuk seperti sekeping kaca bersaiz sebiji tablet namun paparan maklumatnya dipaparkan secara hologram. Hairuddin sedang menyusun atur beberapa program yang direncanakan olehnya.

"Tuan, mereka berubah corak! Mereka berpecah!" Lelaki itu memberi maklumat situasi semasa kepada Hairuddin. Dahi lelaki itu berkeringat. Semakin ligat jemarinya menyusun atur sebuah program rancangannya.

"Mana kau, penakut! Keluar kau!" Satu suara garau dan parau bergema. Kelihatan susuk tubuh seorang lelaki sedang berjalan keluar dari rumah agam itu. Wajahnya menyinga. Kedua tangan mengepalkan penumbuk. Seolah-olah kemarahannya membuak-buak tidak terbendung. Hairuddin mengintai dari balik persembunyian batu penghadang jalan itu.

"Kau bunuh kawan aku! Kau bunuh kesayangan aku! Aku akan bunuh kau!" Lelaki itu membentak-bentak. Setiap kali bentakan suaranya, tindakan manusia-manusia buas itu semakin meliar dan membuas. Hujan-hujan peluru seolah-olah tidak lut pada tubuh mereka. Beberapa das tembakan pun masih tidak dapat menumbangkan seorang manusia buas. Bayangkan jumlah mereka yang terlalu ramai itu.

"Tuan, cepat tuan. Camouflaged Device ni tak dapat bertahan lama lagi tuan!" Sebuah peranti khas milik Hairuddin digunakan untuk menyembunyikan lokasi mereka bersembunyi buat seketika namun penggunaannya ada had. Ia perlu dicas semula apabila kehabisan tenaga. Dengan peranti itu, sesiapa yang berada di dalam ruang lingkup yang ditetapkan tidak akan kelihatan meskipun musuh lalu-lalang dihadapan mereka. Seolah-olah mereka yang berada di dalam ruang lingkup peranti itu ghaib.

Hairuddin tidak gelabah. Wajahnya tetap tenang mengendalikan pelbagai jenis susun atur kod rumit itu. Lantas memuatnaik program tersebut ke sebuah peranti yang lebih kecil berbentuk seakan-akan boomerang yang dilengkapi dengan peralatan tambahan lain. Lelaki tentera itu hanya melihat sahaja perlakuan Hairuddin yang ternyata jauh lebih cekap mengendalikan teknologi berbanding dirinya yang cekap menggunakan senjata.

"Tuan, jika tak keberatan boleh saya bertanyakan sesuatu?" Lelaki tentera itu tertunduk apabila letupan meletus berhampiran tempat mereka bersembunyi. Hairuddin sekadar menganggukkan kepalanya tanpa menoleh.

"Tuan nak buat apa dengan... boomerang tu?" Lelaki itu tidak tahu akan fungsinya. Hanya Hairuddin yang tahu dan cara penggunaannya. Lantas Hairuddin menoleh sekilas memandang lelaki tentera itu sambil tersenyum.

HYPERSERV : BEGINNINGWhere stories live. Discover now