Kaki gunung kawasan jajahan Fin Del Mundo, HyperServ
Hening pagi itu tetap seperti kebiasaan di perhutanan itu.Sejuk dan nyaman.Kepulan-kepulan awan berarak perlahan menghiasi kawasan pergunungan.Hawa dingin menerpa menyelubungi seluruh kawasan.Rintik embun membasahi dedaunan malar hijau yang subur disini.
Seperti kebiasaannya, Estrella bangkit seawal pagi untuk menikmati keindahan alam digital itu.Menggapai pandangan nun kejauhan tidak tertumpu arahnya.Sorotan matanya meliar pandangan sambil menikmati keindahan seawal pagi sebegini. Begitulah rutin Estrella saban hari tanpa jemu.Baginya, selagi nyawa masih bertakung menongkat tubuh selagi itu kehidupan perlu diteruskan dengan menikmati masa-masa yang masih bersisa.
Di dalam lamunan yang panjang, bahu kirinya disentuh oleh seseorang.Estrella menoleh sekilas ke arah kiri. Aneh. Tiada sesiapa disitu.Dahinya berkerut lalu dia berpaling semula ke hadapan lantas menoleh ke kanan.
"Waaaahhhhhh!!" Sergahan kuat itu mengejutkan Estrella.Tindakan spontan dari wira wanita bangsa Yaneko itu bukan calang-calang.Tangan kanan Estrella pantas mencekak leher mangsa lalu ditarik ke arahnya.
Serentak itu juga kepalan tangan kirinya menujah keras membelah angin tepat ke dahi mangsa.Kelibat yang mengejutkan Estrella terpelanting ke belakang beberapa meter dan terseret menjauhinya. Estrella menghampiri batang tubuh yang terbaring itu dengan penuh hati-hati dan bersiaga.
"Aduuhh.Awak ni tak padan dengan perempuan.Ganas juga." Lelaki itu mengosok-gosok dahinya yang kelihatan merah dan lebam. Estrella tercengang dan pantas membantu lelaki itu untuk bangkit semula.
"Itulah..lain kali jangan terkejutkan saya macam tu.Maafkan saya.Sakit tak?" Estrella menjadi serba salah. Gadis itu menyentuh dan menggosok dahi Fared yang lebam kemerahan.
"Tak ada apalah.Nanti elok laa ni. Awak tu, kenapa termenung sorang-sorang pagi ni?" Fared memaniskan rona wajahnya walaupun dalam keadaan menahan kesakitan yang masih berdenyut-denyut.
"Setiap hari saya macam ni.Saya suka tengok pemandangan pagi disini.Dari atas pokok ni." Estrella melemparkan pandangannya semula ke arah hamparan hutan yang menghijau dan mendamaikan.
"Awak masih berfikir-fikir tentang pertandingan malam tu?" Fared mengalih topik perbualan.Dia mengambil tempat bersebelahan Estrella. Gadis itu terkedu. Tiada jawapan yang tepat ketika itu bagi menjawab pertanyaan dari Fared.
"Saya hairan. Setiap kali anak panah yang awak lepaskan, anak panah itu tidak bergerak lurus seperti kebiasaan.Anak panah awak macam...bermata tetapi buta.Bergerak ke serata arah.Menebak entah kemana-mana sasaran.Seolah-olah macam...dipandu oleh sesuatu yang tidak kelihatan.Kenapa?" Fared merenung tajam ke arah Estrella meminta penjelasan.
Raut wajah Estrella langsung berubah.Setiap kali pertandingan dijalankan oleh bangsa ini, Estrella pasti tidak akan menyertainya malahan tiada sesiapa pun di kalangan bangsa Yaneko itu mahu berpasangan dengannya namun dia tidaklah dipulaukan. Hal ini disebabkan tebakan anak panah Estrella bergerak dalam keadaan aneh dan mungkin bakal meragut nyawa bangsanya sendiri.Gerakan anak panahnya meliar tidak mengenal mangsa.
Estrella terkedu tanpa menjawab pertanyaan Fared yang menunggu jawapan pasti darinya.Ini bukan kehendaknya namun hanya dia sahaja yang tidak mampu memanah dengan baik dalam kalangan bangsanya.
"Saya...saya..." Estrella tergagap-gagap untuk menjawab pertanyaan mendesak dari Fared. Renungan tajam Fared menambahkan lagi ketidakselesaan dirinya.
"Estrella satu-satunya bangsa kami yang tidak pandai memanah." Satu suara menegur dari belakang. Lantas Fared dan Estrella menoleh serentak ke arah suara itu.
Athelia berjalan dengan tenang menghampiri mereka disusuli oleh Ismail dan Kirin.Athelia berjalan perlahan menempatkan diri di antara Fared dan Estrella. Mereka berdua memandang sesama mereka silih berganti. Fared kelihatan agak teruja untuk mendengar jawapan dari Athelia memandangkan Estrella tidak mampu berkata apa-apa.Gadis itu hanya menunduk sahaja.

ANDA SEDANG MEMBACA
HYPERSERV : BEGINNING
Mystery / ThrillerBayangkan, sebuah dunia yang tidak mampu kita bayangkan. Bayangkan, sebuah dunia yang tidak tergapai dek tangan. Bayangkan, dunia yang sepatutnya tidak wujud diwujudkan. Bayangkan, dunia itu terlahir di alam digital. Bayangkan, manusia yang kekurang...